Sunday, December 31, 2017

Wishlist 2017

Bismillahirrahmanirrahim. Ini adalah impian kecil saya, Nurfarhanah Binti Suardi untuk tahun 2017 :

‌1. Saya nak jadi Agen yang aktif semula. - Done be Agen emas KTJ Group on 28/04/2017. Done jadi Dropship Dianz Vitamin semula pada 24/05/2017 (Modal RM100), Done jadi Agent Sugarbelle on 28/05/2017 (Modal RM100)
‌2. Saya nak jual 100 barang bisnes sepanjang 2017.- 1 kotak Vitamilk & 9 Dianz Vitamin
‌3. Saya nak beli belajar masak kuih lopes.
4. Saya nak belajar masak nasi ayam dan sos nasi ayam.
5. Saya nak tebus barang di Ar-Rahnu, 3 surat. Surat 1-Pos:RM1,110.00, Surat 2-RM771.00, Surat 3-RM1510.00 Done Tukar Surat 3 : RM 197.60 on 24/02/2017. Done Sambung Surat 1 : RM191.00 on 28/02/2017.
‌6. Saya nak bayar hutang AEON CREDIT sebanyak RM500. - Balance : RM300. Done (1)RM100 on 2/1/2017, (2)RM100 on 4/1/2017
‌7. ‌Saya nak beli sepasang kasut kerja jenama Crocodile. - Done buy on 16/06/2017 at AEON Taman Universiti, Mr.Hubby yang belikan. :)
‌8. Saya nak turunkan berat sebanyak 20kg sepanjang 2017.
‌9. Saya nak beli handphone baru.
‌10. Saya nak belikan tuala mandi 2 helai. - Done. Ada Hamba Allah hadiahkan pada 24/06/2017
‌11. Saya nak beli telekung Siti Khadijah untuk mama mertua saya.
‌12. Saya nak beli cadar bilik saiz king warna pink atau merah.
13. Saya nak beli Cheese Cake di Cafe Berjaya Waterfront untuk hadiah hari lahir saya yang ke 30 tahun pada 14/02/2017.
‌14. Saya nak beli katil untuk anak bujang saya Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal.
‌15. Saya nak bayar hutang BSN selama 3bulan sebanyak RM350.

‌16. Saya nak bawa anak-anak pergi Legoland dan tidur di sana pada Disember 2017
‌17. Saya nak bawa anak-anak saya cuti di Melaka. - Done on 14-15/04/2017
‌18. Saya nak beli beg tangan Long Champ. Masuk kutu LC (RM72/14hari) dapat pada 30/06/2017
‌16. Saya nak buka akaun ASB buat Amyrul Akhmal. - Done on 02/02/2017
‌17. Saya nak beli deep freezer. - Done beli chest freezer pada 10/10/2017 dengan main undi.
‌18. Saya nak beri RM100 kepada ibu mertua saya di hari lahir beliau pada 21/07/2017.
‌19. Saya nak beli cincin belah rotan dan ukir nama saya.
‌20. Saya nak hadiahkan anak adik saya Nurfasihah Binti Suardi RM200.
‌21. Saya nak beli kasut kerja untuk suami saya bernilai RM100.
‌22. Saya nak beli tudung Naelofar 5 helai sepanjang 2017.
‌23. Saya nak beli jeans Levis saiz 32.
‌24. Saya nak beli blouse / kemeja warna putih.
‌25. Saya nak pergi kelas penyusuan / berpantang / kehamilan.
‌26. Saya nak bawa anak saya dan anak saudara saya Nur Qistina pergi Hello Kitty.
‌27. Saya nak simpan RM100 dalam akaun Tabung Haji saya dan anak-anak. (Total RM300)
‌28. Saya nak beli SET BERSALIN dan bengkung. - Done beli Phytonatal NR dan bengkung Opah.
‌29. Saya nak beli almari dapur.
‌30. Saya nak beli baju blouse jenama Mis Claire sebanyak 5 helai. - Done buy 3 pieces on 23/02/2017 RM169
‌31. Saya nak beli tudung Aidijuma 5 helai - Done buy 4 pieces on 23/02/2017 RM57
‌32. Saya nak beli kasut Adidas dan jam tangan Adidas.
‌33. Saya nak bantu kakak saya Nurfadilah binti Suardi upgrade diri.
‌34. Saya nak beli tudung Kekaboo. Done kawan saya bagi sehelai.

