Wednesday, November 30, 2022

Happy Anniversary : 10 Years Together

Sepuluh Tahun

10 tahun bukan perjalanan yang mudah, bukan juga seindah di dalam lagu yang digubah.


Adakala, pahit mengundang jiwa.
Adakala, manis terlalu memegang rasa.
Adakala, jiwa bagai dihiris duri berbisa.
Adakala, hati bagai dunia ini aku yang punya.



Terima kasih Allah, beri kami peluang merasa manisnya cinta.
Terima kasih Allah, beri kami peluang mencipta pahitnya luka.
Terima kasih Allah, beri kami peluang hargai semua yang kami ada.
Terima kasih Allah, beri kami segala-galanya yang kami perlukan di dunia.



Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kali ini, bukan sambut berdua, bertiga dengan anak bongsu kami. Simple tapi sangat bermakna buat aku. Kami raikan ulangtahun perkahwinan kami di restoran Secret Recipe.

Lagi 2 orang anak kami sekolah. Si bongsu ni baru baik demam, jadi bawa jelah sekali. Hehe.

Kek Chocolate Indulgence

Macam tak sangka staff Secret Recipe ni nak tulis perkataan “Smile” dekat pinggan kami. Seronoklah anak aku, aku pun seronok juga tau. Rasa dihargai gitu.

Signature Drinks Secret Recipe : Strawberry Punch

Aku yang pesan air ni.
Sedap sangat! 10/10. Cuma aku kot tak tahu minum, aku habiskan air baru makan strawberry tu tau. Hahaha, tapi apapun memang sedap lah.
Air si bongsu ni Hot Milo

Sedap oooii Milo dia. Lemak dan sungguh berkrim. Aku yang habiskan satu cawan. Hahaha. Nak cakap sedap sangat tu tak tahu macam mana, jadi aku bagi bintang 15/10!

Vegetarian Fried Rice with Satay

Menu ni suami aku pilih. Tapi kami minta tak payah letak sayur. Rasa boleh tahan lah. Boleh lah telan. Tapi, pada aku masin lah nasi tu. Satay pula, rasa macam makan ayam salut tepung kari. Tak tahu nak cerita rasa macam mana. Aku bagi 5/10. Tapi, tak akan ulang balik makan nasi ni. Hehe. Maka, 5/10.

Spagethi Bolognese (Beef)

Untuk spagethi ni aku bagi 7/10 lah sebab ada air dalam pinggan. Macam tak ditapis betul-betul. Kecewa juga lah, sebab aku memang dah lapar. Anak aku pun makan sikit je sebab agak kering.

Apapun, terima kasih Allah atas rezeki hari ini. Semoga kami akan terus mendapat rezeki yang berkah dan halal. Aamiin Ya Mujib.

Tuesday, November 29, 2022

Alhamdulillah, akhirnya..


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


Setelah pelbagai episod bergaduh, baik, suka, duka, airmata, gembira, bahagia, terluka, berdarah dan lain-lain, akhirnya.


Alhamdulillah, akhirnya berpindah juga ke rumah sendiri. Syukur sangat. Walaupun rumah 2 bilik, tapi tetap bersyukur. Target 16 tahun lepas, baru Allah izinkan untuk miliki rumah sendiri 😭.


Buat yang bertanya kenapa asyik pindah randah?

Jawapannya : Aku merancang, aku berusaha, namun selebihnya, Allah punya kuasa ✌🏻.


Rezeki masing-masing. Tolong. Tolong sangat. Jangan pertikaikan.


Titik.


Semua Allah yang susun. Aku cuba sedaya upaya untuk jalani semuanya dengan baik, terbaik.


Doakan aku terus tabah jalani liku-liku kehidupan ini. Semoga kebaikan berbalik kepada kamu semua yang mendoakan aku dan keluarga.


#CikPuanFarhana #FaramyMovingOut

Jangan menyakiti manusia lain.


Allah ada dan tak pernah tidur.


Mula-mula berahsia, selepas itu, menipu. Bila banyak sangat menipu, akan jadi sakit hati. Bila sakit hati, bergaduh tak berkesudahan.

Berhentilah. Henti melakukan perkara yang sia-sia.

