Tuesday, June 12, 2018

Amsyar's Journey : Kisah Susu Formula - Part 2

Assalamualaikum .

Siapa yang belum baca PART 1 sila baca dulu ya :)

10.06.2018

Arini aku bawakkan 1 botol (5oz) je untuk Amsyar . aku dah mula "malas" nak pam , nak tadah . lagi - lagi pulak bila timbang berat badan aku dah mula meningkat naik semula . so , aku mula rasa stress ! aku asyik salahkan menyusu lah punc aku gemuk ! 

alasan !

plan hari ni bawak anak - anak ke AEON Tebrau sebab nak carik baju raya abah , tapi disebabkan Amsyar meragam sakit perut dah yak dalam kereta pulak tu tisu basah dah habis . Mood aku dah kelaut ! 

mau aku tak stress , semua toilet aku pergi dalam AEON Tebrau tu semua tutup bahagian CHANGING ROOM! last sekali aku pergi je masuk toilet biasa cuci yak si Amsyar tu . kau bayang kan lah macam mana aku masa tu ? sampai lencun baju aku . haish , anak bertuah . dah penat - penat tukar on the way nak jumpa suami aku dan anak - anak , Amsyar yak lagi :( 

" Jomlah balik ! " suami cakap dengan aku memandangkan dia tengok muka aku dah berkerut .

Sampai dalam kereta aku tengok Amsyar lemah sangat . dia macam tak happy . macam ada sesuatu dia nak cakap tp tak tercakap .

Sejak sampai rumah sampai sebelum Amsyar tidur , di aada beberapa kali yak juga . Last sekali dia yak agak banyak dan berwarn hijau beserta lendir darah !

DARAH ! 

Aku mula panik lah . suami aku memang all the time relax and cool punya orang . huhuhu .


Ini je yang sempat snap sebab ada lendir darah

mulalah sesi meng"google" segala mak nenek info . dan jawapannya ...

SUSU FORMULA TIDAK SESUAI DENGAN AMSYAR !

Adik aku pesan suruh tukar susu sebab takut susu drop . iya , aku akan usahakan demi Amsyar . Tidur pun dah tak lena . 

11.06.2018

balik Taska aku tanya cikgu Amsyar yak ke tak ? 

" tak pun kak . okay je . "

aku senyum .

senyum bukan tanda aku berpuas hati , sekadar menyedapkan hati yang sedang gundah gulana . pelbagai perkara bermain di fikiran aku . pelbagai emosi menyesak dadaku .

tiba rumah . Amsyar yak lagi , dan najisnya masih berwarna hijau . masih ada sedikit darah . :(

aku dah mula rasa badannya sudah mula susut . tapi suami cakap tak pun . sama je .

masa aku terjaga dari tidur pukul 2 pagi , aku melihat anakku semakin susut tubuhnya . semakin kurus .

berdosakah aku ?

apa yang aku perlu lakukan ?

tukar susu atau teruskan penyusuan susu ibu ?

suami tak mahu memaksa aku . katanya , aku perlu fikir diri sendiri juga , jangan bersedih atau menyalahkan diri sendiri .

iya . di penghujung Ramadhan ini , aku akan mohon petunjuk daripadaNYA . 

Moga ALLAH akan bantu aku . 

Doakan aku kuat ya kawan - kawan . Moga aku masih mampu untuk meneruskan perjuangan susu ibu ini sehingga dua tahun atau lebih . Aaminn .

Sunday, June 10, 2018

Persiapan Hari Raya Tahun 2018

Assalamualaikum w.b.t

Sihat ke ? Macam mana dengan Ramadhan korang ? Berapa banyak amalan yang dah berjaya buat ? Hehe . Cakap orang je kan , diri sendiri pun lompang jugak :( 


Okaylah , balik semula pada tajuk post kali ni . 


KakNa nak tanya korang selalu buat persiapan raya waktu bila ?


