Monday, June 01, 2015

#Throwback : Kesayangan ~ Arjuna Beta

Assalamualaikum semua .. Buat apa tu ??? hehe ..


Tengah-tengah mood nak puasa Ramadhan ni , sambil fikir - fikir nak buat apa / beli apa untuk Mr. A punya besday nanti ( 30 Jun ) , aku belek-belek lah gambar lama .. Rindunya !! Cepat sungguh masa berlalu .. Sedar tak sedar aku dah jadi seorang Ummi kepada dua cahaya mata .. Alhamdulillah .. Allah bagi pinjaman pada aku harta dunia akhirat ni .. Syukur , aku dapat rasai dan nikmati sedangkan ramai lagi orang yang menginginkannya .. Apapun , kita kena belajar bersyukur dan redha .. In Shaa Allah , Allah akan bantu kita ..


  
masa ni suka sangat dia tengok kamera .. x sempat - sempat .. hehe ..


  
ewaahh .. Mr . A ni kontrol ensem .. dia ingat aku amek gambar anak je .. hehe ..


okay ! muncungkan mulut dulu !


masa ni semua cakap muka ummi , skng semua cakap muka babah .. 


nota kaki : sekejap sangat Amyrul Arsyad ni membesar .. x puas nak gomol - gomol , sekarang mana nak gomol - gomol dah .. yelah .. dah jadi abang kan ?? hehe ..

Friday, May 15, 2015

Khasiat Kurma

Sekadar perkongsian ilmu.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sndri pun baru tahu...
Jadi...
Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu....
😃😃😃

Saturday, May 09, 2015

#Throwback : Anak Babah Sangat !!

Masa Arsyad baby , dia memang bambam sangat ! Bila pergi kedai makan kan , dia sangat behave , sampai orang semua puji . Geram dengan bambam dia , yelah masa tu , Arsyad fully breastfeed lagi .. Jadi agak mustahil lah dia nak jadi susut masa tu .. Mau tak nya , apa yang Ummi dia makan , dia pun dapat sama khasiatnya .. 

Apa yang aku paling suka masa dia baby dan belum pandai duduk adalah aku dapat makan dengan tenang ! Berbanding sekarang .. Hahahaha .. Yelah , sebab dia baby kan ? So , ragam tu memang x banyak lah .. Tapi , Alhamdulillah .. Anak Ummi membesar dengan sihat walaupun dah x minum susu Ummi .. 

Alhamdulillah .. Syukur padamu Ya Allah ..

Kemain bulat mata Arsyad yer nak !


Tak menahan tengok Hero-Hero aku ni !


nota kaki : sekarang Arsyad dah setahun lebih , dah jadi abang .. dah pandai amek hati aku dan Mr. A .. paling aku suka , dia pandai buat aku cair bila aku tengah marah .. sayang anak Ummi ! Semoga Arsyad membesar jadi anak yang berjaya dunia akhirat yer sayang .. Allahumma Amminn ..