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (QS Al Ahzab : 58)

Di dalam islam menyakiti hati sesama muslim adalah perbuatan dosa. Untuk itu jangan sampai kita menumpuk dosa-dosa kecil ataupun besar dengan menyakiti hati orang lain khususnya saudara kita sesama muslim. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang Allah benci karena kita menyakiti hati saudara kita.

Jom amalkan bersama. Aku pun kadang-kadang terleka. In shaa Allah, sama-sama kita perbaiki diri. Semoga Allah selalu bantu kita, Aamiin Ya Mujib 🤲🏻.

Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri :

‎يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, sabarlah, cukupkanlah kesabaran, perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan. – (Surah Ali ‘Imran 3: 200)

#CikPuanFarhana #kisahrumahtangga

Kahwin?

Kahwin ni dik macam ni


Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤️


Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh 😬


Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😢


Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ☹️


Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam 😖


Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan 😅


Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱


Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺


Ada masa rasa  apasal lah macam ni kehidupan 🤔


Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 💰


Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan 💸


Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍


Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜


Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔️❌


Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.


Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.


Realiti tak sama dengan fantasi 💑


Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah. 


Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah Rahmah.


Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.


Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar. 


by NM


Setelah puluhan tahun menjadi Kaunselor Perkahwinan & Keluarga, ini adalah nukilan tentang perkahwinan dari kaca mata saya. 


Moga bermenafaat ❤️


Kredit : 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0zGuCKYamD2Ldzmy2BeNZ589oLm3xKMfSvg95CMMngN6XrQ9qKi1nEkd7bp8RgwfZl&id=679914802&mibextid=qC1gEa

Monday, November 28, 2022

10 pasang


Baju 10 pasang, selebihnya tudung. Hahaha. Tu pun kata tak ada tudung 🤣


#FarAmyFamilyMovingOut



Kenangan Lama


Penat kemas rumah, baring kejap sementara menunggu the boys siap.


Saja throwback zaman mula ada hp kamera. Kalau selfie, kemain lagi tinggi kamera.


Bukan takut nampak gemuk, sebab masa tu kurus lagi. Tapi, tulah. Ikut kawan-kawan style ambil gambar 🤣.


#CikPuanFarhanaStories

#KenanganLama


Friday, November 25, 2022

Cara Tambah Rezeki

Cara nak tambah rezeki.

.

Banyak cara sebenarnya, tapi ini adalah salah satu caranya. Apa yang penting adalah konsisten dan jangan bersangka buruk dengan Allah. 

.

Percayalah, setiap rezeki yang Allah dah bagi pada kita atau akan bagi itu semua yang terbaik buat kita.

.

Belajar terima kenyataan, redha dan melepaskan. Memang susah pada mulanya, in shaa Allah, lama-lama kita akan boleh buat💪🏼

.

#MudahnyaMenjemputRezeki


Siapa Perdana Menteri Malaysia ke - 10? #PM10

Desas sesus selama 4 hari bermula tarikh rakyat Malaysia mengundi, 19 November 2022, akhirnya terjawab.

Gambar Kredit : Media Oren


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 berkuatkuasa mulai 24 November 2022.


Semoga kerajaan baru ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.


#PM10malaysia #CikPuanFarhana


Salam Jumaat

Alhamdulillah.


Bangun pagi. Tersenyum melihat suami dan anak-anak masih di sisi. Syukur dan gembira tak dapat diluah. Mungkin kami belum kaya dengan wang ringgit. Tapi, kami diberi rezeki anak yang ramai sebagai penghibur hati. 


In shaa Allah, berkat hari Jumaat ini. Fana doakan sesiapa yang belum mendapat rezeki anak, Allah akan perkenankan secepat mungkin. In shaa Allah, semua rezeki kita Allah dah tetapkan. Teruskan berusaha dan bersangka baik.


Salam Jumaat ♥️

Thursday, November 24, 2022

Sweet 18



Sweetnya aku masa umur 18 tahun ni. Siapa pernah jumpa aku masa aku Tingkatan 6? Sila komen.

Kisah Rumah PPAM


Penyesalan yang tak boleh diulang semula.


Kerana kasih, aku turutkan.

