Assalamualaikum .
Fuh , cerita pasal makan lagi . Rasanya bermula Feb tu hari - hari KakNa makan kat luar waktu rehat kat opis . Haish , patut lah makin menipis poket KakNa . Huhu .
Alkisahnya , KakNa biasanya pergi makan dengan budak praktikal kat opis ni . So , today , dia ajak pergi makan Subway dekat Terminal Larkin . KakNa pun macam pelik lah , sebab setahu KakNa , mana ada Subway kat situ .
Almaklumlah , lama gila tak naik bas , so memang tak pergilah Terminal tu .
So , tengahari tu , kiteorang pun pergi lah Terminal tu , and yes , memang ada kat Subway kat situ . Sorry , KakNa tak amek gambar kedai Subway tu sebab korang pun tahu kan kedai Subway ni semua sama je . hahaha.
Menu yang KakNa order ialah 5" Steak & Cheese with set . Termasuk air dengan biskut lah , yelah lama dah tak makan kan . Hahaha , alasan !
Kalau tengok gamabr simple je kan cara dia hidang , tapi pada KakNa , rasa daging, sos dan sayur semua dah 'blend' jadi satu . PERFECT !
Makan pun kenyang sampai petang , almaklumlah , mahal . hahaha . Tapi , gambar biskut tak ada sebab lupa nak ambil . Plak tu , KakNa dah stop makan benda manis since 1 March 2018 , so today kira 'Cheat Day' lah . Hahaha , cheat sangat !
Tapi , serious lah , walaupun baru 5 hari tak makan dan minum benda manis (dalam kuantiti yang banyak) , memang KakNa tak boleh telan biskut Subway ni . Tapi , memandangkan dah beli dan kedekut , maka KakNa tak bagi lah orang makan hatta anak dan suami sendiri ! hahaha , kejam kan !
Konsepnya , kalau nak gemuk , biar gemuk sendiri !
Okaylah , tu je nak kongsi . Sebenarnya lebih kepada nak kongsi apa yang KakNa buat sepanjang minggu .Tambahan pula , hp KakNa memorinya dah penuh , so sebelum padam gambar , postlah dekat blog , buat kenangan !
Okaylah korang , terima kasih ya sudi baca . :)
No comments:
Post a Comment