Assalamualaikum w.b.t
Emm .
Harini KakNa nak share sikit pasal kejadian yang berlaku di opis KakNa .
Ceritanya begini , minggu lepas KakNa minta tolong rakan sekerja (wanita) untuk bantu KakNa buat satu tugasan . Kak tu pun setuju dan janji nak tolong KakNa pada hari Jumaat (31/03/2017) . Okaylah , nak dijadikan cerita , 27 28 Mac KakNa terpaksa bercuti sebab anak pengasuh KakNa tu kena demam HFMD . So , sepanjang KakNa cuti , tak pastilah apa yang terjadi . Tapi KakNa memang tak ada lah harapkan apa - apa daripada Kak tu . Kalau dia boleh tolong KakNa happy lah .
Sudahnya , ada orang yang menyampaikan kata KakNa ni mengganggu kerja Kak tu sampai kerja yang Kak tu nak buat tak boleh buat . Padahal Kak tu belum buat lagi pun tugasan yang KakNa minta tolong tu .
Lepas dengar berita yang disampaikan tu , ntah kenapa KakNa tak semena - mena boleh menangis . Menangis semahunya . Serius , sedih ! Patutlah orang yang cakap tu tak tegur KakNa :(
Automatik KakNa rasa macam tahlah , macam semua orang tak nak kawan dengan KakNa . Allah .
Sampaikan KakNa terasa hati juga dengan Kak tu , padahal Kak tu tak bersalah pun . Tulah orang kata kan , benda yang buruk tu adalah lebih baik disampaikan sendiri kepada kita tanpa melalui orang ketiga sebab takut maksudnya tak sampai . Begitu juga dengan benda yang baik .
Apapun , KakNa berpegang teguh pada prinsip " SELAGI AKU MUDAHKAN KEHIDUPAN DAN JALAN ORANG LAIN , SELAGI ITU AKU PERCAYA ALLAH AKAN PERMUDAHKAN JALAN DAN KEHIDUPAN AKU PULA . JIKA TIDAK AKU , PASTI ALLAH MUDAHKAN JALAN ORANG - ORANG YANG AKU SAYANGI . "
Mungkin korang rasa benda ni remeh , tapi sebenarnya memang remeh pun . Cuma KakNa terasa hati sebab orang tu tak cakap dengan KakNa sendiri .
Tak apalah , apapun niat dia , hanya ALLAH yang tahu . Yang pasti , KakNa tak adalah sampai nak paksa orang tolong KakNa . Apa yang KakNa boleh buat sendiri , KakNa buat . Asalkan x ada mengganggu orang lain sudahlah .
So , kesimpulannya . KakNa tak nak dah berbuat baik kepada orang sebab KakNa suka atau sayang pada dia , tapi KakNa nak ubah niat tu , berbuat baik kepada orang kerana ALLAH .
Semoga ALLAH selalu kukuhkan iman KakNa ni . Aaminn .
No comments:
Post a Comment