Kerana sayang, impian melayang.


Ya, semua Allah dah tetapkan.


Tetapi Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.


"Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).


Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah سبحانه وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya."


Doakan aku, cepat-cepat lupakan hal 2 tahun lepas ni 🥺


#CikPuanFarhanaStories

#KisahRumahPPAM

Wednesday, November 23, 2022

Wordless Wednesday 1/2022 : Nikmat Allah

Bersyukurlah atas nikmat Allah yang banyak. Hati yang bersyukur bukan sahaja merupakan kebajikan yang terbesar tapi juga menenangkan hati dan jiwa kita.

Monday, November 21, 2022

Pengalaman Sebagai Petugas PRU | 19.11.2022

PENGALAMAN SEBAGAI PETUGAS KERANI PENGUNDIAN / KERANI MENGIRA UNDI
(KP / KMU)

Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasmi pilihan raya umum Malaysia ke-15, diadakan pada 19 November 2022 untuk memilih anggota Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Semua 222 kerusi akan dipilih untuk pilihan raya ini: 221 kerusi pada 19 November dan satu kerusi pada 7 Disember.


Bergambar setelah selesai Proses Pengundian, gambar sebelum tak jumpa lah pula.


Ketua Tempat Mengundi (KTM) sedang sibuk memastikan segala kelengkapan Pengundian dan proses pengundian berjalan dengan baik dan tenang. 


Kami bergili-gilir untuk makan dan ke tandas. Minuman dan makanan disediakan secara percuma. Makanan semua sedap dan menyelerakan. Mungkin juga sebab kami semua kelaparan hehe. Air manis memang terlalu manis, jadi kami semua tak dapat habiskan.


Selfie is a must!

Selfie sebelum pintu di buka untuk pengundi.


Selfie sementara tunggu suami sampai untuk balik ke rumah.


Momen yang dirakam oleh KTM.


Satu pengalaman yang sangat berharga. Impian untuk menjadi petugas adalah 15 tahun lepas,
tapi Allah tunaikan di Tahun 2022. Allah Maha Baik. Minta apa sahaja yang kita mahu disusuli dengan usaha, insyaAllah semuanya akan tercapai.

Semoga ada rezeki lagi untuk menjadi salah seorang Petugas Pilihan Raya di Malaysia.

Sunday, November 20, 2022

Throwback 20112016



#Throwback20112016


Bila kau hanya ada masa tapi bukan harta untuk dihabiskan . Maka kau hargailah apa yang ada di hadapan . Anak orang lain mungkin gembira dengan banyak makan , tapi anak - anak kau gembira bila dapat berjalan.


Lain manusia , lain kemahuan dan keinginan . Lain sifat malahan sikap .


Nikmat apalagi yang kau ingin dustakan . Jika Tuhan beri kau kekuatan , mana mungkin syaitan mampu menewaskan . Jika kau yang hanya mahu melayan , setinggi gunung kekuatan pun kau tetap akan ditawan.


#LoveYourselfFirst #FamilyFirst #KakNaFamily #AmyrulSiblings

Wednesday, November 16, 2022

Telefon Kesayangan Rosak

HP tu aku sayang sebab 70% duit sales Sobella. 30% duit aku. Bulan 12 ni genap 2 tahun 🥺.


Jatuh, pecah berderai. Kena ganti LCD. Melayang duit aku, RM250.00. Allahu. Semoga Allah ganti yang lain.


Terima kasih XPERT GADGET DANGA BAY! Cekap buat kerja, hasil memuaskan.




Baju Lusuh

 Bismillah.


Kadang bila kita pakai baju yang lusuh atau baju yang atas pemberian org, kita akan dipandang hina.


"Hei, baju buruk."

"Hei, baju ni dah longgar lah."


Kenapa? 


Kan tak salah berjimat cermat. Apa gunanya ada kedai bundle kalau pakaian bekas org lain kita tak boleh guna?


Amyrul Arsyad paling banyak baju org bg masa dia baby sampai lah skng, dan baju tu turut di pakai oleh si adik Amyrul Akhmal. Kan jimat. Duit yg ada, boleh beli pampers dan keperluan lain.


Bkn saya meminta2. Tp dh org bg, saya ameklah. Syukur Alhamdulillah. 


Saya bukan senang. Tapi saya sentiasa didik hati saya supaya lihat org yg lebih susah dr saya. 

Saya juga bukan sampai tak mampu. Yg bg pun kakak saya dan org yg rapat dgn saya. Alhamdulillah, semua baju mereka berjasa buat saya. 


Dan baju yg anak2 saya dh tak muat, saya dah beri pada yg lebih memerlukan daripada anak2 saya. Mudahkan. 


Jangan mudah menghukum.


Bersangka baiklah. Siapa tahu kemudian hari kita pula di tempat mereka.


*maaf post agak panjang*


Salam Hujung Minggu

#CikPuanFarhana

Tuesday, November 15, 2022

Hati Kecil


hati ni. kalau dia dah menjadi kecil, nak besarkan bukan susah. 


seperti kata orang lama. bertahun ko bersama orang itu belum tentu ko kenal dia. apatah lagi ko tidur sebantal sekatil dengan orang itu.


keep silence is the best way.


Sunday, November 13, 2022

Zaman Viral?

Aku dah merasa saat di atas, saat sentiasa dipuja. Zaman tu, belum zaman viral lagi. Kalau tak, ntah aku pun viral juga.

Setiap kali mesej sahabat, beliau akan cakap, sabarlah beb, kau cantik. Sebab tu orang cemburu dan cuba rampas kebahagiaan kau.

Cantik?

Si cantik yang tak menghargai dirinya dulu, menyayangi orang lain lebih dari dirinya. Huhuhuhu.

Begitulah.

Tapi itu semua lumrah, ada masa kita di atas, ada masa di bawah. Malah, paling bawah.

Saturday, November 12, 2022

Beza Tahun 2021 vs 2022



November Tahun 2021, berat aku 94kg - 92kg.


Tahun 2022 ni, Alhamdulillah, 88kg - 85kg.


In shaa Allah Disember 2022 ni aku cuba nak dapatkan 84kg - 80kg.


Doakan aku tau.


#FanaFatToFitJourney

Friday, November 11, 2022

Jumaat Mulia

 Di hari jumaat yang mulia dan barakah ini , saya mohon anda semua doakan segala urusan saya dipermudahkan , dilancarkan Allah SWT.


Maafkan segala salah silap saya , dan apa sahaja kekurangan yang ada dan pernah berlaku🙏🏻

Thursday, November 10, 2022

Niat Baik

 Jika hati senantiasa berniat baik, Allah akan pertemukan kita dengan hal yang  baik,orang-Orang baik, tempat yang baik, atau setidaknya peluang dan  kesempatan untuk kita berbuat baik. 


Maka isi hati kita dengan prasangka baik, harapan baik, keinginan  baik, dan tekad untuk menjadi lebih baik.

SHUSHU SEDAP

 



Sekali makn 𝗦𝗛𝗨𝗦𝗛𝗨 ni asyik rasa nak kunyah lagi dan lagi, rasa cair dalam mulut. 😍

𝗦𝗵𝘂𝘀𝗵𝘂 ni apa?

♥️ Sejenis 𝘀𝗻𝗲𝗸 premium dari 𝗺𝗮𝗿𝘀𝗵𝗺𝗮𝗹𝗹𝗼𝘄 dan 𝗯𝗶𝘀𝗸𝘂𝘁� 
♥️ Rasa lemak susu full cream dan buah sebenar
♥️ Nikmat kenyal, lembut dan rangup dalam satu gigitan
♥️ Ada 6 perisa pilihan 
♥️ Tiap gigitan rasa buah asli dan kekacang
♥️ Tambahan serbuk berperisa untuk menaikkan rasa

--


Monday, November 07, 2022

Quran Is Everything

 Quran verse for when you’re feeling:


Upset - 3:159

Weak - 4:28

Lonely - 20:46

Sinned - 39:53

Worried - 2:45

Anxious - 8:30

Unhappy - 3:139

In Danger - 3:54

Depressed - 3:139

Lack of Faith - 13:28

Need Courage - 55:60

Need Directions - 6:71


Peringatan bersama 🙏🏻

Sunday, November 06, 2022

Instagram VS tik Tok?



