Friday, December 15, 2023

Dengarlah Bintang Hatiku - Demeises

 Lirik Demeises - Dengarlah Bintang Hatiku


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu Suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh Karena bagiku engkaulah nyawaku
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu Suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh Karena bagiku engkaulah nyawaku (u hu u)
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh Karena bagiku engkaulah nyawaku
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh Karena bagiku engkaulah nyawaku Karena bagiku engkaulah nyawaku

Nota Kaki :
Lagu kegemaran aku dan anak-anak, bila seorang merajuk, aku akan nyanyikan lagu ni. Ada lagu lain, tapi biarlah rahsia, haha.

Wednesday, December 13, 2023

Wordless Wednesday 46 : Hukum Menghadiri Kenduri Kahwin

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah

fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.


Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan

Muslim bermaksud: "Apabila seorang daripada kamu

diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia

menghadirinya."

Wednesday, December 06, 2023

Wordless Wednesday 45 : Pencen Awal - Part 1

Pencen Awal - Bahagian 1


Kenapa mereka risau aku nak pencen awal?

Mesti mereka fikir hidup aku akan mati tanpa bekerja di sektor Awam.

Mesti mereka fikir suami aku tidak akan bertanggungjawab terhadap kami.

.

"Perempuan kena kerja, biar ada duit sendiri, suami buat hal kita boleh cabut lari."

.

Anda pasti?

Anda pasti anda akan cabut lari demi kepentingan diri? Anda pasti anda begitu "kuat"? Anda pasti anda tidak akan bersedih, dan terus bangkit berdiri demi kelangsungan hidup dan yang paling penting ; Adakah anda pasti anda tidak digantung tanpa tali?"

"Oh, aku ada ALLAH. ALLAH akan bantu aku."

Lah!

habis, aku nak berhenti kerja tu aku tak mengharapkan ALLAH ke? Aku terus lupakan ALLAH ke? Aku boleh hidup sendiri tanpa ALLAH ke? Cuba kau beritahu aku?


Saturday, December 02, 2023

Sambung Belajar

Sambung belajar.

Ada seorang hamba Allah nasihat aku, awal Tahun 2008.

"Perempuan kalau belajar tak tinggi, nanti senang dibodohkan. Macam mana nanti nak ajar anak-anak? Kita sendiri tak pandai? Macam mana nak pilih suami? Macam mana nak terus berjalan lurus, Farhana?. Kita sendiri "bodoh", tak boleh buat keputusan, mengharapkan orang tunjuk jalan sedangkan kita tak pasti apa yang kita mahukan. Satu ketika, semua orang pergi meninggalkan kau, yang ada cuma diri kau, dik. Kita tak boleh "ikat" mereka untuk kekal dengan kita. Kau akan faham maksud aku nanti. Sekarang ni, apa yang ada depan mata, kau tangkap dulu. Jangan kau sia-siakan peluang yang ada pulak. Ada peluang lagi, kau sambung belajar tinggi-tinggi lagi, Farhana. Kalau boleh PHD, go! Jangan ingat SPM / STPM kau tak cemerlang, kau tak boleh sambung belajar. No, dik! Bukan untuk orang lain, tapi untuk buktikan pada diri kau yang kau tak sia-siakan hidup dan kehidupan kau ☺️."

"Iya." Jawabku ringkas.

Aku tak boleh balas. Ada hati yang perlu dijaga.

Apapun, pada semua kawan-kawan yang dah berjaya tu, tahniah aku ucapkan. Doa akul buat kalian, moga terus sukses, Aamiin 🤲🏻.

Nota kaki : Tolong komen yang baik-baik ya ❤️.

#FHJourney
#CikPuanFarhanahStories

Wednesday, November 29, 2023

Wednesday, November 22, 2023

Wordless Wednesday 43 : Orang Mengata

 Orang mengata kita di belakang kerana kita sudah meninggalkan mereka jauh ke hadapan. Itu sahaja. Tak usah pening. Kita jalan terus. Mereka akan terus ketinggalan, lama kelamaan akan senyap sendiri. Sepi. Mati.

Pagi.