KakNa sejak berkahwin ni persiapan semuanya last minute , sebab suami jenis suka beli dah hujung - hujung tau . Tapi , selalunya KakNa lah yang stress sebab masa ni lah nak cari sedondon lah apalah x jumpa . huhu . 

So , untuk tahun ni pun masih sama jugak . Suami KakNa pilih untuk buat persiapan saat - saat akhir , dan mujur jugak jumpa saiz dan warna yang sama untuk budak 3 orang tu ! Fuhhhh , lega !

Kami shopping  kat mana ?

Kami  semua shopping dekat Mydin je , sebab nak jimat .

Alhamdulillah . Dah selesai semuanya semalam . 

Tema kami , warna TEAL . 

Eh , yeke ? Ntahlah . Nanti tengoklah baju kami ya .

okaylah , KakNa nak sambung buat kerja . Dekat rumah ke opis ke kerja x pernah habis . Hehehe .

Jumpa lagi uols .

Saturday, June 09, 2018

Amsyar's Journey : Kisah Susu Formula - Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , hari ni dah masuk hari ke 24 Ramadhan 1439H . Fuhhh ! Hari yang agak mencabar buat aku akhir - akhir ini . 

07.06.2018
Khamis

Aku tulis kat sini adalah sebagai catatan peribadi aku . Tak ada niat nak burukkan sesiapa atau nak menjatuhkan sesiapa . Lebih pada kenangan aku .

Hari ni , aku anta Amsyar pergi taska dengan dibekalkan 2 botol susu (10oz) dan 1 bekas susu formula :( Maka hari ni lah bermula perjalanan Kisah Susu Formula aku dan Amsyar . Emm .

Tolong , jangan kecam . Jangan komen kalau kau tak faham situasi aku .

Masa aku ambil Amsyar daripada Taska , cikgu - cikgu beritahu Amsyar langsung tak menolak untuk minum susu formula tersebut . pang ! aku macam kena tampar ! sebab masa mula - mula susu aku drop , aku beli susu Dupro 2 untuk bagi dia minum , dia meraung macam kena pukul ! 

aku stress ! 

masa aku putuskan nak bagi susu formula , aku memang dah tak boleh supply susu , sebab aku dah berhenti pam hampir 3 bulan . dengan susu tak ada , anak kelaparan , tak nak makan bubur yang aku bagi dan asyik mahu bergayut . akhirnya aku tak puasa ! sebab aku kena makan dengan banyak ! iya , banyak ! bila suami aku balik , aku terus beritahu aku nak beli susu formula . suami tak cakap banyak sebab tak nak aku stress . :(

tapi , Alhamdulillah , bila cikgu cakap dia dah mula terima aku pun lega . so , boleh teruskan .

08.06.2018
Jumaat

rutin aku macam biasa , still direct feeding kan Amsyar . tapi aku ada bagi dia sekali susu formula sebab masa tu aku ada kerja nak buat . so aku nak bagi dia kenyang lama . 

bila petang bawak ke malam , aku mula tengok pola penyusuan dia dah berubah . dia macam "tak puas" atau lebih pada macam tak happy . macam marah sebab sebelum tu aku dah bagi dia susu formula kan , macam nak cakap tapi tak boleh cakap .

Amsyar baru baik demam , dia ada batuk dan selesema . Alhamdulillah , susu formula tu tak adalah buat dia bertambah teruk . Cuma badan panas jelah , yelah baru nak sesuaikan diri .tak apalah , kejap je ni .

09.06.2018
Sabtu

aku bawa Arsyad pergi ofis sebab ada kerja . Amsyar aku tinggalkan Amsyar dengan suami aku . dia tidur masa aku pergi . balik dari ofis suami maklumkan dia dah minum sebotol susu formula . aku tak tahu apa perasaan aku . nak kata sedih pun tak , kecewa pun tak . berbelah bagi . apa yang aku tahu , aku cepat - cepat susukan dia . emmm ..

bersambung ...