Monday, December 07, 2015

#RadioBurukTinKosongSekuntumBunga

Bila sampai masa,
Kau akan penat untuk berkata-kata. Umpama radio buruk yang tak bernyawa.
Dipusing-pusing pembesar suara, namun sayup-sayup suara yang berkumandang. 
Apa yg kau buat, kau duduk dekat-dekat agar kau dapat mendengar.
Atau kau mungkin akan berlalu tanpa kata.

Kadangkala hidup ini, adalah lebih baik menjadi tin kosong. Ia mungkin karat. Namun masih digunapakai untuk menyukat atau memasang jerat.

Atau kau mahu menjadi sekuntum bunga.
Bila kembang, kau harum mewangi. Bila layu, kau dibiar sepi.

Atau apa yang kau inginkan dalam hidupmu?
Kecantikan dan kebahagiaan tanpa noda dan luka?
Atau kelukaan dan kegagalan yang pasti akan membuat kau menangis kegembiraan di hujung jalan?

Kau fikir mahu mu.
Radio buruk.
Tin kosong.
Sekuntum bunga.
Atau apa pun kau mahu.

Aku tak mahu tahu.

Yang aku tahu, 
Jika kau radio buruk itu, aku pendengar setianya. 
Jika kau tin kosong karat itu, aku rela duduk di dalam mu,
Jika kau sekuntum bunga yg layu, aku simpan helaianmu di dalam diariku, agar kau tetap dengan ku.

Aku tetap dengan mu walau apa keadaan kamu.

Isnin.
7.12.2015
9:40Malam

#RadioBurukTinKosongSekuntumBunga

No comments:

Post a Comment