Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H , Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum semua .

Alhamdulillah , akhirnya dapat juga kita meraikan kemenangan kita kan ? 

Syukur Alhamdulillah .

Tahun ni KakNa raya berempat , in shaa ALLAH tahun hadapan akan raya berlima .

Semakin hari semakin besar keluarga KakNa semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalas dan dilaksanakan . Semoga KakNa dan suami akan terus kuat dan tabah .

Dikesempatan ini juga , KakNa dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkecil hati sepanjang membaca blog KakNa .

Almaklumlah , KakNa ni jenis yang outspoken sikit . Mana tahu ada yang kecil hati ke kan ? Maafkan KakNa tau !

KakNa harap tak ada yang serik ya .

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan dan Syawal akan datang .

Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir & Batin .

Salam sayang ,
KakNa

p/s : gambar raya nanti kita update ya ! :)

Friday, June 23, 2017

Dah balik kampung ke?

Assalamualaikum korang .

Dah balik kampung ke ?

KakNa tak balik lagi . 

Dah hampir 5 tahun kahwin , belum pernah merasa balik kampung sebelum raya .

Kenapa ?

Huhu . 

Jangan lah tanya yer . 

Jawapannya , KakNa hanya mampu tersenyum je .

Apapun , kepada sesiapa yang tengah memandu tu , hati - hati ya !

Jangan laju - laju bawa kereta tu tau !

Sayang korang . :)

Thursday, June 22, 2017

7 Tips Berhari Raya

 Tips makan secara sihat ketika hari raya

  • #1. Pastikan alas perut dengan makanan sihat di pagi raya.
  • #2. Elak mulakan dengan dessert atau biskut raya.
  • #3. Jangan lebihkan kuah.
  • #4. Makan dalam kuantiti sederhana.
  • #5. Pengambilan air kosong secukupnya.
  • #6. Ingat peraturan 20 minit. Jangan lama-lama di rumah orang.
  • #7. Senaman mudah selepas makan di rumah.