Ramai yang tahu , bermula 15 Mei 2018 aku dah bercuti sebab si Amsyar kena sakit mata .
Alhamdulillah .
Ini ujian buat aku dan Amsyar .
Selang beberapa hari , si abang pula . Sudahnya hampir seminggu aku bercuti rehat menjaga anak - anak aku .
Ramai yang bertanya , mengapa aku tak hantar ke rumah ibu bapa mertua aku ?
Jawapan aku .
Mereka sudah tua . Berpuluh tahun menjaga suami aku , mengapa bila tiba masa anak aku sakit , aku perlu menyusahkan mereka ?
Iya . Ramai mulut bising . Aku tahu , aku tinggalkan kerja yang banyak .
Maafkan aku .
Aku tak minta begini .
Namun begitu , aku melihat daripada sudut yang berbeza .
Allah sedang memakbulkan impian aku .
BEKERJA DARI RUMAH .
Iya . Itu impian aku sejak aku bertunang dengan suami aku . Impian yang aku tak pernah nyatakan padanya selama ini .
Baru - baru ini aku ada menyatakan hasrat bahawa aku ingin bekerja dari rumah . Namun , suami aku agak keberatan .
Aku tahu , dia bimbang tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya tehadap kami memandangkan kos hidup semakin tinggi . Aku pula , tidak ada apa yang mahu diperdebatkan namun , jauh di sudut hati aku bahawa Allah akan perkenankan doa - doa ku .
Alhamdulillah . Apabila si Amsyar terkena sakit mata , satu - satu Allah tunjukkan pada aku . Ya , aku boleh ! Aku boleh bekerja dari rumah . Cuma aku perlu sedikit masa untuk buktikan pada suami aku terutamanya yang aku mampu .
Diikuti dengan si Arsyad sakit mata , sekejap bengkak sekejap tidak . Aku mula stress . Jujur . Aku mula bosan . Hari - hari rutin aku sama . Aku mula rasakan , ini bukan tempat aku . Tempat aku di pejabat ! Sekali lagi Allah beri aku petunjuk ! 😌
Pada 20/05/2018 . Aku berkobar - kobar nak bawa anak - anak pergi ke taska dan aku bersemangat untuk bekerja kembali . Setibanya di taska , cikgu beritahu bahawa mata si Amsyar masih berair dan taska tak mahu menerimanya selagi belum sembuh . Pang ! Terpana aku seketika . Nak terduduk macam takot gempa bumi pula . Aku diam sejenak lantas mentuturkan bahasa sehabis lembut . Bimbang mengguriskan hati cikgu .
" Cikgu , pukul 9.30 pagi saya datang balik anak - anak semula . Bagi akak selesaikan kerja di pejabat "
" Iya , baiklah kak . Maaf ya kak . Kami tak nak Amyrul jadi punca anak - anak lain berjangkit "
" Faham . Terima kasih cikgu "
Kembali ke dalam kereta suami mengasak aku dengan pelbagai soalan . Aku jawab mana yang perlu , tapi dalam hati , sebak aku hanya Allah yang tahu .
Terus aku tanam dalam hati aku , " jika aku tak mampu nak bahagiakan masa kanak - kanak anak - anak aku , aku tak akan maafkan diri akh sendiri .... "
Bersambung Part 2 ya . Tq :)
sejujurnya itulah dilema seorang ibu dan pekerja. bila cuti lama walaupun sebab yang cukup kukuh iaitu anak tak sihat, tetap juga menajdi pertikaian. tak kan anak tak sihat minta orang lain jagakan juga. entah lah..moga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteJanjiKita