Assalamualaikum w.b.t.
Hai korang , masih mood raya lagi ke ?
KakNa dha dua hari kerja tau . Tapi , apa pun tak boleh buat sebab boss besar semua cuti lagi . Hehe .
So korang , raya ni naik berapa kilo ? KakNa so far baru naik 1.5 kg . Gila arghhh , seminggu raya tu dan nak dekat 2 kg tau ! Pergghhhh !!!
Tu yang semalam balik rumah dok tengok babat ni , KakNa dok fikir apa nak buat yer .
KakNa ingat , mulai esok 20.06.2018 , KakNa nak mulakan cabaran , 3 Hari 3 Kg .
Boleh ke boleh ?
Kalau tak cuba memang lah tak boleh , sebab tu kita kena cuba dulu .
Hasilnya kita kongsi kemudian .
Korang berani cabar diri sendiri tak ?
Hahahaha .
Kalau berjaya 3 Hari 3 Kg ni , KakNa akan buat pulak 7 Hari 7 Kg .
Apa yang KakNa akan buat sepanjang 3 Hari ni ?
TAK BOLEH :
1. Makan / Minum Manis
2. Minum Ais
3. Makan Nasi Lemak
4. Makan Roti
DIBENARKAN :
1. Minum Air Melebihi 2 liter ( Semestinya Cuckoo )
2. Berjalan lebih daripada setengah jam .
3. Tidur dengan cukup
4. Makan berkhasiat dan bernutrisi .
So , doakan KakNa berjaya ya semua !
Chaiyok !
No comments:
Post a Comment