Saturday, November 18, 2023

Mesej dengan anak #AmyrulAmsyar17

 


Bila dah besar ni. Wasap dekat umi macam dengan awek.
Babah pun jeles ooi.
Padahal tidur rumah nenek tak sampai 24 jam pun sebab rumah 5 minit dah sampai 😌.
Semoga esok isteri awak gembira sebab awak cakap lembut-lembut, Aamiin 🤲🏻.
Paling bongsu setakat ini 🤣,




10 SIGNS THAT YOU ARE TOO EMOTIONAL

 


10 SIGNS THAT YOU ARE TOO EMOTIONAL

1. You just can't say 'no' to anyone without feeling guilty. You care too much and love too much.

2. You cry when you're alone but you don't tell anyone because you're afraid of what people would think of you.

3. You're quick to think that everyone is a friend. You do things for every temporary person in your life .

4. You're extra- nice with people. You treat everyone with kindness and expect the same.

5. You don't know when a person is taking advantage of you because you can't do it to others.

6. You can't intentionally hurt people because of how soft hearted you are.

7. You can't express your emotions without breaking down.

8. You're so sensitive that you can notice the slightest changes in people's behavior towards you- the way they talk to you, the way they act towards you - but you don't Do anything about it.

9. You feel too deeply for people, you always put yourself in people's shoes and try to be there for everyone, Literally, Every single time.

10. You're the problem fixer. You can't afford to lose people , but in the end, you're still left alone. Just like always...

Please Be guided accordingly.


Wednesday, November 15, 2023

Wordless Wednesday 42 : Step By Step

Step by step, selesaikan satu persatu. Tak perlu down kan mental sendiri dengan bandingkan hidup kita dengan orang lain, tetap bersyukur.

Kita bukan mau berlumba dengan sesiapapun, jadi jangan merasa ketinggalan kerana setiap orang pasti sedang berjuang dengan jalan hidup masing².

Monday, November 13, 2023

Bukan Mak Lampir


Bos saya kata, hari ini saya tak jadi mak lampir.
Muka saya ceria, herlokkk 🥰.
Bos, cakap jelah saya cantik. Bos, jangan risau, saya janji tak akan pecah rahsia 🤭🤭.
Baiklah bos, saya akan terus cantik kalau saya cukup tidur bos, hahaha.

Sunday, November 12, 2023

Selamat Hari Deepavali 2023

Deeepavali.

Ia merupakan acara paling penting dalam kalendar Hindu di mana Deepavali/Diwali adalah hari mereka meraikan tahun baru dan permulaan baru.

Deepavali 2023 disambut pada 12 November 2023.



Wednesday, November 08, 2023

Wordless Wednesday 41 : Doa Cukup Rezeki

 ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِ الرحمن الرحيم

Jom kita sama-sama baca ♥️
‎اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.
Sahaja aku bekerja dan berniaga pada hari ini untuk membantu lebih ramai lagi yang memerlukan kerana Allah Ta’ala. Aamiin Allahumma Aamiin 🤲🏻.

Monday, November 06, 2023

Perlu Bangkit


Hanya perlu bangkit dan senyum.

InsyaaAllah, semua baik-baik sahaja 🤍.

#cikpuanfarhanahstories

Wednesday, November 01, 2023

Wordless Wednesday 40 : November 2023


 November

Bulan cinta kami.

Bulan aku bertukar kerja.

Bulan aku tahu aku mengandung yang ketiga.

Semoga 2023, banyak perkara yang bahagia dan manis buat aku dan keluarga, Aamiin Allahumma Aamiin.

#NovemberToRemember

Wednesday, October 25, 2023

Wordless Wednesday 39 : Jadualkan Je

 Post setiap masa bukan semestinya 24 jam pegang hp. Jadualkan jelah. Kita gunakan seoptimum yang mungkin. Kata nak hargai masa. So, be smart. Good Luck! 

🕚.

Wednesday, October 18, 2023

Wordless Wednesday 38 : Penat

 Skudai - JB

Setiap hari.
Penat, meletihkan.
Dapat peluang pergi tempat lain, tapi anak jadi keutamaan. Ya Allah, bantu aku 😭.

Monday, October 16, 2023

Tiada Tangis Lagi - Ella

Tiada Tangis Lagi
Lagu oleh Ella

Engkau jadi kenangan
Dalam hati
Terlalu lama engkau pergi
Langit masih begitu
Agung nan biru

Memayungi taman rindu
Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini ku terbuang

Danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini
Kusimpan rahsia hati
Kurenung masa nan lalu
Terasa pilu

Ke mana harus ku mengadu?
Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang
Danau tenang selalu

Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini
Kusimpan rahsia hati
Di sini ku berdiri
Tiada tangis lagi

Oh-woo-oh-oh-oh
Tiada tangis lagi😭



Wednesday, October 11, 2023

Wordless Wednesday 37 : Bila Isteri

Bila seorang isteri bertawakkal pada Allah tentang rezeki, ketika dia tidak bekerja maka Allah akan mencukupkan rezeki dari jalan lain.

Wednesday, October 04, 2023

Wordless Wednesday 36 : Wujud

 

Memang wujud orang yg hidupnya tak boleh ditegur.
Kita dah tahu perangainya macam tu, jgn buang masa, biarkan je.

Sunday, October 01, 2023

Air Teh Kurus?

 

Kotak ketiga.

Alhamdulillah, tak ingat tahu pasal teh ni dekat mana, yang pastinya mesti dari kumpulan yang cerita hal kurus 🤭.

Pertama kali beli hujung tahun 2022 (kalau tak silap) tapi, sudahnya bagi orang sebab macam tak boleh pergi.

Alhamdulillah, tahun ni paksa minum juga, dari 5 sudu gula, akhirnya boleh minum kosong tanpa gula. Tapi, jangan percaya, sebab bukan minum hari-hari 🤣.

Biasanya kalau rasa penat tapi tak boleh tidur je minum, nak bersantai-santai sambil ngeteh kekdahnya, tapi mimpi semua tu. Tiap kali nak santai-santai minum, ada je "perang" dalam rumah ni 😌.

Jadi, yang tanya aku ada makan lagi tak supplemen / air kurus, Alhamdulillah sejak 01 Julai 2023 dah 2 bulan tak makan dan minum adik beradik supplemen tu.

Doakan aku terus konsisten ya sahabat. Penat tau bagi orang tambah dosa sebab kutuk aku gemuk, mak lampir, mak anak 10, mak cik bawang 🤣.

Semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapan keredaan daripada Allah, Aamiin Allahumma Aamiin 🤲🏻.

Selamat Malam semua #fighterkurus jangan patah semangat tau, peluk atas talian 🥰,

#CikPuanFarhanah
#FanaFatToFitJourney
#70KgBelumNampakBayang 

Saturday, September 30, 2023

Kenangan Terindah - Samsons


Kenangan Terindah - Samsons


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang darimu Yang mampu menyanjungku Selama mata terbuka Sampai jantung tak berdetak Selama itu pun Aku mampu 'tuk mengenangmu Darimu, kutemukan hidupku Bagiku, kau lah cinta sejati Bila yang tertulis untukku Adalah yang terbaik untukmu Kan kujadikan kau kenangan Yang terindah dalam hidupku Namun takkan mudah bagiku Meninggalkan jejak hidupku Yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah

Nota Kaki :
Aku suka lagu, lirik dan video muzik asal lagu ni. Banyak sangat kenangan masa zaman STPM dan sebelum kerja. Tapi, sekarang semuanyan hanyalah Kenangan Terindah buat aku.

Wednesday, September 27, 2023

Wordless Wednesday 35 : Mungkin

 Mungkin perkara buruk yang menimpa ke atas diri kita adalah di atas sebab dosa serta maksiat kepada Allah.

Cukuplah, berhenti berlawan dengan Allah.
Istighfarlah dan taubatlah kepada Allah.
Moga Allah terima taubat kita semua.

Thursday, September 21, 2023

17 Tahun Perkhidmatan



Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah.

17 Tahun tempoh keseluruhan perkhidmatan.
21.09.2006 - 21.09.2023

Semoga perjalanan perkhidmatan aku semakin baik dan cemerlang, Aamiin Allahumma Aamiin. 

Sudah boleh mencari peluang di tempat baru 😆

Tuesday, September 12, 2023

Sukantara SK Anak-Anakku

 Assalamualaikum sahabat.

Alhamdulillah.

Hari ini adalah hari Sukantara bagi Sekolah Kebangsaan anak-anakku.

Alhamdulillah, anak-anak aku dapat masuk acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Larian 100m. Tak sabar nak tengok mereka beraksi pada Hari Sukan sebenar pada 24 September 2023.

Tunggu aku kemaskini ya sahabat.

Monday, September 04, 2023

Lirik Lagu Ghea Indrawari - Jiwa Yang Bersedih

 Lirik Lagu Ghea Indrawari - Jiwa Yang Bersedih

 


 

Verse 1:

Kemarilah

Singgah dulu sebentar

Perjalananmu jauh

Tak ada tempat berteduh

 

Verse 2:

Menangislah

Kan kau juga manusia

Mana ada yang bisa

Berlarut – larut

berpura – pura sempurna

 

Chorus 1:

Sampaikan pada jiwa yang bersedih

Begitu dingin dunia yang kau huni

Jika tak ada tempatmu kembali

Bawa lukamu biar aku obati

 

Tidak kah letih kakimu berlari

Ada hal yang tak mereka mengerti

Beri waktu tuk bersandar sebentar

Selama ini kau hebat

Hanya kau tak didengar

 

Verse 3:

Menangislah

Kan kau juga manusia

Mana ada yang bisa

Berlarut – larut 

Berpura – pura sempurna

 

Chorus 2:

Sampaikan pada jiwa yang bersedih

Begitu dingin dunia yang kau huni

Jika tak ada tempatmu kembali

Bawa lukamu biar aku obati

 

Tidak kah letih kakimu berlari

Ada hal yang tak mereka mengerti

Beri waktu tuk bersandar sebentar

Selama ini kau hebat

Hanya kau tak didengar

 

Interlude:

Huuuhuuuu

Hooohoooo

 

Chorus 3:

Sampaikan pada jiwa yang bersedih

Begitu dingin dunia yang kau huni

Jika tak ada tempatmu kembali

Bawa lukamu biar aku obati

 

Tidak kah letih kakimu berlari

Ada hal yang tak mereka mengerti

 

Beri waktu tuk bersandar sebentar

Selama ini kau hebat

Hanya kau tak didengar

 

Outro:

Selama ini kau hebat

Kau pasti kan didengar

 

===========================================

Ghea Indrawari – Jiwa Yang Bersedih

 

Executive Producer : Lina Priscilla for Hits Records

A&R   : Sevri Hadis

A&R Assistant  : Rafael Yefta & Kevin Pahlevi

 

Audio Credits

Songwriter  : Ghea Indrawari

Producer   : Andrew Joscha Sinaga

Guitar by  : Devinza Kendranata & Andrew Joscha Sinaga

Vocal Director  : Irvan Natadiningrat

Vocal Recorded by : Tonee Prajogo at Antida Music, Bali

Mixing   : Ari Renaldi

Mastered   : Ari Renaldi at Aru Studio

Publisher  : PT. Star Cipta Musikindo

 

Video Credits

 

Extras: Xaviera Adeline

 

A Production by JA Films

Producer & Director : Joshua Axel Limandjaja

DP   : Ramadhan Firman

Concepting Team : Yesica Suyanti & Mario Benedictus

Art Team  : Giovanno Joevindra Tiawan & Marcella Aurell Lukito

Beauty Coordinator : Ruly A.

Fashion Stylist  : Melinda Caroline

MUA & Hairdo  : Djihan Ramadhani (Kyong)

Ast. Camera  : Silvanus Joel

Location Manager : Dikky Alandito

BTS   : Dikky Alandito & Silvanus Joel

Editor & Colorist : Joshua Axel Limandjaja

Graphic Designer : Yesica Suyanti

Foley Artist  : Andrew Joscha

Wednesday, August 30, 2023

Wordless Wednesday 32 : Menyesal



Masa hp aku masuk mesin basuh, ada orang cakap aku nak tukar telefon. Padahal dah 3 tahun aku pakai hp tu.
Sekarang, banyak gambar tak sempat back up, yelah sama kes macam nilah.
Alasan tak nak menunjuk 😭.
Jadi, anda semua jangan jadi macam saya tau.

Wednesday, August 23, 2023

Wordless Wednesday 31 : Pesanan Aku Untuk Kamu

Pesanan dari aku yang pernah rasa berat 123kg - 116kg, JAGA DIRI KAU, SAYANG DIRI KAU, sebelum kau mengemis kasih sayang orang.

Bila sekali kau TERLUKA, sakit kau nak bawa JIWA apatah lagi BERAT BADAN.

Manusia semua pinjaman ALLAH.

😭

Wednesday, August 16, 2023

Wordless Wednesday 30 : Berat 93kg

 Masa ni lagi 3 bulan nak kahwin. Berat 93kg. Seminggu sebelum kahwin siapkan goodies sorang-sorang turun 7kg.

Pinggang kain pun kena pin.


Akak dalam gambar ini kekal kurus sampai sekarang, hehe.


Wednesday, August 02, 2023

Wordless Wednesday 28 : Biskut Hup Seng

 Alhamdulillah, dari kecik biskut Kracker Hup Seng paling laku.

Kenangan di rumah kuarters lama ketika #AmyrulArsyad14 & #AmyrulAkhmal15 masa umur 3 & 2 tahun lebih rasanya (umi dah lupa, maafkan umi).

Biskut ini paling laku dari dulu sampai sekarang di rumah kami. Murah dan kenyang.



Wednesday, July 26, 2023

Wordless Wednesday 27 : Tawakal


[ta.wak.kal] | توکل

Definisi : berserah kpd Tuhan setelah ber­ikhtiar, percaya dgn sepenuh hati kpd Tuhan (dlm penderitaan, kesusahan, dll): fikirannya menjadi amat sabar, ~ dan menyerah; habis akal baru ~ sesudah dijalankan ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kpd Allah; bertawakal berserah kpd Tuhan setelah ber-ikhtiar, tawakal: manusia hanya perlu ber-usaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin; ketawakalan keadaan tawakal: hal tersebut diandaikan sbg suatu ~ kpd kekuasaan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Wednesday, July 19, 2023

Wednesday, July 12, 2023

Wordless Wednesday 25 : Berdiam

 [ber.diam] | برديام


Definisi : = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. kita tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Wednesday, July 05, 2023

Wordless Wednesday 24 : Apa makna Wordless Wednesday (WW)

Apa itu Wordless Wednesday?


Wordless Wednesday (WW) ialah fenomena blogosphere visual. WW ialah catatan blog ringkas yang memaparkan foto yang menyampaikan mesej yang bercakap untuk dirinya sendiri tanpa menggunakan perkataan. Walau bagaimanapun, tiada peraturan khusus tentang siaran WW jadi beberapa (dan kadangkala, banyak) perkataan mungkin mengiringi foto atau imej yang menjadi tumpuan entri blog WW.

Friday, June 30, 2023

Kisah Balik Raya Aku

 

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Bangun je tadi, bersihkan diri terus teringat ketupat palas. Alhamdulillah, semalam balik jumpa kekasih awal akhir yang pertama, redup mata tuanya.

Banyak perkara yang tak terluah. Tapi, yang nyata, cukuplah Allah izinkan bertentang mata, bersalaman dan mencium pipinya 🥺.
Aku ni anak yang sedikit nakal 🤭, ikut kepala sendiri, keluar rumah keluarga paling awal sebab dapat kerja kerajaan awal, berangan nak kahwin awal tapi jodoh tak sampai, kuat melawan sampai aku sorang je nikah lepas Jumaat, tak ada majlis berinai, makcik2 datang mengata, bersalin operation 3x sebab konon takut orang kata tak mampu beranak lagi dan banyak lagilah.
Tapi, aku juga seorang anak yang terlalu sayangkan family, sebab tu sampai hari ni, doa aku, tak keluar Johor.
Sebab aku tahu, aku ni jenis mudah lupa diri, mudah terikut emosi dan kadang-kadang tak pandai nak urus emosi dan perasaan.
Kalau penat badan, mulut belum tentu penat. Jadi, jarak yang jauh mungkin akan memisahkan aku dengan abah.
Aku tahu aku ni balik tak selalu.
Aku juga tahu, aku bukan anak kesayangan No.1.
Menjadi kesayangan bukan niat utama aku. Niat aku, biar Allah yang tahu.
Doakan aku, agar terus dipermudahkan dalam segala urusan agar aku boleh bawa abah dan abah mentua aku menunaikan umrah bersama-sama aku dan keluarga aku tahun 2025, In Shaa Allah 🤲🏻.
Mohon hadiahkan Al-Fatihah (dibaca) buat Almarhumah Nor Aini binti Sahat, semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman, Aamiin Allahumma Aamiin 🤲🏻