Wednesday, December 31, 2014

Suka Duka Tahun 2014

Assalamualaikum.. 

Salam semua dan salam tahun baru .. :) pejam celik pejam celik tahun 2014 sudah berada di penghujungnya .. Apa yang kita semua dapat sepanjang tahun 2014 ini ? Dan yang lebih penting , apa yang telah aku capai selama 365 hari ini ? Untuk pertama kalinya , aku tak pasang apa-apa azam pun . Aku biarkan masa berlalu , dan apa yang aku mahukan berjalan seperti yang aku rencanakan . Tapi , sebaik mana kita merancang , hanya Allah lah yang Maha Berkuasa dan sebaik-baik perancang . Tidak semua yang kita mahu, kita inginkan akan kita dapat capai dengan mudah atau cepat . TIDAK yer kawan-kawan . Apa yang aku belajar dari setahun ini adalah erti sabar , percaya dan yakin dengan PEMBERIAN ALLAH

Dari hidup berdua sebagai suami isteri , sekarang bertiga sebab dah ada anak . Dari seorang anak , akan bertambah seorang lagi . Oh ... Indahnya kehidupan , dipenuhi dengan warna warni , pahit manis dan perit getir , suka duka .. Semua dalam satu .. Tapi inilah yang dinamakan KEHIDUPAN . Tiada yang lebih sempurna daripada ini , sekiranya kita tak menghargai masa-masa dan orang-orang yang ada di sekeliling kita .. 

Apa yang aku boleh rumuskan , Tahun 2014 adalah tahun yang 60% sasaran yang aku sasarkan tercapai .. Yer , memang aku kata tiada azam , namun aku masih punya sasaran untuk setiap sesuatu yang aku mahukan dalam hidup .. Walaupun belum 100% berjaya , namun aku berpuas hati , sebab aku berjaya harungi semuanya sehingga melebihi separuh daripada sasaran aku .. Alhamdulillah ..

Daripada aku tak tahu nilai tangisan seorang anak , sampailah aku tahu , bila masa anak aku perlukan susu , pelukan , atau erti kata lain , aku SEDANG BELAJAR MEMAHAMI anakku dan begitu juga sebaliknya .. Mr. A plak , daripada xtahu pakaikan pampers dan baju si abang Lil A aku tu , sekarang dialah yang paling expert .. Hehehe.. Yelah , sesama lelaki kan , citarasa mungkin lebih mudah nak faham dan apa yang dihajati ..

Tahun ini juga , buat aku bersyukur , sebab sedar tak sedar rupanya dah 3 tahun aku bayar kuda kecil kami , Mr.Viva Putih aku tu .. Yer , terasa macam baru semalam aku mintka duit RM 1,800 daripada abah untuk buat muka beli kereta tu , dan teras macam baru semalam aku bergadai barang masa aku nak bayar duit kereta aku tu .. Semuanya berlaku dengan sangat pantas !! 

Tahun ni juga , tahun pertama aku x belikan apa-apa hadiah untuk sang suami Mr. A aku tu .. Baik hadiah birthday , anniversarry dan apa jua .. Cuma aritu aku adalah belikan dia kek , yang mana di usia dia sekarang ni , dia x minat dah makan kek .. Hhahahahhaa .. Sorry sayang .. Bajet burst tahun ni , dan fokus adalah pada anak-anak dan keperluan yang wajib lain .. In Shaa Allah , tahun depan dan seterusnya kita lebih stabil dan ada bajet untuk bagi hadiah kepada diri kita yer sayang .. Aaminn ..

Sepanajng tahun ini juga , aku banyak menagis dan ketawa .. Pada aku adil lah jumlahnya .. Katalah aku menangis 10kali , aku akan ketawa juga 10kali .. Kan aku kata , ALLAH ITU MAHA ADIL .. Setiap yang berlaku juga ada hikmahnya .. Banyak benda yang berlaku kepada keluarga aku juga , yang baik dan juga yang buruk . Ynag buruk , biarlah aku simpan sebagai rahsia aku dan keluarga .. Yang baiknya pula , adalah keluarga aku akan bertambah ahli lagi .. Adik aku yang bertunang tempoh hari akan menamatkan zaman bujangnya tahun 2015 , abah aku akan dapat cucu baru lagi dan Along aku dah beli kereta baru .. Mr. A dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan banyak lagi lah .. Senang kata , dalam sehari , kalau cerita yang baik-baik itu , pasti akan buat aku terlupa mengenai yang pahit itu ... Mudah kan ?? Hidup ini x perlu kita rumitkan tentang sesuatu permasalahan .. Kalau kita tak boleh teruskan , kita berhenti dan kita cuba yang lain dahulu .. In Shaa Allah , Allah akan bantu kita.. 

