Wednesday, September 30, 2015

BANYAK BUKAN MESTI CUKUP

RENUNGAN BERSAMA

( Artikel agak panjang tapi amat terkesan untuk kita baca dan hayati serta renungi )
Ketika meronda kawasan sekolah semasa jadi pengetua dulu,saya terserempak dengan tukang kebun yang sedang makan bekal di kerusi batu dibawah pokok.Dia malu-malu menegur saya dan mempelawa saya makan. Pulut kukus dg kelapa parut dan beberapa ekor ikan tamban kering dgn kopi o dlm botol plastik. Saya menolak dgn baik dan duduk melihat dia makan sambil bertanya beberapa hal mengenai keluarganya.

Bila diberitahu gajinya hanya Rm600 dg anak 5 orang,saya bertanya cukupkah perbelanjaan hidupnya. Katanya "Cikgu bukan banyak yg mencukupkan, tetapi Allah yg mencukupkan rezeki bagi hambanya. Saya yakin pada rezeki yg berkat akan cukup, kerana yg banyak pun tetapi tidak berkat, tidak akan cukup."

Perkataannya cukup dalam maknanya, patutlah saya nampak dia berpewatakan wara' dgn kopiah putin lasam, tidak memakai topi seperti pekerja lain. Bila difikir kata-katanya, ramai guru saya yg bergaji beribu-ribu, yang 5,6,7 kali ganda dari gajinya masih menghantar borang pinjaman bank untuk disahkan oleh saya, ada yg main kutu buat bayar insuran dan roadtax seolah pinjam duit orang dulu, berniaga sampai dlm bilik guru, agaknya gaji tak cukuplah kot,ada bertanya pelayan pejabat, gaji masuk dak lagi bila dekat hujung bulan, bahkan ada yg tulis buku kecil 555 dikantin bila lepas tengah bulan.

Semua ini menunjukkan ketidakcukupan walau gaji besar. Mungkin ini satu kebenaran apa yg disebut oleh tukang kebun ini, rezeki yg banyak belum tentu berkat, yg sedikit belum boleh dikata tidak cukup kerana yg sedikit, tetapi berkat, akan cukup.
Ibubapa kita dulu yg bersawah, berkebun, jadi nelayan, berapa sangat hasilnya tetapi boleh membela anak sekawan neru, boleh sekolahkan dan lihatlah diri kita hari ini, inilah keberkatan rezeki yg dicukupkan oleh Allah.

Lihat pula hari ini,mereka yg bergaji beribulah yg berhutang, kerana mereka memenuhi syarat untuk boleh berhutang. Hakikatnya, ketidakcukupan apa yg diperolehi, sedangkan mereka yg dapat sedikit, tidak pula boleh meminjam,menyebabkan mereka lebih berhati-hati dlm hidup, bersyukur dan Allah mencukupkan keperluan hidup mereka.
Sabda nabi," Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)
Ini menunjukkan beratnya berhutang, tetapi ramai mengabaikannya.

Duduklah merenung diri, muhasabah, jika terasa gaji tidak cukup. Jangan terus menghukum, membuat keputusan , gaji aku kecil, harga barang mahal, belanja hidup tinggi dan itu ini sebagai alasan, tetapi cuba selidiki apakah mungkin rezeki yg diperolehi kurang berkat kerana sesuatu. Mungkin cara kerja kita yg tidak menepati amanah yg ditetapkan, terambil harta pejabat, terguna masa kerja utk bersembang, makan, berjualbeli, mungkin kerana tak bayar zakat, tidak bersyukur, tidak berkongsi rezeki dg yg memerlukan sprt yg miskin, yatim, mungkin kerana kesombongan dg jawatan, mungkin nak bergaya dlm hidup, mungkin.

Pada saya dari terus isi borang pinjaman peribadi kerana rasa tak cukup, lebih baik muhasabah diri mengapa tidak cukup. Meminjam, ibarat kita tidak merasa cukup dg rezeki Allah, tak rasa berpada dan lebih teruk tidak merasa sabar membawa masa depan ke masa kini, maksud saya nak rumah hebat , kereta hebat tetapi tidak mampu, maka meminjam dari bank ibarat membawa masa depan ke masa kini,dimasa depan kita mampu, tetapi kita sudah tidak sabar menunggu.

Jangan sesekali bersungut pendapatan aku kecik, tak cukup, seolah kita mengata Allah beri rezeki yg tidak cukup kpd kita sedangkan telah difirmankan bahawa setiap mulut yg dijadikan Allah, Allah sudah sediakan rezeki bagijya. Masalahnya kita mungkin besar kerak dari periok,luas mulut dari suapan.

Marilah kita merenung kata-kata tukang kebun ini,  banyak bukan mesti cukup, sedikit belum tentu tidak cukup. Hakikatnya,keberkatan kpd apa yg diperolehi. Saya pernah melihat kenduri yg sangat ramai tetapi cukup lauknya, ini tanda keberkatan sedangkan logik akal tidak boleh mencukupi.

kopipes dari FB abd ghani haron
Yasirah Yazid
SMK Tmn Universiti JB

Sumber : FACEBOOK

No comments:

Post a Comment