Wednesday, November 30, 2022

Happy Anniversary : 10 Years Together

Sepuluh Tahun

10 tahun bukan perjalanan yang mudah, bukan juga seindah di dalam lagu yang digubah.


Adakala, pahit mengundang jiwa.
Adakala, manis terlalu memegang rasa.
Adakala, jiwa bagai dihiris duri berbisa.
Adakala, hati bagai dunia ini aku yang punya.



Terima kasih Allah, beri kami peluang merasa manisnya cinta.
Terima kasih Allah, beri kami peluang mencipta pahitnya luka.
Terima kasih Allah, beri kami peluang hargai semua yang kami ada.
Terima kasih Allah, beri kami segala-galanya yang kami perlukan di dunia.



Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kali ini, bukan sambut berdua, bertiga dengan anak bongsu kami. Simple tapi sangat bermakna buat aku. Kami raikan ulangtahun perkahwinan kami di restoran Secret Recipe.

Lagi 2 orang anak kami sekolah. Si bongsu ni baru baik demam, jadi bawa jelah sekali. Hehe.

Kek Chocolate Indulgence

Macam tak sangka staff Secret Recipe ni nak tulis perkataan “Smile” dekat pinggan kami. Seronoklah anak aku, aku pun seronok juga tau. Rasa dihargai gitu.

Signature Drinks Secret Recipe : Strawberry Punch

Aku yang pesan air ni.
Sedap sangat! 10/10. Cuma aku kot tak tahu minum, aku habiskan air baru makan strawberry tu tau. Hahaha, tapi apapun memang sedap lah.
Air si bongsu ni Hot Milo

Sedap oooii Milo dia. Lemak dan sungguh berkrim. Aku yang habiskan satu cawan. Hahaha. Nak cakap sedap sangat tu tak tahu macam mana, jadi aku bagi bintang 15/10!

Vegetarian Fried Rice with Satay

Menu ni suami aku pilih. Tapi kami minta tak payah letak sayur. Rasa boleh tahan lah. Boleh lah telan. Tapi, pada aku masin lah nasi tu. Satay pula, rasa macam makan ayam salut tepung kari. Tak tahu nak cerita rasa macam mana. Aku bagi 5/10. Tapi, tak akan ulang balik makan nasi ni. Hehe. Maka, 5/10.

Spagethi Bolognese (Beef)

Untuk spagethi ni aku bagi 7/10 lah sebab ada air dalam pinggan. Macam tak ditapis betul-betul. Kecewa juga lah, sebab aku memang dah lapar. Anak aku pun makan sikit je sebab agak kering.

Apapun, terima kasih Allah atas rezeki hari ini. Semoga kami akan terus mendapat rezeki yang berkah dan halal. Aamiin Ya Mujib.

Tuesday, November 29, 2022

Alhamdulillah, akhirnya..


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


Setelah pelbagai episod bergaduh, baik, suka, duka, airmata, gembira, bahagia, terluka, berdarah dan lain-lain, akhirnya.


Alhamdulillah, akhirnya berpindah juga ke rumah sendiri. Syukur sangat. Walaupun rumah 2 bilik, tapi tetap bersyukur. Target 16 tahun lepas, baru Allah izinkan untuk miliki rumah sendiri 😭.


Buat yang bertanya kenapa asyik pindah randah?

Jawapannya : Aku merancang, aku berusaha, namun selebihnya, Allah punya kuasa ✌🏻.


Rezeki masing-masing. Tolong. Tolong sangat. Jangan pertikaikan.


Titik.


Semua Allah yang susun. Aku cuba sedaya upaya untuk jalani semuanya dengan baik, terbaik.


Doakan aku terus tabah jalani liku-liku kehidupan ini. Semoga kebaikan berbalik kepada kamu semua yang mendoakan aku dan keluarga.


#CikPuanFarhana #FaramyMovingOut

Jangan menyakiti manusia lain.


Allah ada dan tak pernah tidur.


Mula-mula berahsia, selepas itu, menipu. Bila banyak sangat menipu, akan jadi sakit hati. Bila sakit hati, bergaduh tak berkesudahan.

Berhentilah. Henti melakukan perkara yang sia-sia.

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (QS Al Ahzab : 58)

Di dalam islam menyakiti hati sesama muslim adalah perbuatan dosa. Untuk itu jangan sampai kita menumpuk dosa-dosa kecil ataupun besar dengan menyakiti hati orang lain khususnya saudara kita sesama muslim. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang Allah benci karena kita menyakiti hati saudara kita.

Jom amalkan bersama. Aku pun kadang-kadang terleka. In shaa Allah, sama-sama kita perbaiki diri. Semoga Allah selalu bantu kita, Aamiin Ya Mujib 🤲🏻.

Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri :

‎يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, sabarlah, cukupkanlah kesabaran, perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan. – (Surah Ali ‘Imran 3: 200)

#CikPuanFarhana #kisahrumahtangga