35. Saya nak belajar buat roti atau pizza.
‌36. Saya nak beli hadiah perkahwinan buat suami saya, sebentuk cincin atau Jam Tangan Adidas.
37. ‌Saya nak bayar hutang saya pada abah saya sebanyak RM5,000 bermula Ogos 2016. Pinjaman pada 18/06/2016. - Done pay RM on 1.RM, 2.RM, 3.RM, 4.RM, 5.RM, 6.RM, 7.RM, 8.RM, 9.RM, 10.RM,
38. Saya nak bersalin secara normal tanpa jahitan (gentle birth) pada 27/08/2017 pukul 17:17 petang. Amiinn. - Tak dapat sebab saya kena ceaser lagi pada 14/08/2018 
39. Saya nak cuti tanpa gaji untuk jaga anak saya selepas cuti berpantang. - Saya ambil cuti rehat selama 15 hari sahaja.
40. ‌Saya nak beli barang kemas / gold coin sebanyak 10gram. - 1. Done buy GC KTJ Group (1gram RM226) on 28/04/2017, 2. Barang kemas Rantai Tangan Gajah (17.6cm/0.2cm/1.37g) (RM260+pos RM10=RM270) on 15/05/2017. Total RM496, 2.37gram. BAKI 7.63gram


Semoga saya mampu mengubah nasib saya dan merealisasikan impian saya. Impian ini mungkin kecil pada orang lain, namun besar di mata dan jiwa saya. Target saya, saya dapat capai semuanya sebelum atau pada Disember 2017.

Mohon jangan kecam. ^_^

Semoga Allah permudahkan saya menunaikan impian kecil saya. Aamiin Allahumma Aamiin.




Updated : 07.12.2017

The Worst Regret

2017.

Cukuplah untuk tahun ini. 
Terima kasih kerana bermuka-muka dengan aku. 
Semoga Allah juga yang membalasnya.
Aku pun tak sempurna. 
Tak suka, boleh saja bagitahu aku.
Bukan mengata di belakang aku. Tapi, bagus juga. 
Kelak, dosa aku di akhirat akan berkurangan.

Aku dah maafkan kau. 
Malah sentiasa mendoakan kau agar berubah.

Terima kasih suami dan anak-anak.

Susah senang, kita masih mampu makan dalam pinggan yang sama, berkongsi rasa dan jiwa.

Cukuplah. 
Jangan di tanya kalau ada hati yang terluka.

Dunia ni bukan kita yang punya.

Bukan aku, kau atau dia.

Tetaplah ALLAH YANG MAHA KUASA YANG PUNYA.

#pleasemoveon

32 IMPIAN KECIL NURFARHANAH

Bismillahirrahmanirrahim. Ini adalah 30 impian kecil saya, Nurfarhanah Binti Suardi untuk tahun 2017 :

‌1. Saya nak beli Sabun Beauty Sara Collaloe keluaran Mamadil- Done buy 2pcs at 26.03.2017
‌2. Saya nak beli hadiah kelahiran buat suami saya, sepasang kasut futsal atau apa yang dia mahukan.
‌3. 
Saya nak beli tudung Kekaboo. - Done. Sehelai dibelikan oleh kawan saya Suliza (Personel)
‌4. ‌Saya nak beli sepasang kasut kerja jenama Crocodile. - Done buy a red shoe. Treat from Mr. Husband. :)
‌5. Saya nak beli tudung Naelofar sebanyak 2 helai.
‌‌6. Saya nak makan di Manhattan Fish Market bersama suami dan anak-anak saya.
‌7. Saya nak belikan anak saya Amyrul Akhmal sebuah basikal di hari kelahiran dia yang ke 2 tahun pada 27/04/2017.
‌8. Saya nak beli Termos. - Done buy at Tesco on 23/04/2017 

‌9. Saya nak buat roti pizza untuk anak-anak saya.
‌10. Saya nak bantu kakak saya Nurfadilah binti Suardi upgrade diri. - Done at 15.04.2017
‌11. Saya nak masak Mee Bandung / Bihun Goreng untuk rakan-rakan pejabat.
‌12. Saya nak beli cadar bilik saiz King warna pink atau merah.
‌13. Saya nak beli katil untuk anak bujang saya Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal.
‌14.
Saya nak buat biskut batik untuk majlis yassin ibu mertua saya pada bulan Oktober.
‌15. Saya nak beli skirt hitam 2 helai. - Done buy 1pcs at Kipmart on 04/05/2017
‌16. Saya nak belikan kakak saya Nurfadilah sebuah handbag.
‌17. Saya nak pergi kelas penyusuan / berpantang / kehamilan.
‌18. Saya nak cuti 2 minggu pada Disember 2017.
‌19. Saya nak beli 3 pakaian dalam di Fabulous Mom. - Done buy 4 pcs on 26/07/2017
‌20. Saya nak bawa anak-anak saya cuti di Melaka. - Done holidays on 14-15 April 2017
‌21. Saya nak beli deep freezer.
‌22. Saya nak beli kipas angin berdiri.
‌23. Saya nak buat kuih raya. - Done buat Cornflakes Madu on 23/06/2017

24. Saya nak belikan Along saya Nurfadilah Binti Suardi handphone Samsung S7 Edge.
‌25. Saya nak pergi pasar lambak Pontian dan makan fishball. - Done eat on 21/4/2017
‌26. Saya nak beli loket "AA" untuk bakal anak saya (jika perempuan) , jika lelaki saya akan beli sebentuk cincin.
‌27. Saya nak beli kad Touch 'N Go baru - Done buy on 21/4/2017 , RM20
‌28. Saya nak hadiahkan adik saya Nurfasihah binti Suardi RM200.
‌29. Saya nak beli kasut kerja untuk suami saya bernilai RM100.
‌30. 
Saya nak beli Set Berpantang. - Done buy a bottle of Phytonatal and a box of Air Akar Herbanika.

31. Saya nak beli rak untuk barang-barang perniagaan saya.
32. Saya nak beli rak plastik baju. - Done buy at AEON on 11/05/2017 by MyLove (RM99)


Saya susun atur semula mengikut kemampuan saya. Walau banyak perubahan, namun saya harus tahu bahawa saya sedang mengukur baju di badan sendiri. Saya juga yang mampu mengubah nasib saya bukan orang lain. Saya tidak mahu dikatakan hanya berangan-angan.

In shaa Allah , untuk setiap Impian Kecil yang berjaya dicapai saya akan jadikan satu entry / post untuk rujukan di masa hadapan . 


Apapun , ini impian saya . Impian Kecil Saya . Target saya sehingga Disember 2017 . Mungkin awal , mungkin juga lambat ianya akan tercapai . 


Bagaimana dengan anda ?


Mohon jangan kecam. ^_^


Semoga Allah permudahkan saya menunaikan impian kecil saya. Aamiin Allahumma Aamiin.


Updated : 02/10/2017

Important

2017.

Mungkin aku tak cukup penting buat semua orang. 
Tapi, cukuplah orang yang penting dalam hidup aku, aku ingat walau kat mana aku berada. 
Yang paling penting, siapa yang aku ingat dalam doa. 
Dia lah yang paling penting dalam hidup aku. 

#quotesofday

Monday, October 02, 2017

Rindu

Assalamualaikum.

Lama rasanya KakNa tak update blog ni sejak sebulan lepas. Yang draft pun tak publish lagi. Mood masih ke laut . Almaklumlah , masih nak sesuaikan diri dengan situasai anak tiga orang . Huhu .

Apapun , harap masih ada yang sudi baca blog KakNa , dan nantikan cerita - cerita best daripad KakNa ya !

Stay Humble , Be confident !

With Love,
KakNa.

Sunday, August 13, 2017

Pleaseee.....



Please.

When you saw me. Keep on praying for me.

I just need a big support.

Don't ask me why, when and how or whatsoever.

