Monday, February 27, 2017

Mak


Mak.
Uda rindu mak. Rindu sangat. Tak ada orang nak bebel bagi nasihat dekat uda.
Tak ada orang nak doakan uda mak. 

Mak.
Uda dah 2kali pantang mak tak ada. Orang kata uda tak sempurna mak. Doktor belah perut uda. Sakit mak.
Tapi tak sesakit rindu uda pada mak. 

Mak.
Mak kata uda kuat. Tapi kenapa uda asyik nangis mak? Kenapa?

Mak.
Muka uda tak macam mak pun. Tapi uda anak mak kan?
Orang cakap anak-anak uda pun tak ada muka uda. Tapi diorang anak uda kan mak?

Mak.
Dulu tiap malam mak cium uda sebelum tido kan mak. Sekarang anak-anak uda je cium uda mak. Uda nak cium mak.

Mak.
Mak mesti nak jumpa menantu dan cucu-cucu mak kan?

Mak.
Mak tahu tak?
Uda cemburu dengan orang lain mak.
Mak diorang masakkan diorang makanan kegemaran diorang.
Bila ngidam mak diorang masak mak.
Uda nak makan kari mak.
Uda nak makan tomyam mak.

Mak.
Malam ni datang dalam mimpi uda yer. 
Uda rindu nak peluk mak.
Tak ada orang nak peluk uda mak.

Tunggu uda kat syurga yer mak. 😒

27.02.2017
Isnin
11.18malam

Rezeki

Orang kata rezeki orang mengandung ni lain. Ada je rezekinya. Lagi orang dengki, lagi orang tak suka, lagi melimpah rezeki dia.

Eh. Eh.

Tak cakap plak tak ngandung tak ada rezeki luar biasa. 

Cuma nak ingatkan pada orang yang suka sound orang yang ngandung tiap tahun tu. 

Awak ke? 

Tak kan.

✌🏻

#KakNaBebel

Sunday, February 26, 2017

Anak - anak lebih faham

"Bila kau tengah nangis sebab terlalu penat, anak kau datang lap air mataπŸ˜’πŸ‘©‍πŸ‘¦‍πŸ‘¦"

Kadang kau bukan sengaja nak menangis , tapi yelah , perempuan emosi dia terlebih . Sikit hal pun nak nagis . Tapi tulah , perempuan kalau nagis depan orang tu maknanya dia dah tak tahan sangat lah tu . Huhu .

Untuk kes KakNa hari ni , KakNa terlalu penat sangat . Anak - anak syurga KakNa ni memang istimewa , " baik " sangat . Sampaikan KakNa automatik terus menangis . 😭

 

Si adik sekarang lebih faham apa yang KakNa rasa . KakNa setiap hari di pejabat termenung teringat adik . Rindunya Allah yang tahu . 

Memang KakNa garang dengan anak - anak . Tiap malam sebelum tidur menangis . Tak ada siapa tahu . KakNa cuma nak diorang tahu , selagi hidup KakNa akan bergolok gadai untuk diorang . KakNa nak diorang belajar berdikari . Nak diorang tidak manja sangat . 

Proses pembelajaran bukan berlaku dalam satu hari . Setiap manusia perlu dididik . Disiplin tu  bukan satu sikap yang boleh diwarisi . TAK BOLEH . KakNa sendiri x cukup disiplin , tapi sentiasa ajar diri untuk berdisiplin sehabis baik . Walaupun orang kata KakNa ni cakap je lebih , tak apalah . Satu hari nanti diorang akan berterima kasih dengan KakNa .

Untuk apa yang jadi malam ni , KakNa cuma tahu bahawa anak - anak KakNa lebih faham keadaan KakNa . Mereka lebih mengerti . Maafkan ummi sayang . Kadang ummi tak sedar ummi sedang " membunuh " kamu . Ya Allah , lindungi anak - anak aku daripada sebarang perkara yang tak elok . Tabahkan hatiku dalam mendidik anak - anak ku .

