Thursday, March 30, 2017

Segmen Blogwalking Janji Kita

Hai korang . 

Tahun ni , tahun pertama KakNa join segmen blogwalking tau !

So , meh ramai - ramai kita meriahkan segmen ni . 

Siapa tahu , rezeki kita nak menang lucky draw kan ??

Siapa nak join boleh tengok bawah yer .



Syarat-syarat penyertaan :-

1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia.

2. Follow Blog Janji Kita.

3. Add to Circle Google + Mar Mansor

4. Follow Instagram @janji_kita

5. Like page FB Janji Kita

6. Copy banner di atas dan backlink ke entri ini. Buat entri bertajuk "Segmen Blogwalking Janji Kita".

7. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen.

8. Segmen akan tamat pada 5/4/2017 jam 11.59 malam.

❤❤❤❤❤

Hadiah menarik menanti blogger bertuah. Kira lucky draw lah. Apa hadiah tu? Jeng..jeng..jeng..rahsia..
Jemput join ye kawan-kawan semua.

Terasa hati :(

Assalamualaikum w.b.t

Emm . 

Harini KakNa nak share sikit pasal kejadian yang berlaku di opis KakNa . 

Ceritanya begini , minggu lepas KakNa minta tolong rakan sekerja (wanita) untuk bantu KakNa buat satu tugasan . Kak tu pun setuju dan janji nak tolong KakNa pada hari Jumaat (31/03/2017) . Okaylah , nak dijadikan cerita , 27 28 Mac KakNa terpaksa bercuti sebab anak pengasuh KakNa tu kena demam HFMD . So , sepanjang KakNa cuti , tak pastilah apa yang terjadi . Tapi KakNa memang tak ada lah harapkan apa - apa daripada Kak tu . Kalau dia boleh tolong KakNa happy lah .

Sudahnya , ada orang yang menyampaikan kata KakNa ni mengganggu kerja Kak tu sampai kerja yang Kak tu nak buat tak boleh buat . Padahal Kak tu belum buat lagi pun tugasan yang KakNa minta tolong tu . 

Lepas dengar berita yang disampaikan tu , ntah kenapa KakNa tak semena - mena boleh menangis . Menangis semahunya . Serius , sedih ! Patutlah orang yang cakap tu tak tegur KakNa :(

Automatik KakNa rasa macam tahlah , macam semua orang tak nak kawan dengan KakNa . Allah . 

Sampaikan KakNa terasa hati juga dengan Kak tu , padahal Kak tu tak bersalah pun . Tulah orang kata kan , benda yang buruk tu adalah lebih baik disampaikan sendiri kepada kita tanpa melalui orang ketiga sebab takut maksudnya tak sampai . Begitu juga dengan benda yang baik .

Apapun , KakNa berpegang teguh pada prinsip " SELAGI AKU MUDAHKAN KEHIDUPAN DAN JALAN ORANG LAIN , SELAGI ITU AKU PERCAYA ALLAH AKAN PERMUDAHKAN JALAN DAN KEHIDUPAN AKU PULA . JIKA TIDAK AKU , PASTI ALLAH MUDAHKAN JALAN ORANG - ORANG YANG AKU SAYANGI . "


Mungkin korang rasa benda ni remeh , tapi sebenarnya memang remeh pun . Cuma KakNa terasa hati sebab orang tu tak cakap dengan KakNa sendiri . 

Tak apalah , apapun niat dia , hanya ALLAH yang tahu . Yang pasti , KakNa tak adalah sampai nak paksa orang tolong KakNa . Apa yang KakNa boleh buat sendiri , KakNa buat . Asalkan x ada mengganggu orang lain sudahlah .

So , kesimpulannya . KakNa tak nak dah berbuat baik kepada orang sebab KakNa suka atau sayang pada dia , tapi KakNa nak ubah niat tu , berbuat baik kepada orang kerana ALLAH .

Semoga ALLAH selalu kukuhkan iman KakNa ni . Aaminn .


Wednesday, March 29, 2017

Wordless Wednesday #8 : 1 Rejab 1438H

Alhamdulillah .