But give me a bless hug and smile.

So i will move on and keep inspiring others too.

#KakNaBebel

Manusia Biasa


Setiap kali baca yassin, dua ayat ni memang buat aku tersentuh. 

Serius. Aku bukan manusia tabah dan kuat macam yang dikhabarkan oleh semua orang.

Aku cuma manusia yang tak bisa beritahu semua orang tentang semu keadaan aku. 

Ya, kerana aku juga bukan manusia suci atau malaikat.

Bila aku senyap bukan bererti aku berahsia. 

Bila aku bercakap bukan bererti membuka Aib diri dan keluarga.

Sukar memuaskan hati semua pihak.
Apatah lagi mahu memuaskan hati sendiri.

Sekarang.
Aku cuma aku.
Hamba seperti kamu. 
Kau juga kau.
Hamba seperti aku.

Bersangka baiklah dengan aku sebagaimana aku sentiasa bersangka baik dengan semua orang.

Hidup ini pinjaman.

Terima kasih Tuhan.

13.08.2017
Ahad
6.45petang

Tuesday, July 25, 2017

Abah

 

Orang ni , aku sentiasa rindu .
Orang ni , aku sentiasa tak pernah lupa .

Dia pernah pukul aku , tapi bukan mendera .
Dia pernah marah aku , tapi bukan menyakitkan .

Dia sangat tabah .
Sesuai dengan ujian Allah beri .

Dia sangat tenang .
\Setenang air di lautan .

Dia sangat serius .
Sesuai dengan keadaan .

Aku belajar menjadi keras sepertinya .
Namun bukan keras hati .

Aku belajar menjadi tabah sepertinya .
Namun aku masih lemah .

Abah ,
Walaupun uda tak selalu di sisi abah , namun doa uda tak pernah kurang untuk abah .
Walaupun uda selalu menyakitkan hati abah , tapi uda tak pernah niat nak buat macam tu .

Abah .
Uda tak tahu nak tunjuk , 
tapi uda memang sayang pada abah .
Sayang sangat . 

Monday, July 24, 2017

35 weeks

Alhamdulillah.

Sekejap je masa berlalu , dah 35 minggu . Esok , KakNa akan jumpa doktor pakar O & G untuk pastikan boelh cuba untuk normal atau tak . Banyak yang ada dalam fikiran KakNa sampaikan ada perkara yang mengejutkan berlaku pagi tadi . Emm ..

You're 35 weeks pregnant!
Your baby doesn't have as much room to maneuver, but the frequency of his kicks should remain the same. In fact, you may even feel more movements as he gets stronger and has less room. (If you notice he's become less active, call your doctor or midwife.) Your baby's kidneys are fully developed and his liver can process some waste material. Most of his basic physical development is complete, and he'll spend the next few weeks packing on weight at a rate of about an ounce a day. The amount of amniotic fluid surrounding him is beginning to decrease now.

Ini KakNa dapat masa bukak email tadi daripada Baby Center .

Pagi tadi , bangun - bangun je tidur anak - anak semua minta perhatian KakNa . Yer , KakNa faham , sebagai Ummi , buruk mana pun kita , anak - anak pasti mahukan belaian daripada kita . Itu yang KakNa sedang alami . Anak - anak pun tak faham lagi , semuanya kecil lagi . Emm ..

Saturday, July 22, 2017

Penantian yang mendebarkan


Penantian yang paling mendebarkan. Semoga yang baik-baik sahaja.

Tak tahu, kenapa hari ni Ummi rasa sedih mengenangkan kamu anak. 
Kadang Ummi rasa macam tak kuat. Kadang Ummi rasa macam lemah sangat.
Ummi penat sayang. Penat nak jawab soalan orang. Penat nak "berlawan" dengan emosi. Tapi Ummi tahu, awak akan lahir dan hadir bawa 1001 rezeki buat kami.

Cepat keluar sayang. Abang-abang tunggu kamu. Ummi lagi lah, hadir kamu mengikut sangkaan Ummi. Target Ummi. Namun, apa jua, hanya Allah yang merestukannya. 