#anakanaklebihfaham

#JanganSOMBONG

 

Anak - anak KakNa , bila dia besar , dia akan tahu siapa lagi sayangkan mereka .

Jangan mendabik dada . 
Nanti rebah ke bumi terseksa .

#JanganSOMBONG

Thursday, February 23, 2017

Kadang - kadang

Assalamualaikum .

Kadang - kadang kita rasa sukar untuk melupakan apa yang pernah orang lakukan terhadap kita .

Sukar sangat ! 

Tapi apakan daya , kita juga manusia biasa . Sama seperti orang yang melakukan kesilapan itu . Jadi , KakNa rasa adalah lebih baik kita bersangka baik sahaja . Mungkin orang itu sedang mengalami masalah rumahtangga ataupun masalah kewangan . Mungkin juga mereka sedang bersedih atau penat .

Emm ..

Tak mengapalah , kita beralah sahaja . Ada ganjaran yang lebih besar yang akan kita dapat . In shaa Allah .

KakNa pun mula - mula akan marah , tapi bila KakNa nak tidur , KakNa akan sentiasa bermuhasabah semula apa yang jadi dalam kehidupan KakNa pada hari tersebut . 
Lepas tu , mula lah muhasabah balik , mungkin ada silap di mana - mana .

Bersabar lah dan senyum . 

Wednesday, February 22, 2017

Wordless Wednesday #2 : Muncung Itik

 

Hai semua !

Cuba tengok gambar - gambar anak - anak KakNa . 
Pelik betul , sekarang suka sangat ambil gamabr macam ni tau ! 
Haishh , sabar jelah . 
Tapi , comel kan ?

Tuesday, February 21, 2017

SSP Bank Simpanan Nasional

Assalamualaikum semua.

Macam ni lah yer, untuk pengetahuan semua, saya MEMANG beli Sijil Simpanan Premium ni, so tak ada istilah tertekan atau tak perasan. Jadi, kalau anda tertekan atau tak perasan saya rasa adalah lebih baik berhubung terus dengan kaunter di mana ATM yang anda mahu keluarkan duit tersebut.

Pihak bank akan bantu anda, itu lebih mudah. Daripada terus menunggu jawapan di sini, maaf sangat tak boleh bantu kamu semua.

Mungkin juga anda boleh buat aduan kepada pihak BSN mengenai paparan awal semasa anda hendak keluarkan duit yang menyebabkan ramai pihak telah TERPAKSA membeli SSP tersebut.

Terima kasih.


Boleh baca sini juga

Wednesday, February 15, 2017

Wordless Wednesday #1 : Ais Jelly Sedap

 

Sedapnya .
Alhamdulillah . Orang belanja pulak tu , lagi lah sedap ! 
Haahaha , sila belanja lagi .


Nota Kaki : Untuk Tahun 2017 ni , KakNa akan mulakan semula Wordless Wednesday dengan #1 , dan diikuti nombor seterusnya . So , pastikan sentiasa follow KakNa yer .

Tuesday, February 14, 2017

#KakNaTurns30 - Birthday Wish

 

 
 

Meriah kan ? Hehe , jangan jeles !

Happy Birthday To Me ! #KakNaTurns30

Happy Birthday To Me , 
Happy Birthday To Me ,
Happy Birthday To KakNa ,
Happy Birthday To Me .

Happy birthday to me and myself , semoga mendapat kebahagiaan yang berkekalan dan dirahmati Allah dan diberkati olehNYA sentiasa .

Aamiinn ..


Gambar KakNa dan anak - anak ni KakNa ambil masa dalam kereta sebelum pergi kerja . Tengok si adik tu , makanan tak lekang dari mulut dia . Hehehe . Hari ni KakNa rasa happy sangat , bersyukur kerana di usia ni , KakNa dah ada seorang suami dan dua orang anak lelaki . Alhamdulillah , walaupun tak sekaya orang lain , namun bersyukur atas kurniaan yang diberikan . Nikmat yang KakNa dapat ni belum tentu orang lain dapat . Syukur sangat !