.
INSTAGRAM VS TIK TOK?

Mana lagi better?

Kalau tanya aku, jujurnya aku pilih Tiktok.

Sebab di IGni aku belum lagi dapat "beli" jiwa penggunanya 😅.

Di TT pun aku tak gelek, tapi berbekalkan muka yang Alhamdulillah cantik dan suara yang lunak merdu (done pujuk diri sendiri) aku nampak peluang tu lebih besar untuk ke depan.

Walhal, aku dulu pun kutuk TT ni. Tak berfaedah lah, menaibkan and so on.

Now, i standing with another mission.

Kena buat sesuatu untuk nampak di luar kotak.

So, sekarang. Pilihan di tangan anda. Semua media sosial memang melalaikan anda. Buat keputusan yang tepat, jangan sampai kita terleka dan akhirnya kecewa.

Be Yourself.
#CikPuanFarhana
#InstagramVSTiktok

Friday, November 04, 2022

Alhamdulillah

 Alhamdulillah.


Semakin ramai kawan-kawan wanita aku yang berkeyakinan untuk berniaga. Percayalah 9/10 daripada rezeki kita datang dari perniagaan.


Apapun teruskan usaha kawan👍

Kick Back Doa?

 KICK BACK DOA.


Pernah dengar ayat ni,


"Bila kita doakan orang lain, Malaikat akan doakan kita semula"


Jadi kick back doa ni nama bagi aktiviti mendoakan orang lain. gitu.. Ramai yang dah tau, tapi ramai yang tak rajin nak buat. Sebab apa? rasa rugi ke bila doakan orang lain? 


Kadang-kadang kita lambat nak berjaya sebab kita kedekut nak doakan orang lain untuk berjaya. 

.


Mulai hari ni, belajar lah doakan orang lain. Apa lagi bila kita ada hajat yang belum tercapai.


Contohnya ada amanah (hutang) yang belum langsai. kita doakan orang lain, semoga Allah beri dia limpahan rezeki yang berkat hingga dapat langsaikan amanah dia dalam masa terdekat.


contohnya, kita belum ada zuriat. Kita ikhtiar lah doakan orang lain supaya dapat zuriat soleh solehah.


Dengan cara ni, malaikat akan aamiinkan untuk kita, dan doakan kita sama macam apa yang kita dah doakan untuk orang lain.

.


Jom komen Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan). moga Allah kabulkan doa kita.


#DS_KRD

Lama Menyepi

 Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar anda semua?

Lama CPF tak menulis di sini. Terlalu banyak yang nak di kongsi sehinggakan tidak ada satu pun yang ditulis. Hehehe, itulah lumrah mansia. Hanya mampu merancang, tapi Allah jua penentunya.

In shaa Allah, lepas ni seminggu sekali nak update dekat sini. Sekurang-kurangnya, tak adalah sunyi sepi blog ni kan?


CPF masih orang yang sama, suka menulis. Jadi, blog sahajalah yang boleh luahkan panjang-panjang. Mana mungkin akan melupakan blog di saat orang lain sibuk naik dengan video. CPF pun ada juga video dekat Tik Tok yang mencanak naik, tapi.. Biarlah tinggal kenangan hehe.

Terima kasih juga yang masih sudi bertanya khabar di Facebook dan Instagram, you know who you are.


Jomlah, selesaikan tanggungjawab dulu. Jumpa lagi, Assalamualaikum.

Jumaat Pertama November 2022

 Assalamualaikum.


Jumaat pertama dalam bulan November.


Mari kita pulun doa banyak-banyak.


Mari kita pulun usaha banyak-banyak.


Mari kita pulun solat dan sedekah banyak-banyak.


Bukan pada hari Jumaat je.


Pada setiap hari di mana kita dalam keadaan mampu atau tak.


Sebab kita tak tahu, pada hari apa yang Allah sudi nak angkat dan makbulkan doa kita.


☺️


Jika anda suka status ini, boleh LIKE dan SHARE secara berhemah.


Hidup biar tak kaya harta, tapi kaya dengan adab ✌🏻

Tuesday, November 01, 2022