#kaknapreciousmoments #FarAmyBaby #EmosiDiHujungMinggu

Tuesday, July 18, 2017

34 Weeks


Alhamdulillah. 

Nurse baik. 
KakNa pun baik. 
Baby pun baik.

Syukur.

Cerita lain?  Tunggu KakNa karang dulu 😘

#kaknapreciousmoments #FarAmyBaby 

Friday, June 30, 2017

Happy Birthday To You


Happy birthday sayang .

Semoga Allah berikan abang kekuatan untuk terus tabah dan tenang dalam mencari nafkah buat keluarga .

Terima kasih kerana sudi bersama ayang susah dan senang selama hampir 10 tahun ni .

Tahun ni tak ada hadiah , cuma abang berdoalah , semoga Allah akan beri "puteri comel" untuk abang .

Ayang dan anak - anak sayang abang .

Happy 36th years old sayang :)

Thursday, June 29, 2017

Allah sebaik-baik perancang.


Allah sebaik-baik perancang.

Sejauh mana kau merancang kau tak akan dapat merancang apa yang akan jadi satu saat ke hadapan pun.

Anak itu tak akan ada silapnya jika dia lahir ke dunia.

Yang silap adalah kau kerana tidak mendidiknya.

Didikan bukan hanya dengan mengajar untuk mencari rezeki yang halal, tapi menjaga hati sesama insan.

Rezeki anak itu, hanya Allah yang tahu dan tentukan.

Bukan aku atau engkau.

Hidup ini banyak pilihan.


Hidup ini banyak pilihan.

Kau hidup bukan untuk makan. 
Tapi makan untuk hidup.
Kau hidup bukan sebab pujian atau cacian orang. 
Tapi kau hidup sebab rahmat dan ehsan Tuhan.

Kau aku sama je.
Asal dari tanah.
Mati masuk tanah. 
Kau tak suka, aku tak paksa.
Kau suka, pun aku tak paksa.

Sebab kau dan aku tak kan pernah sama. 

Tapi kita semua sempurna di mata Yang Maha Esa.

✌🏻

Wednesday, June 28, 2017

Wordless Wednesday #19 : Bersangka baik



"Jangan Hanya Melihat Keburukan Orang , 
Kerana Seburuk - buruk Orang Itu , 
Ada 1001 Kebaikan Dia Yang Kita Tak Pernah Lihat ."


Agak susah kita nak bersangka baik dengan orang kan ? 
Kadang - kadang kita bukan nak berfikiran buruk pun , 
tapi yelah , kita kan manusia biasa . 
Kita cuba nak buat orang selesa dengan kita , tapi orang tak suka juga . 

Telan dan hadam saja lah .

^_^

Monday, June 26, 2017

Selfie dan Wefie Raya KakNa and Kids

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H, 
Maaf Zahir dan Batin daripada KakNa dan keluarga . :)

selfie dalam kereta

abang long Arsyad

abang ngah Akhmal

Ni gambar 1 Syawal , masa dalam kereta , anak - anak dah mengarok nak pergi rumah TokMak dia .

Mr. Clerk ? 

Emm , bad mood pagi - pagi raya , so tak dan nak ajak dia selfie . 
Huhu .

Jom beraya !

Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H , Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum semua .

Alhamdulillah , akhirnya dapat juga kita meraikan kemenangan kita kan ? 

Syukur Alhamdulillah .

Tahun ni KakNa raya berempat , in shaa ALLAH tahun hadapan akan raya berlima .

Semakin hari semakin besar keluarga KakNa semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalas dan dilaksanakan . Semoga KakNa dan suami akan terus kuat dan tabah .

Dikesempatan ini juga , KakNa dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkecil hati sepanjang membaca blog KakNa .

Almaklumlah , KakNa ni jenis yang outspoken sikit . Mana tahu ada yang kecil hati ke kan ? Maafkan KakNa tau !

KakNa harap tak ada yang serik ya .

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan dan Syawal akan datang .

Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir & Batin .

Salam sayang ,
KakNa

p/s : gambar raya nanti kita update ya ! :)

Friday, June 23, 2017

Dah balik kampung ke?

Assalamualaikum korang .