 

Alhamdulillah , datang - datang dah ada suprise atas meja . Bukan hadiah tapi sejenis makanan . Hehehe , semua orang tahu yang KakNa agak kurang suka makan kek . So , bos pun buatkan KakNa brownies Nutella Cheese with Coffee . Okaylah , KakNa makan sikit je , yang lain , kawan - kawan opis yang makan .

Tahun ni , memang tak harap suprise pun seperti tahun - tahun sebelum ni . Doakan KakNa berjaya dunia akhirat dan bahagia bersama keluarga yer .

Friday, February 10, 2017

Wajah Kesayangan Hamba



 

Wajah ni selalu buat aku menangis .
Menangis kerana tak mampu menggembirakan hatinya . Kadang aku tak tahu kenapa , hati aku begitu keras padanya . Padahal sejak kehadirannya , rezeki aku tak pernah putus . Aku menumpang rezekinya . Sejak akhir - akhir ini , bila pulang dari kerja aku sering memarahinya .
Bukan kerana stress , tapi kerana Aku sedih aku tak mampu berikannya susu yang berkualiti lagi .
Itu lebih menyedihkan bagiku .
Kadang aku gelak ketawa , hanya untuk memastikan hormon prolaktin aku semakin banyak . Supaya si kecil ini kenyang . Namun aku lupa , dia sedang berkongsi dengan si adik .
Sayang , andai satu hari nanti kamu sudah besar . Ummi harap kamu mengerti yer sayang . Ummi bukan sengaja memarahi kamu, tapi sebaliknya ummi kecewa dengan diri sendiri . Ummi sedang mengumpul kekuatan sayang .
Ummi takut dibedah lagi . Ummi takut jauh dengan kamu . Kita tak pernah berpisah .
Bagaimana ummi nak tinggalkan kamu dengan orang lain ?
Bagaimana kamu nak tidur dan makan ?
Allah . Sakit dada ummi memikirkannya sayang , secara tak langsung perlakuan kasar ummi pada kamu turut keluar . Ummi minta maaf .
Ummi harap kamu faham 😭

#ketawabukansekadargembiratapiuntukmenutupkesedihan
#AnakBertuahKakNa

Wednesday, February 08, 2017

Kisah 7 Tahun

Hai korang .

Hari ni KakNa nak kongsi sikit perihal tempat kerja KakNa . Selalu cerita anak je kan ?

08.02.2010 , hari pertama KakNa melangkah kaki ke sini setelah hampir sebulan bertunang . Dengan harapan tak berjauhan dengan bakal suami . Kalau tak , aku mesti dah kena transfer pergi Melaka . Bukan tak sudi jadi orang Melaka, namun jiwa "anak manja" masih kuat membelenggu rasa .

 

08.02.2017 , sudah 7 tahun aku di sini , masih belum mohon untuk keluar . Masih setia sehingga dikeluarkan . Dimarah , dikecam zaman duduk Caw. Kewangan semua tu KakNa jadikan semangat untuk terus maju . 
Di sini juga , aku selamat menjadi seorang isteri dan ummi kepada anak-anakku . 

Terima kasih atas kepercayaan semua . Walaupun rasanya aku belum layak diberi kepercayaan .

Maafkan aku . Aku masih tak cukup sempurna .

#KakNaKerjaGomen #7TahunPerkhidmatan
#MasihSetiaBerkhidmat 

Monday, February 06, 2017

Amyrul Arsyad Turns 3

Salam .

Pejam celik , pejam celik kejap je masa berlalu . Tanpa sedar dah 3 tahun usia anak ini . Anak yang KakNa tunggu - tunggu . Subhanallah . 