Rasanya cukuplah  rumusan (baca karangan) aku sepanjang tahun 2014 ni . Ada sesetengah perkara yang aku x dapat kongsi untuk tatapan umum .. Apapun , doa aku 2015 akan menjadi sinar dan harapan baru buat kami sekeluarga , begitu juga dengan anda .. Aku berharap agar sasaran aku untuk tahun ini akan lebih banyak tercapai . Doa aku kita semua akan dapat kebaikan dan hikmah sepanjang tahun 2014 ini dan tidak berputus asa untuk terus tabah dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan ranjau dan onak berduri ini . Sesungguhnya kemanisan akan datang setelah pahit . Allah tidak zalim pada hambaNya , sebaliknya ,, hambaNya yang zalim pada diri mereka sendiri . Wallahualam ..




p/s : marilah kita sama-sama berdoa untuk mangsa banjir di semua Negeri tanpa mengira agama dan bangsa serta fahaman politik . Sesungguhnya , Allah menurunkan ujian kepada hambaNya yang benar-benar mampu sahaja .. #PrayForPantaiTimur

Wordless Wednesday #7 : Sling Bag


Assalamualaikum..
Ini adalah hari terakhir kurang berkata-kata untuk 2014 .. hahahaha ... yolah tu .. so , sebelum tu , aku nak share .. aku beli sling bag ni kat Johor Bahru City Centre (JBCC) masa cuti Krismas aritu .. Murah je , RM99.00 ko .. Aku beli kat kedai Padini ..  Brand biasa jelah P.Authenthic .. Sebab nak mudah kan , almaklumlah sekarang dah ada anak , jadi agak sukar nak bawak handbag biasa .. hehehe .. oklah , tu je nak kongsi .. jumpa lagi dalam #WordlessWednesday tahun depan .. hehe ..

nampak smart kan? 





p/s : suami aku yang pilih warna ni , tapi aku yang bayar sendiri .. hahahaha...

Tuesday, December 30, 2014

Kata-Kata Semangat

Pagi tadi , masa bangon dari tidur aku on internet dan tengok Whatsapp .. 
Tup-tup masuk whatsapp dari Best Friend Forever (BFF) si Montel Azlina , hehe .. 

Terus senyum .. 

Kalendar 2015

Sejuk suasana dari malam tadi sampai pagi ini .. Sejuknya sampai ke tulang .. Allahuakbar .. Semoga tiada lagi hujan lebat untuk saudara kita di Kelantan dan kawasan sekitarnya .. Amminn.. 

Pagi ni saja aku nak share , tahun ni , agak kurang meriah dari segi pemberian kalendar .. Selalunya , bila akhir tahun banyak pasaraya berlumba-lumba untuk memberikan kalendar tahunan mereka kepada pelanggan dan aku juga tidak terkecuali akan dapat .. Tapi , sejak awa Disember sehingga sekarang , tiada satu pembelian pun yang aku buat di"hadiahkan" denga kalendar .. Barangkali , pasaraya telah memotong bajet untuk keluarkan kalendar mungkin .. Yelah , dengan keadaan ekonomi yang agak perlahan akhir-akhir ini , banyak syarikat mengambil langkah berjaga-jaga dari segi kewangan mereka ..

Apapun , Alhamdulillah .. Masih ada rezeki untuk kami sekeluarga , semalam CC Cik Mat (Ketua Kerani) kat opis aku ada bagi aku kalendar kuda .. Heehehe .. Kalendar ni aku suka sebab senang nak manage cuti dan sebagainya .. Mr. A plak ada bawak satu kalendar opis (Explore Johor) dia untuk aku letak kat opis .. Syukur .. Senang aku nak buat kerja lepas ni .. Yang CC bagi , aku cadang nak letak kat umah .. Sebab senang nak tulis bila tarikh nak check-up aku dan anak-anak .. Hhehehe ..