Dah balik kampung ke ?

KakNa tak balik lagi . 

Dah hampir 5 tahun kahwin , belum pernah merasa balik kampung sebelum raya .

Kenapa ?

Huhu . 

Jangan lah tanya yer . 

Jawapannya , KakNa hanya mampu tersenyum je .

Apapun , kepada sesiapa yang tengah memandu tu , hati - hati ya !

Jangan laju - laju bawa kereta tu tau !

Sayang korang . :)

Thursday, June 22, 2017

7 Tips Berhari Raya

 Tips makan secara sihat ketika hari raya

  • #1. Pastikan alas perut dengan makanan sihat di pagi raya.
  • #2. Elak mulakan dengan dessert atau biskut raya.
  • #3. Jangan lebihkan kuah.
  • #4. Makan dalam kuantiti sederhana.
  • #5. Pengambilan air kosong secukupnya.
  • #6. Ingat peraturan 20 minit. Jangan lama-lama di rumah orang.
  • #7. Senaman mudah selepas makan di rumah.

Bujang Sulung KakNa :)

Hai lah anak .

Kejap je kamu dah besar .

Sekarang kuat makan dan banyak cakap . 

Sama macam Ummi dia .

Amyrul Arsyad bin Azmi .

Seindah namanya .

3 tahun 4 bulan .

Suka merajuk tapi pandai memujuk .




 

 

Kau lah racun kau lah penawar .

Semoga menjadi anak yang soleh ya sayang !

Ummi sayang kamu :)


  

Wednesday, June 21, 2017

Wordless Wednesday #18 : AEON Gift Voucher

 

Alhamdulillah , 
ada lah rezeki anak - anak . 
Dah selamat pun guna . Untuk abang - abang yang paling banyak . 
Untuk baby pun ada juga . 

Syukur , ada juga yang prihatin :)

Semoga murah rezeki awak .

Friday, June 16, 2017

Butang Baju Raya

Assalamualaikum korang .

Kelmarin cerita baju raya anak - anak , hari ni nak cerita pasal butang 
baju raya suami , hehe padahal baju raya pun belum beli . 

Kisahnya , di pejabat KakNa kerja ni boleh kata setiap bulan akan ada peniaga
 yang menjual barang dagangan mereka , antaranya macam penjual butang dan pin 
tudung ni lah . Alkisahnya , butang baju raya Mr. Clerk ni biasanya bila raya mesti 
tak ada , so KakNa akan beli untuk Mr. Clerk pakai lah . Warna biasanya KakNa 
beli putih atau silver sebab senang nak padankan dengan baju . 
Yelah , baju pun tak beli lagi , mana nak tahu dia nak pakai baju warna apa .
Sebab tiap tahun sejak kahwin , dia suka pakai baju yang dah siap je . 
Tapi kali ni , KakNa request nak ambil gambar dekat studio , so nak nampak kemas 
kena lah pakai butang baju yer tak ? 
Almaklumlah , suami KakNa tu suka pakai baju jenis cekak musang .

 
Ni lah butangnya , sesuai untuk baju cekak musang

Bila beli butang baju untuk suami , KakNa tak lupa juga beli brooch untuk diri sendiri. Almaklumlah , KakNa kan peminat tudung bawal, so , mestilah beli juga . 
Walaupun mungkin tak pakai untuk raya , tapi KakNa memang akan beli , 
cuma KakNa ni jenis selagi tak rosak (karat) selagi tu pakai .

Ni KakNa punya . Cantik tak ?

KakNa dah pakai dah masa hari Khamis aritu buat pergi kerja , 
malas aih nak tunggu raya , hehe . Okaylah , nanti KakNa kongsi lagi ya apa yang 
KakNa beli untuk persiapan raya ni .

Terima kasih sudi baca !

Thursday, June 15, 2017

Shopping baju raya anak -anak di Plaza Angsana

Assalamualaikum korang .