Masa hari kelahiran si abang , KakNa tanya dia nak hadiah apa , jawabnya "arsyad nak kas .. " kas = basikal . Arsyad panggil basikal dengan nama kas , ntah dari mana dia tahu pun tak pasti . 

Tapi , Mr. Clerk a.k.a babahnya kata , lain kali baru beli basikal sebab Arsyad belum pandai lagi kayuh . Basikal yang Tok Abah dia belikan pun dia cuma sorong je . Hehe . So , selepas sesi pujuk memujuk , makanya terbelilah robot Transformers . Ntah kenapa babahnya nak sangat belikan , KakNa okay je .

Lepas beli robot kat Kipmart Tampoi , terus bergegas cari kek sebab nak pergi ke rumah mama ( mak mertua ) KakNa . Cari punya cari akhirnya beli juga di Season's Tun Aminah , Skudai tu . Mahal jugak harga kek sekarang ni . Anak punya pasal .

masa ni tengah tunggu amoi tu tulis nama kat kek

 
KakNa dah cakap tak perlu Happy Birthday , dibubuhnya jugak .
 Akhirnya tak muat nak tulis , no 3 dah nampak macam no 3 . Huh !

 
masa ni Arsyad dah ready nak nyanyi lagu Happy Birthday . Hehehe .

Lepas makan sepotong kek , Arsyad asyik panggil KakNa suruh layan dia . Arsyad ni macam KakNa , kaki selfie . Jadi , dia suruh KakNa ambilkan gambar dia sambil pegang robot tu . So , KakNa pun layan kan jelah . 

 
alalala , mata dia ni tau ! melting !

Mata Arsyad ni memang selalu mencairkan hati KakNa , mungkin sebab masa mengandungkan dia , babah dia sebenarnya nak anak perempuan . Sebab Mr. Clerk ni suka anak perempuan . Tapi , nak buat cam ne , belum ada rezeki lagi . Berdoa jelah . ^_^

Arsyad , ummi doakan agar Arsyad sentiasa menjadi anak yang soleh , dipanjangkan umur dan diperluaskan rezekinya . Ummi juga berdoa agar Ummi tak terlepas daripada segala perkembangan Arsyad . Maafkan Ummi andai Ummi jadi Ummi yang tak sempurna untuk Arsyad . Ummi sayangkan Arsyad tau !

06.02.2014 - 06.02.2017

Sunday, February 05, 2017

Susah


 

Kadang - kadang kita rasa penat dengan memberi pertolongan dan kebaikan pada orang lain . 

Tapi adalah lebih baik kita bersangka baik dengan apa yang terjadi .

Menjadi baik bukan sesuatu perkara yang mudah . Ia perlu lahir dari hati yang bersih .

Kita mungkin tak sempurna , mungkin juga kita pernah mengecewakan orang lain . 

Tapi selagi nama manusia , tidak menjadi hal jika kita sentiasa berbuat baik dan memberi pertolongan sesama insan .

Hari ini, seseorang memberitahuku . 
" Tiada siapa yang akan membantu kamu selain daripada keluarga kamu sendiri . Sungguhpun kamu ada 1000 orang kawan yang baik , namun keluarga tetap di sisi . Jika kamu ingin anak-anak melayan kamu , maka kamu layanlah mereka sebaik mungkin di usia kanak-kanak mereka . Kerana masa kanak-kanak mereka tidak dapat kita beli . Ingat , tiada siapa yang faham apa yang kita rasa dan tanggung selagi mereka tidak rasa atau laluinya . Hanya kita sahaja yang tahu . Berserahlah pada Allah dan ingat ! Keluarga adalah keutamaan kamu . Bersabar dan bertabahlah kamu dengan ujian yang ada . Kemanisannya kamu akan rasai juga nanti 😊"

P/S : tak semua orang suka kita , jadi buat apa nak sedih . Janji Allah suka dan sayang kita .

