Wednesday, May 23, 2018

Cuti Rehat (Part 1)

Assalamualaikum .

Ramai yang tahu , bermula 15 Mei 2018 aku dah bercuti sebab si Amsyar kena sakit mata .

Alhamdulillah . 

Ini ujian buat aku dan Amsyar . 

Selang beberapa hari , si abang pula . Sudahnya hampir seminggu aku bercuti rehat menjaga anak - anak aku . 

Ramai yang bertanya , mengapa aku tak hantar ke rumah ibu bapa mertua aku ?

Jawapan aku .

Mereka sudah tua . Berpuluh tahun menjaga suami aku , mengapa bila tiba masa anak aku sakit , aku perlu menyusahkan mereka ?

Iya . Ramai mulut bising . Aku tahu , aku tinggalkan kerja yang banyak .

Maafkan aku .

Aku tak minta begini .

Namun begitu , aku melihat daripada sudut yang berbeza .

Allah sedang memakbulkan impian aku .

BEKERJA DARI RUMAH .

Iya . Itu impian aku sejak aku bertunang dengan suami aku . Impian yang aku tak pernah nyatakan padanya selama ini .

Baru - baru ini aku ada menyatakan hasrat bahawa aku ingin bekerja dari rumah . Namun , suami aku agak keberatan . 

Aku tahu , dia bimbang tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya tehadap kami memandangkan kos hidup semakin tinggi . Aku pula , tidak ada apa yang mahu diperdebatkan namun , jauh di sudut hati aku bahawa Allah akan perkenankan doa - doa ku .

Alhamdulillah . Apabila si Amsyar terkena sakit mata , satu - satu Allah tunjukkan pada aku . Ya , aku boleh ! Aku boleh bekerja dari rumah . Cuma aku perlu sedikit masa untuk buktikan pada suami aku terutamanya yang aku mampu .

Diikuti dengan si Arsyad sakit mata , sekejap bengkak sekejap tidak . Aku mula stress . Jujur . Aku mula bosan . Hari - hari rutin aku sama . Aku mula rasakan , ini bukan tempat aku . Tempat aku di pejabat ! Sekali lagi Allah beri aku petunjuk ! 😌

Pada 20/05/2018 . Aku berkobar - kobar nak bawa anak - anak pergi ke taska dan aku bersemangat untuk bekerja kembali . Setibanya di taska , cikgu beritahu bahawa mata si Amsyar masih berair dan taska tak mahu menerimanya selagi belum sembuh . Pang ! Terpana aku seketika . Nak terduduk macam takot gempa bumi pula . Aku diam sejenak lantas mentuturkan bahasa sehabis lembut . Bimbang mengguriskan hati cikgu .

" Cikgu , pukul 9.30 pagi saya datang balik anak - anak semula . Bagi akak selesaikan kerja di pejabat "

" Iya , baiklah kak . Maaf ya kak . Kami tak nak Amyrul jadi punca anak - anak lain berjangkit "

" Faham . Terima kasih cikgu "

Kembali ke dalam kereta suami mengasak aku dengan pelbagai soalan . Aku jawab mana yang perlu , tapi dalam hati , sebak aku hanya Allah yang tahu .

Terus aku tanam dalam hati aku , " jika aku tak mampu nak bahagiakan masa kanak - kanak anak - anak aku , aku tak akan maafkan diri akh sendiri .... "

Bersambung Part 2 ya . Tq :)


Thursday, May 17, 2018

Salam Ramadhan 1439H

Assalamualaikum .

Salam menyambut 1 Ramadhan 1439H bersamaan 17 Mei 2018 .

Semoga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna dan pengertian kepada kita semua . 

Semoga kita dapat kumpul seberapa banyak amalan dan jangan lah kita sia - sia kan dengan perkara yang memudaratkan .

Dalam bulan Ramadhan ini juga lah waktu yang paling banyak untuk kita berdoa . Jadi , mari lah kita berdoa selagi mampu , dan pastikan do kita adalah doa yang mahal - mahal untuk dipersembahkan kepada Allah SWT . 

Selamat berpuasa semua ! 

Wednesday, May 16, 2018

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t

Kami guru Malaysia ..
Laa .. Laa .. Laa .. Laa ..

Hehe lupa lak KakNa lirik dia . Hahaha .

Apapun , KakNa nak ucapkan " Selamat Hari Guru " kepada semua guru - guru KakNa dan guru - guru anak - anak KakNa . Buat kawan - kawan yang menjadi pendidik juga dan juga buat sesiapa sahaja yang pernah mengajar KakNa secara langsung atau tidak langsung .

Tak lupa juga buat abah tersayang , walaupun ini tahun pertama abah pencen , KakNa masih rasa abah adalah seorang pendidik .

Semoga semua guru - guru yang ada di Malaysia ni dapat memberikan khidmat dengan cemerlang  dan ikhlas demi mendidik anak bangsa menjadi berjaya dan berdidikasi . 

Selamat Hari Guru !