Fuhhh , arini KakNa nak share story sikit . Malam kelmarin ( 10 / 06 /2017 ) KakNa pergi lah ajak suami dan anak - anak shopping seluar jeans diorang kat Plaza Angsana . Fuhhh .. Ramai gila orang , almaklumlah , sebelum ni kami tak pernah pergi Plaza Angsana masa bulan Ramadhan . Sebab selalunya , bila beli baju raya anak - anak MIL dan FIL KakNa akan ikut sekali , tu yang selalu pergi sebulan sebelum puasa . Hehehe .

Sekarang diorang dah tak nak ikut sebab penat , kebetulan FIL kata tak nak terlepas tarawih , maka kami pergilah berempat sahaja . Memang mencabar bila shopping bersama anak - anak dalam keadaan orang ramai pulak tu . Beristighfar sahajalah KakNa dengan suami . Sungguh , serik nak bawak diorang lagi , bukan apa , si adik ni jenis tak takut orang , si abang tu okaylah lagi , boleh ajak berbincang .

Sabar jelah .


Hasil tangkapan

Dipendekkan cerita , pilih punya pilih , akhirnya KakNa pilih dua helai baju sedondon dan seluar jeans pendek untuk dua hero ni . Mr. Clerk kata , anak - anak tak sesuai pakai selaur panjang , lagipun rimas , so yang terbaik beli seluar pendek . Harga ? Aduii  , naik juling mata KakNa tengok harga seluar diorang tau .

Mujurlah baju KakNa dah beli masa Padini buat sales bulan April haritu . Cumanya , untuk si Akhmal tu , KakNa memang niat nak beli lagi sehelai dua . Yelah , si Akhmal ni badannya halus, tak boleh pakai baju saiz 1 - 2 tahun , walhal dia dah 2 tahun . Akhmal kena pakai baju saiz 18 - 24 bulan untuk bagi dia nampak kemas dan kacak . Wah , kacak gitu ! Yelah , Mr. Clark tu kan jenis bergaya , lain lah KakNa ni , dah macam mak lampir je .

Alhamdulillah , dah selesai beli baju anak - anak cuma kalau ada lebih nak lah jugak topup untuk diorang . Tengoklah macam mana nanti . Tapi , barang sekarang semua mahal , beli 2 helai baju dan seluar pun dah RM 150.50 , haisshh .. Dugaan , tak apalah , in shaa Allah , ada rezeki untuk anak - anak juga . 

Tak sangka plak beli dua barang je pun dapat sampul duit raya , hehe . Syukur , Alhamdulillah , jimat tak payah beli sampul duit raya . Tapi , duit raya tu kenalah beri jugak kan ? Tak kan nak bagi sampul kosong pada orang yang datang beraya kan ? Hehehe . Tak best lah plak . Apapun , memberi mengikut kemampuan , asalkan ikhlas . In shaa ALLAH , kemeriahan dan keberkatan Ramadhan dan Syawal akan dirasai .



  
Cantik tak sampul raya ni ?

Okaylah , lain kali KakNa sambung lagi ya ! Terima kasih sebab sudi baca :)

Wednesday, June 14, 2017

Wordless Wednesday #17 : Keep Moving Forward


Just Keep Moving .

Selalu KakNa pesan pada diri KakNa agar jangan berhenti buat apa yang KakNa suka , apatah lagi disebabkan mulut - mulut yang tak ada insuran ni . Huhu . Sebab satu hari nanti , bila KakNa dilanda kesusahan , bukan mereka yang tolong KakNa pun . Hanya keluarga dan ALLAH sahaja yang bantu . 

So what ?

" Just keep moving forward and don't give a shit about what anybody thinks . Do what you have to do , for you . "

- Johnny Depp -



Tuesday, June 13, 2017

Supplement Ketika Hamil

Assalamualaikum . 

Hai korang , hari ni KakNa nak kongsi sikit tentan supplement yang KakNa makan ketika hamil anak ketiga ni . Sebenarnya , masa hamil anak pertama dan kedua , supplement yang memang KakNa makan hanyalah Virgin COconut Oil (VCO) keluaran Catalyst . Sebab KakNa jual kan , so itu jelah yang mampu . Kebetulan anak - anak yang lain KakNa tak ada masalah HB rendah atau tekanan darah tinggi , macam kandungan kali ni . So far , semuanya okay .