Sekjap je dah 1 Rejab 1438H . 

KakNa masih bercuti kerana anak pengasuh KakNa terkena demam HFMD . So , KakNa pun terlupa berpuasa . In shaa Allah, bermula minggu depan nak puasa semula . Tak habis lagi ni ganti . hehe .


Tuesday, March 28, 2017

Adik Demam



Tido tak lena ummi sebab adik demam. Ingat panas biasa, mcm tinggi je. 
Kejap lg bangon kena mandikan dan bawak g klinik ni. 
Kesian adik demam. Mohon jgn berjangkit dengan kawan adik tu yer. Risau ummi 😥 
#KakNaKids #AmyrulAkhmal15

Sekejap Masa Berlalu

 

Assalamualaikum .
Sekejap je masa berlalu , sedar tak sedar , dalam kepayahan , Alhamdulillah KakNa bersyukur dengan pemberian Allah .

Anak - anak semakin besar . KakNa pun semakin besar 😂

Ramai kata si abang dah 5 tahun , padahal baru 3 tahun . Si adik , ramai kata sudah 3 tahun , padahal baru nak masuk 2 tahun .

Adik , 27/03/2017 . 
Kemain meragam , KakNa tak perasan . Rupanya lagi sebulan nak masuk 2 tahun ,  Allahu . Rindu bau masham adik lah . Please , jangan besar cepat sangat ! 

Abg , 
Hari ni asyik cakap nak sekolah . Ummi bawak pergi tengok ikan kat Taman Tasek Merdeka . Sukanya abang . 

Ummi harap anak - anak ummi bahagia walaupun sekejap je dengan Ummi . Ummi sayang korang sangat - sangat .

Ni lah KakNa , perangai mak mak sangat kan ? 

Yelah , mak mana tak sayang anak ooiii ? ! 

#KakNaKids

Sunday, March 26, 2017

Lirik Lagu - Menahan Rindu (Wany Hasrita)

Wany Hasrita - Menahan Rindu

Sejenak ku termenung
Awan pun mulai murung
Tiada siulan-siulan burung-burung

Menemani hariku
Menemani sepiku
Tersiksa angkara menanggung rindu

Oh angin, Kau kirimkan
Kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari
kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri
Hadapi semua ini

Biarlah ku bersendirian 
Terkurung dalam kenagan silamku
Biarlah aku 
Menahan rindu

Oh angin, Kau kirimkan
Kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari
kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk hati
Akan ku terus berdiri
Hadapi semua ini

Oh hati, kau sedarilah kenyataan ini
Agar dapat ku gagahi
dan terus berdiri

Biarlah ku bersendirian 
Terkurung dalam kenagan silamku
Biarlah aku 
Menahan rindu

Wednesday, March 22, 2017

#KakNaReview : Sambal Galore JB


Hai korang . 
Aritu ada tengok kat entry ni kan Wordless Wednesday #7 : Sambal Galore JB 
Lama dah nak share pasal benda ni , asyik tertangguh je . 
Okay . Hari ni KakNa nak share pasal Sambal Galore Pedas Melatoppp !!!

Sebenarnya , KakNa nampak Sambal Galore ni masa tengah scroll Instagram . First time nampak tu terus rasa nak cuba tau ! Apalagi , salin no telefon owner dan whatsapp . Tup - tup , seller tu orang yang KakNa pernah order makanan tengahari . So , memang percayalah kehebatan sambal ni .
Kebetulan masa nak order tu , kawan - kawan nak cuba jugak , maka KakNa pun order 4 bekas .

Sambal Galore ni ada 4 perasa :
- Sambal Hitam Petai  ( RM15.00 )
- Sambal Kering Bilis ( RM10.00 )
- Sambal Ikan Kurau ( RM16.00 )
- Sambal Asam Mangga ( RM12.00 )

Harga semua berlaianan tau !

So , untukkali pertama order , KakNa ambil Sambal Hitam Petai , 1 botol dan Sambal Ikan Kurau , 1 botol . Rasanya ? Perrrgghh !!!!

Inilah gambar Sambal Hitam Petai KakNa , hehe .