Oklah , kita sambung nanti yer .. Nak mamam jap .. Baby dah tendang-tendang lapar ni .. 

Daaa ...

Kalendar Kuda

Kalendar Explore Johor

Sunday, December 28, 2014

Tak Semua Kita Perlu Kongsi

Kadang-kadang.. 

Aku terfikir , tak semua kau akan boleh kongsi dengan semua orang .. Yang paling penting , orang yang aku tak tahu hati budinya .. Apapun , aku perlukan kekuatan dari Allah , agar aku lebih tabah walaupun tanpa perlu beritahu pada orang lain . Aku cuma perlu berdoa dan terus berdoa . TANPA PUTUS ASA DAN JEMU . Sebab Allah adalah sebaik-baik perancang pada kita .. Doakan yang baik-baik. Sebab doa itu senjata orng Muslim dan Mukmin . Wallahualam ..




P/S : Aku masih berkira-kira untuk berkongsi dengan semua atau tidak . hurmm ..

11 Bulan Sudah..


Walau badai melanda..
Walau jiwa sedikit terluka..
Kau hadir memberi cahaya..
Kau jua kekuatan jiwa..

Senyuman mu kebahagiaan ku..
Senyuman mu ketabahan ku..
Tangisan mu kelemahan ku..
Tangisan mu kealpaan ku..

Semalam kau hadir dari alam lain..
Semalam kau hadir dengan izin..
Semalam kau belum bisa memanggil..
Semalam kau masih menggigil..

Hari ini , kau sangat lain..
Hari ini , kau yang paling yakin..
Hari ini , kau lah pemangkin..
Hari ini , kerana kau ku semakin yakin..

Aku sudah jatuh hati pada mu..
Aku semakin cinta padamu..
Aku teruskan hidup demi kamu..
Aku teruskan berjuang hanya untuk mu..

Selamat Ulang Bulan Kelahiran Sayang Ummi..
Amyrul Arsyad Bin Azmi
11 Bulan 
6 Rabiulakhir 1435H - 6 Rabiulawal 1436H



P/S : gambar pagi tadi Abg Arsyad teman ummi g check up.. OOpppss.. ummi salah tulis tahun Hijrah.. sori yer kengkawan.. x pasan.. hehe...


Friday, December 19, 2014

Magic! - Rude Lyrics

"Rude"

Saturday morning jumped out of bed
And put on my best suit
Got in my car and raced like a jet
All the way to you
Knocked on your door with heart in my hand
To ask you a question
'Cause I know that you're an old-fashioned man, yeah

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but the answer is 'No'

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
Yeah, no matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude

I hate to do this, you leave no choice
Can't live without her
Love me or hate me we will be boys
Standing at that altar
Or we will run away
To another galaxy, you know
You know she's in love with me
She will go anywhere I go

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, 'cause the answer's still 'No"

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Rude

Can I have your daughter for the rest of my life?
Say yes, say yes 'cause I need to know
You say, I'll never get your blessing 'til the day I die
Tough luck, my friend, but 'No' still means 'No'!

Why you gotta be so rude?
Don't you know I'm human too?
Why you gotta be so rude?
I'm gonna marry her anyway

Marry that girl
Marry her anyway
Marry that girl
No matter what you say
Marry that girl
And we'll be a family
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so
Rude
Why you gotta be so rude?

Sunday, December 14, 2014

Kali Kedua :)

Assalamualaikum..
Hai semua.. Aku ni jap on jap off update blog.. Apadaa... Mcm mne nak ramai follower ni.. Kikiki..
Emm.. Arini aku ada perkara yg perlu aku buat untuk kali kedua.

Yup! KALI KEDUA!

Apa yg aku lalui sehingga ke hari ini, buatkan aku lebih mengenal erti sabar dan kasih sayang. Biar apa yg org perkatakan. Biar apa yg bakal aku lalui. Tp masih ada insan dan nyawa yang aku perlu perjuangkan nasibnya.

Aku kena kuat. Malah LEBIH KUAT!!
Dan aku harap doa dari rakan-rakan sekalian. Iyer. Dari semua. Baik yang kenal aku ataupun tidak. Aku harap tiada prasangka buruk, sebaliknya, yang baik2 saja..

Rabbi Yassir Wala Tuassir..

P/s : aku akan cerita kat next entry. In Shaa Allah.. :)

Thursday, December 04, 2014