Kandungan kali ni , KakNa rasa mungkin faktor umur dan cara pemakanan yang tak seimbang yang buatkan KakNa cepat lesu dan lemah , malah HB KakNa pun tak cantik . HB KakNa hanya 10-12 sahaja setiap kali datang rawatan di KKIA . Last checkup masa 28 minggu tu , nurse bagi KakNa ubat tambahan memandangkan nurse tu kata dose yang KakNa ambil tu kurang dariapda berat badan KakNa .

Masa tu KakNa rasa risau sangat , risau sebab tak dapat beri yang terbaik untuk anak dalam kandungan ini :(

Sebenarnya , supplement yang KakNa nak kongsi ni , KakNa dah makan sebelum mengandung lagi . Sebab adik KakNa kata , supplement ni sesuai untuk ibu yang sedang menyusu juga . Alhamdulillah , sepanjang makan supplement ni , KakNa memang aktif dan tak sembelit .

Nak tahu apa dia ?

;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

Ini lah dia :)


 
Ganilia

Ganilia ni yang bagusnya tentang supplement ni , bagi KakNa lah , KakNa makan Alhamdulillah rasa bertenaga sepanjang hari , dan proses perkumuhan KakNa lancar . HB pula memang cantik , dan nurse pun tak komen apa - apa .

Tu yang KakNa beli semula Ganilia ni , untuk pastikan HB KakNa okay dan anak KakNa dapat nutrisi yang baik dariapda KakNa . In shaa Allah .

Masa KakNa nak beli Ganilia ni , admin Klinik yang jawab soalan KakNa beritahu , kalau KakNa nak tambah satu lagi supplement lain untuk HB KakNa . Admin cadangkan KakNa beli supplement ni , nama dia Maltofer . 

Maltofer ni membantu KakNa untuk kekalkan kepekatan darah dan makanan tambahan selain ganilia . Cuma yang tak bestnya , Maltofer ni kena kunyah . Emm , tka tahu apa rasa dia , sebab tak pernah cuba .

  
Maltofer

Berbeza dengan Ganilia , KakNa hanya perlu makan 2 biji sehari sebelum makan . So , untuk bulan Ramadhan ni , KakNa boleh makan sebelum sahur . Tapi sekiranya KakNa lupa , selepas sahur pun tak apa . Janji makan , jangan skip . :)

Untuk Maltofer pula , memandangkan HB KakNa rendah dan tak konsisten untuk kandungan KakNa , admin galakkan KakNa ambil 2 biji sehari selepas makan . Kunyah je , sesuai dengan nama dia , Chewable Tablets . Satu biji sahur , satu biji lagi waktu berbuka . So , memandangkan Ganilia dan Maltofer yang KakNa order Khamis lepas baru sampai , so , KakNa kena start malam ni lah , lepas berbuka . Harapan KakNa , rasanya taklah pahit supaya KakNa boleh kunyah sampai habis , kalau tak , rugi wooo ..

Harga ? 
Ganilia - RM 65.00 ( 60 BIJI )
Maltofer - RM35.00 (30 BIJI )

Beli di mana ?

So , untuk stok sebulan ni , KakNa beli lah 1 botol Ganilia dan 2 Kotak Maltofer . In shaa Allah , kalau ada duit lebih , nak restok banyak sikit untuk makan sampai bersalin dan berpantang . Doakan KakNa dipermudahkan urusan ya untuk membeli supplement ni . Jangan lupa doakan agar HB KakNa kembali cantik dan konsisten sehingga ke akhir perjuangan ya ! Sebab KakNa tak nak sampai kena refer hospital . Huhu .

In shaa Allah , selepas 30 minggu nanti , KakNa akan mulakan semula pengambilan VCO untuk memastikan kulit anak KakNa lebih cantik . Walaupun agak terlewat , tapi masih boleh berusaha , in shaa Allah . Semoga semua yang KakNa rancang , Allah akan izinkan berlaku dan perkenankan.

Okaylah , sampai sini sahaja . Terima kasih kerana sudi baca . Jangan lupa klik like dan share pada kawan - kawan . :)

Assalamualaikum .