Tuesday, November 01, 2016

01.11.2016

Hai November !

Korang , KakNa nak beritahu . Mulai 01.11.2016 ni url blog KakNa dah bertukar tau. Dulu url KakNa ialah amysyghana.blogspot.my . Sekarang dah tukar tau , jadi kaknajourney.blogspot.my. KakNa tengah buat penjenamaan semula . Ceh ! Hehe !

In shaa Allah lepasni semua bertukar , fb , ig, fb page (coming soon) untuk naikkang rangking blog KakNa ni . Diharap semua kawan - kawan sudi lah support like and share posting - posting KakNa yer .

Bukan apa , kalau orang lain boleh buat duit dengan dunia blog , KakNa pun nak cuba . Tak salahkan ? Apapun , apa yang KakNa buat ni adalah lebih ke arah kematangan fikiran sejajar dengan umur KakNa yang nk masuk 30 tahun . Semoga penambahbaikan ini dapat diterima oleh semua pihak . In shaa Allah , KakNa akan cuba seberapa kerap untuk blogwalking dan update blog yer.

So , stay tune !

Monday, October 31, 2016

KakNa Review : Qu Puteh Drink


 
Hai korang.

Last sweet drink for today.
October treats.
Tomorrow start with new lifestyle.

Komen KakNa?
-->> SEDAP, tak manis sangat.
Mungkin sebab dah biasa makan collagen and so on. So rasa dia tak terlalu manis.
Yang ni rasa anggur, so fresh.
Mata yang ngantok tadi tetiba jadi segar 👀👀

Koranh boleh cuba! Serious best!
Tq yang belanja.
Ini boleh jadi one of my cheat meal. ✌🏻️
Hehe..
Tq @datoserivida buat produk ni.
#KakNaReview

Selamat Tinggal Oktober !

Assalamualaikum korang ! 

KakNa rasa bulan Oktober ni bulan paling sekejap sebab KakNa sibuk sangat dengan hal dunia sampaikan kekadang lupa hal akhirat . Allah ! 

Maafkan KakNa. 

Semoga kedatangan bulan baru ini memberi 1001 erti buat KakNa dan semua ! Doakan perjuangan kurus KakNa tidak terhenti di tengah jalan . I felt , this is the best time to change ! Dengan apa yang jadi sepanjang Oktober ni , KakNa harus berubah !

KakNa harap apa yang jadi sepanjang bulan Oktober 2016 ni bukanlah pengakhiran kepada semuanya . Ini adalah permulaan dalam kehidupan KakNa dan KakNa harus terima dengan redha dan hati terbuka . Jadi orang lain tak boleh nak kecam KakNa selagi KakNa kuat dan redha . 

KakNa juga harap agar sesiapa yang ditimpa masalah tak kira besar atau kecil , sentiasa bersabar dan mengadu lah pada ALLAH . Sebab Allah sahajalah yang mampu membantu kita semua kerana Allah sahaja yang mampu membolak balikkan hati manusia . Sentiasa bersyukur dengan masalah yang kita hadapi itu , kita masih mampu mengingati Allah .

So , lebih baik setiap apa yang berlaku kita terima dengan hati yang terbuka dan senyum . In shaa Allah , ia tak menyelesaikan masalah , tetapi ia adalah terapi yang baik . Cubalah !

Okay , stop sampai sini dulu . Jump alain kali di next entri .

BYE !