Saturday, February 04, 2017

DAY 31 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Selfie @ Bersama Tersayang

Assalamualaikum semua !

Alhamdulillah , ini adalah task terakhir KakNa untuk #jdtblogger an #31dayschallengbyjdtblogger . Syukur , akhirnya dapat juga selesaikan task ini walaupun lambat . Almaklumlah , KakNa semua guna hp dan hanya bolehpublish bila free dekat office tu . So , harap korang faham lah . Office plak , hanya waktu rehat sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan Blog dan Facebook . Apapun , syukur dah berjaya .

Okay , untuk cabaran kali ni , KakNa diminta untuk mengambil gambar selfie @ bersama tersayang . So , KakNa pilih untuk ambil gamabr bersama tersayang . Hehehehe , almaklumlah , KakNa jarang dapat masa untuk bergambar dengan suami dan anak - anak begini .


Comey dak kami ? 

Gambar ni diambil masa kami pergi ke ZOO Johor . Seronok anak - anak kami tau ! Yelah , budak - budak kan suka tengok binatang * baca mak budak yang suka * hahahaha . 
Tapi kenangan di Zoo ni memang tak akan dapat kami lupakan . Nanti KakNa akan cerita di entry lain yer . Sabar . 

So , cuba korang tengok . Anak - anak KakNa ikut muka siapa ? Ummi dia ke Babah diorang ? Cer komen sikit ?

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Friday, February 03, 2017

DAY 30 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Ucapan Untuk Follower

Assalamualaikum w.b.t.

Hai korang . Task kali ni kena buat ucpaan untuk followers KakNa . Okay , KakNa rasa KakNa tak adalah ramai sangat followers , tapi bolehlah . So , ucapan ini untuk korang okay .

" Terima kasih sebab sudi follow dan baca blog picisan KakNa . Buat yang ada klik iklan KakNa pun terima kasih tak terhingga . Semoga Allah merahmati kehidupan kalin . Diharap korang akan terus follow KakNa untuk terus beri semangat pada KakNa untuk berkarya . In shaa Allah , 2017 ni KakNa macamnak buat cerpen , tapi tak pasti lagi bila nak mula . Korang mesti suka kan ? Doakan KakNa terus diberi idea yang banyak untuk berkongsi cerita dengan korang . Apapun , doakan KakNa juga diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan ini . Terima kasih sekali lagi . Salam sayang , peluk ketat sendat . Ceh ! "

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Thursday, February 02, 2017

DAY 29 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Menu Sarapan

Menu Sarapan 

Hari bekerja :
  1. Nasi Goreng
  2. Bihun Goreng
  3. Bubur Nasi
  4. Lempeng
  5. Jemput-jemput pisang
  6. Nasi Lemak 
  7. Roti Canai

Nasi Lemak dan Roti Canai adalah pilihan terakhir. Sebab tak berapa suka makan waktu hari kerja.

Hari bercuti :
  1. Maggi Goreng
  2. Roti Canai Kosong
  3. Roti Bakar
  4. Bihun Sup
  5. Susu Rizqi + Biskut Weetameal
  6. Nasi Lemak

Hehe . Korang plak macam mana ?

Wednesday, February 01, 2017

DAY 28 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Pakaian Hari Ini

 

Assalamualaikum . 

KakNa tak suka dan tak pandai nak minta orang ambilkan gambar kalau kat office ni . So , selfie jelah . Taraa ..

Untuk task hari ni , KakNa pakai baju kurung bunga - bunga warna peach dan tudung warna peach RM10.00 je . KakNa suka pakai tudung ni sebab KakNa rasa KakNa nampak muda sangat . Hahahaa .

Tapi , KakNa nampak gemuk sangat kan ? Baby bump pun dah nak nampak dah .

Sorry tau tak ada gambar lengkap . Okaylah tu dari tak ada kan ? Hehe .

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger