Tuesday, December 30, 2014

Kalendar 2015

Sejuk suasana dari malam tadi sampai pagi ini .. Sejuknya sampai ke tulang .. Allahuakbar .. Semoga tiada lagi hujan lebat untuk saudara kita di Kelantan dan kawasan sekitarnya .. Amminn.. 

Pagi ni saja aku nak share , tahun ni , agak kurang meriah dari segi pemberian kalendar .. Selalunya , bila akhir tahun banyak pasaraya berlumba-lumba untuk memberikan kalendar tahunan mereka kepada pelanggan dan aku juga tidak terkecuali akan dapat .. Tapi , sejak awa Disember sehingga sekarang , tiada satu pembelian pun yang aku buat di"hadiahkan" denga kalendar .. Barangkali , pasaraya telah memotong bajet untuk keluarkan kalendar mungkin .. Yelah , dengan keadaan ekonomi yang agak perlahan akhir-akhir ini , banyak syarikat mengambil langkah berjaga-jaga dari segi kewangan mereka ..

Apapun , Alhamdulillah .. Masih ada rezeki untuk kami sekeluarga , semalam CC Cik Mat (Ketua Kerani) kat opis aku ada bagi aku kalendar kuda .. Heehehe .. Kalendar ni aku suka sebab senang nak manage cuti dan sebagainya .. Mr. A plak ada bawak satu kalendar opis (Explore Johor) dia untuk aku letak kat opis .. Syukur .. Senang aku nak buat kerja lepas ni .. Yang CC bagi , aku cadang nak letak kat umah .. Sebab senang nak tulis bila tarikh nak check-up aku dan anak-anak .. Hhehehe ..

Oklah , kita sambung nanti yer .. Nak mamam jap .. Baby dah tendang-tendang lapar ni .. 

Daaa ...

Kalendar Kuda

Kalendar Explore Johor

Sunday, December 28, 2014

Tak Semua Kita Perlu Kongsi

Kadang-kadang.. 

Aku terfikir , tak semua kau akan boleh kongsi dengan semua orang .. Yang paling penting , orang yang aku tak tahu hati budinya .. Apapun , aku perlukan kekuatan dari Allah , agar aku lebih tabah walaupun tanpa perlu beritahu pada orang lain . Aku cuma perlu berdoa dan terus berdoa . TANPA PUTUS ASA DAN JEMU . Sebab Allah adalah sebaik-baik perancang pada kita .. Doakan yang baik-baik. Sebab doa itu senjata orng Muslim dan Mukmin . Wallahualam ..




P/S : Aku masih berkira-kira untuk berkongsi dengan semua atau tidak . hurmm ..

11 Bulan Sudah..


Walau badai melanda..
Walau jiwa sedikit terluka..
Kau hadir memberi cahaya..
Kau jua kekuatan jiwa..

Senyuman mu kebahagiaan ku..
Senyuman mu ketabahan ku..
Tangisan mu kelemahan ku..
Tangisan mu kealpaan ku..

Semalam kau hadir dari alam lain..
Semalam kau hadir dengan izin..
Semalam kau belum bisa memanggil..
Semalam kau masih menggigil..

Hari ini , kau sangat lain..
Hari ini , kau yang paling yakin..
Hari ini , kau lah pemangkin..
Hari ini , kerana kau ku semakin yakin..

Aku sudah jatuh hati pada mu..
Aku semakin cinta padamu..
Aku teruskan hidup demi kamu..
Aku teruskan berjuang hanya untuk mu..

Selamat Ulang Bulan Kelahiran Sayang Ummi..
Amyrul Arsyad Bin Azmi
11 Bulan 
6 Rabiulakhir 1435H - 6 Rabiulawal 1436H



P/S : gambar pagi tadi Abg Arsyad teman ummi g check up.. OOpppss.. ummi salah tulis tahun Hijrah.. sori yer kengkawan.. x pasan.. hehe...