Monday, July 27, 2015

The Siblings : #Day8 - Day9 :- Dobi , Akhmal di office

#Day 8
Selasa
14.07.2015

Mesin basuh masih rosak . Baju pula banyak tak basuh lagi , bawak pergi dobi. Jumpa kawan baru , berbual and the end.

#Day 9
Rabu
15.07.2015

Jalan pagi sangat lancar . Trafik mulai lengang . Semua dah pulang ke kampung .. Kami ?? Masih meneruskan kerja mencari nafkah .. Ceh ! Kampung sekangkang kera je pun .. Hurm .. 

Hari ni aku bawa si kenit Akhmal ke office . Ya , aku bawa .. Pengasuh aku dah ambil cuti raya .. Hari ni aku memang sebak sebab MIL aku pun tak nak tolong jaga dua - dua sekali . Dia jaga si abang je , tak apa lah .. Aku mengalah .. 


Sabar . 

Jangan main tuduh melulu . Aku baringkan dia sekejap di lantai selepas dia selesai menyusu .. Selebihnya aku pangku . Siapa tak sayang anak ooii .. Sampai tua atau selagi sakit bersalin tu tak hilang , jadi selama itulah kasih sayang seorang ibu masih utuh untuk anaknya . Bukan bermaksud bila dah tak sakit dah tak sayang yer .. 

Sejuk .

Itu yang aku dapat simpulkan. Disebabkan itu juga dia mahu sentiasa menempel dengan aku . Seharian di pejabat aku tak buat kerja langsung . Hanya memangku si kecil ini dan memberi keselesaan padanya .. Mujur rakan sepejabat faham . Aku bukan sayang cuti , tapi cuti aku diperlukan untuk keadaan yang lebih penting lagi . Untungnya menjadi surirumah sepenuh masa . Bersyukur Farhana !
Kasihan .

Menitik airmata aku ketika menulis entri ini . Si kecil yang tidak tahu apa - apa hanya tahu berdiam diri sahaja di dalam kereta sorongnya .. Aku sorong , ke depan ke belakang , ke depan lagi ke belakang lagi . Ulang - ulang . Akhirnya tertidur .


Wajah yang sangat mendamaikan hati aku dan suami . 
Kehadiran Akhmal memberi kami seribu satu rezeki . 
Rezeki yang selalunya tidak disangka . 
Yang selalu datang waktu tak terduga .
Benarlah , perkahwinan membawa rezeki .
Nyatalah , setiap anak ada rezekinya .
Yakinlah , JANJI ALLAH ITU PASTI !

Sunday, July 26, 2015

Bisnesku : Tonik Rambut Minyak Zaitun


Dirumus khas dengan minyak zaitun untuk rambut yang lebat dan sihat serta kulit kepala yang bebas dari kegatalan. Meninggalkan bau wangi di rambut anda. Juga sesuai digunakan untuk bayi.Tiada rasa melekit. Sesuai untuk kegunaan harian.

Tips : 
Lumurkan rata ke kulit kepala dan rambut ketika rambut masih lembap dan urutkan perlahan untuk melancarkan aliran darah di kepala.

Harga : RM20.00

Whatsapp :
Farhana 016-7253014


The Siblings : #Day5 - Day 7

*maaf readers , banyak benda aku dah lupa , tapi since dah duduk dlaam draft aku update gak*

#Day 5
09.07.2015

Lambat.

Hari ni , kerajaan gaji , maka aku gunakanlah peluang dan ruang untuk buat bayaran yang wajib dan beli barang keperluan yang penting .. Hari ni aku drive kereta sendiri dan Amy (Mr. A) bawa kereta dia sendiri .. Sebab aku ada banyak urusan , anak - anak okay arini .

#Day 6
12.07.2015
Aku cuti sebab pengasuh aku tak ada , jadi budak - budak tak ada orang nak jaga .. Si abang Amyrul nenek dia jaga , aku dengan si adik .. Buat urusan bisnes aku , pergi ambil stok dan hantar barang pada customer .. Buat postage dan macam - macam lah .

#Day 7
13.07.2015
Hari ini aku blur . Ntah semua serba tak kena. Tak tahu kenapa . Nanti aku sambung.