KakNa bawak sambal ni pergi kedai makan sebab masa ni KakNa puasa , so Mr. Clerk bagitau yang dia nak makan tom yam kat kedai favourite so apalagi , KakNa pun bawak lah sebab nak cuba kan ?

Rasa ?

Okay , bagi KakNa ni yang peminat tegar petai , rasa sambal ni agak sedap , eh , sedap ! cuma isi petainya sikit / halus . Almaklumlah , KakNa suka petai besar - besar . Tapi , pada KakNa sesuai lah dengan harganya . Kalau petai tu besar , kang mahal pulak harga sambal ni , jadi tak ada pula orang nak beli kan ?

Sambal kurau tu sedap tak ?

Okay , untuk yang ni , KakNa akan review di hari lain pula . hehe . baru best kan ? 

Okaylah , tu je lah nak share . Pada sesiapa yang nak beli Sambal Galore JB ni boleh lah hubungi nombor di bawah yer :

IG : Sambal Galore JB
FB : Harry JB Food
H / P : 017 - 7654482

Selamat Mencuba !



Wordless Wednesday #7 : Sambal Galore Jb





Tunggu next entry yer ! 
Search #KakNaReview

^_^
  

Wednesday, March 15, 2017

Wordless Wednesday #6 : Gelagat Dua Beradik

 

Abang memang suka bergambar , adik suka jugak tapi suka buat muka . 
So, ini lah hasilnya ! 
#anakanakKakNa

Thursday, March 09, 2017

3rd Pregnancy , Alhamdulillah .

Assalamualaikum .

Hai korang .

Terkejut ? 

Alhamdulillah . Sebut tu dulu , baru sambung baca yer . Hehehe .

 
23.12.2016

Alhamdulillah . 

KakNa memang dah tahu KakNa memang mengandung , yelah , dah dua kali mengandung kan , hehe .


 
27.12.2016


Alhamdulillah . Tu je yang mampu KakNa ucapkan setelah tahu tentang berita ni , memang kehamilan yang ditunggu - tunggu . Tiada siapa yang tahu melainkan suami dan adik pada masa ni . Lepas buat pregnancy test , terus whatsapp adik . 

Along , selepas seminggu test . Abah ? Belum masanya . KakNa memang niat nak tunggu sampai buat buku baru nak beritahu abah . KakNa taknak abah risau . KakNa kan dah dua kali ceaser .

** updated **

Entry ni disambung pada 27/02/2017

Ntahlah , pregnancy kali ni , KakNa rasa sangat tertekan . Masalah kewangan , perangai anak - anak , perangai suami . Bukan nak mengadu domba , cuma sekadar meluah perasaan . Yelah , perempuan mengandung kan emosi dia terlebih . Makanya , semua perkara dianggap remeh . Hurmm ..

Satu yang KakNa faham . BERSUJUD . Allah rindukan KakNa bersujud lama dan merayu merintih pada - Nya . :'( 

Doakan KakNa selamat yer semua .

Wednesday, March 08, 2017

Wordless Wednesday #5 : Pernah tak?

 

Korang pernah tak ? 

Basuh muka lengan baju mesti basah . 
KakNa kan , lengan baju dan leher mesti basah , yang pelik tu , lengan belah kiri je . 
Haissh . Suami pun naik heran . 
KakNa pun heran gak , cuba elak jadi gak . 
Tapi tak tahu kenapa sebelah lagi tak basah . Huhuhu

Sunday, March 05, 2017

KakNa Family

 
Ini cerita semalam.

Sebenarnya babah tengah bad mood sebab lapar dan anak-anak buat hal. 
Tapi Ummi tak kisah, suruh gak babah amek gambar.

Eh, sekali babah pun nan join. Tak muat frame sebab ummi gemuk 😂😂 Cuba tengok, #AmyrulArsyad14 dan #AmyrulAkhmal15 ikut siapa?

Annoying tau Akhmal dan babah. X sporting! 😝

#KakNaKids #KakNaFamily #DoubleA_ShortVacations #KakNaMakanKenduri #FarAmyFamily

Wednesday, March 01, 2017