Thursday, December 31, 2020

Selamat Tinggal 2020 ^_^

 Assalamualaikum semua.

.........................................

Kaku tangan seketika. Allahuakbar, bertakbir aku memandang paparan skrin ini. 

Allahu.

Berat dan sesak dada nak meninggalkan 2020.

Pahit, manis semuanya ada. Terlalu banyak untuk diperkatakan.

Terlalu pahit untuk diluahkan, kepada DIA aku berserah.


Anak-anak.

Terlalu kecil untuk mengerti.

Terlalu mentah untuk memahami.

Terlalu rapuh untuk dikerah.


Suami.

Tanpanya aku sudah pasti rebah dan lemas.

Tanpanya aku sendiri tak bisa berenang ke tepian.

Tanpa sokongan dan pelukan, aku mungkin tak akan mampu memberikan lagi senyuman.

Tanpa pandangannya aku kini bukan aku lagi.


Allahu.


Aku bukan minta simpati, apatah lagi mahu dikeji.

Aku cuma mahu dimengerti.

Aku mungkin gagal kelmarin, semalam dan hari ini.

Tapi, aku juga bisa bangkit lagi.

Setiap malam aku fikir apa akan jadi.

Apa lagi ujian Allah nak beri.

Tapi, dalam masa yang sama aku juga bersyukur. 

Belum lagi membangga diri.

Masih juga memandang ke lantai bumi.


Sahabat.

Andai kau baca coretan ini.

Aku hanya mohon agar kau tidak pertikaikan apa yang terbuku di hati.

Agar kau tidak persoal apa aku buat nanti.

Agar kau tidak marah dengan tindakan aku ini.

Agar kau tidak memandang kelemahan ku nanti.

Agar kau tidak mengatakan bahawa aku manusia suka beri alasan itu dan ini.

Aku tidak mahu hanya kata-kata semangat.

Aku hanya mahu rasa diriku punyai sahabat.


2020

Terima kasih kau mengajar aku menjadi orang yang sabar.

Mengajar aku erti menang dan kalah.

Mengajar aku tak semua benda aku akan dapat dengan mudah.

Membuat aku "terkenal" seketika, walau hanya di alam maya.

Membuat aku semakin berani BERKATA TIDAK kepada yang tidak hak.

Mencabar aku hanya perlu percaya kekuasaan Allah.

Memberi aku kemanisan dan keindahan yang aku tak pernah terjangkau.

Kau memberi senyuman dan juga tangisan, buat aku juga teman-teman.


2020

Aku janji aku tak akan lupakan kau.

Tapi aku tak boleh bersama kau.

Aku janji aku sedih aku akan kenangkan kau, kenangkan di saat kau buat aku menangis.

Kemudian aku bangkit lagi.

Aku janji, andai ada yang menghina dan mentertawakan aku lagi, aku akan ingat kau.

Aku janji.

Aku janji aku akan terus bersemangat.


2020

Aku tinggalkan kau dulu ya.

Aku tak boleh kembali.

Aku kena terus melangkah pergi, aku wajib berlari.

Aku sudah kuat untuk tidak perlu dipapah.

Aku tahu, kau bersama aku.

Aku tahu kau yang memberi ku impian baru.

Tapi ku dan aku sudah tak boleh bersatu.


2020

Doakan aku.

Doakan aku terus berjalan ke matlamat yang dituju.

Doakan aku terus berdiri dengan mengharapkan PADA YANG SATU

Doakan aku mampu memberi kepada yang perlu,

tanpa perlu lihat berap jumlah tabunganku.


2020

Terima kasih untuk segalanya.

Aku pergi ya.


Jaga diri. ^_^

Farhanah Suardi

Khamis 31/12/2020

3:35pm



No comments:

Post a Comment