Salam semua dan salam tahun baru .. :) pejam celik pejam celik tahun 2014 sudah berada di penghujungnya .. Apa yang kita semua dapat sepanjang tahun 2014 ini ? Dan yang lebih penting , apa yang telah aku capai selama 365 hari ini ? Untuk pertama kalinya , aku tak pasang apa-apa azam pun . Aku biarkan masa berlalu , dan apa yang aku mahukan berjalan seperti yang aku rencanakan . Tapi , sebaik mana kita merancang , hanya Allah lah yang Maha Berkuasa dan sebaik-baik perancang . Tidak semua yang kita mahu, kita inginkan akan kita dapat capai dengan mudah atau cepat . TIDAK yer kawan-kawan . Apa yang aku belajar dari setahun ini adalah erti sabar , percaya dan yakin dengan PEMBERIAN ALLAH.
Dari hidup berdua sebagai suami isteri , sekarang bertiga sebab dah ada anak . Dari seorang anak , akan bertambah seorang lagi . Oh ... Indahnya kehidupan , dipenuhi dengan warna warni , pahit manis dan perit getir , suka duka .. Semua dalam satu .. Tapi inilah yang dinamakan KEHIDUPAN . Tiada yang lebih sempurna daripada ini , sekiranya kita tak menghargai masa-masa dan orang-orang yang ada di sekeliling kita ..
Apa yang aku boleh rumuskan , Tahun 2014 adalah tahun yang 60% sasaran yang aku sasarkan tercapai .. Yer , memang aku kata tiada azam , namun aku masih punya sasaran untuk setiap sesuatu yang aku mahukan dalam hidup .. Walaupun belum 100% berjaya , namun aku berpuas hati , sebab aku berjaya harungi semuanya sehingga melebihi separuh daripada sasaran aku .. Alhamdulillah ..
Daripada aku tak tahu nilai tangisan seorang anak , sampailah aku tahu , bila masa anak aku perlukan susu , pelukan , atau erti kata lain , aku SEDANG BELAJAR MEMAHAMI anakku dan begitu juga sebaliknya .. Mr. A plak , daripada xtahu pakaikan pampers dan baju si abang Lil A aku tu , sekarang dialah yang paling expert .. Hehehe.. Yelah , sesama lelaki kan , citarasa mungkin lebih mudah nak faham dan apa yang dihajati ..
Tahun ini juga , buat aku bersyukur , sebab sedar tak sedar rupanya dah 3 tahun aku bayar kuda kecil kami , Mr.Viva Putih aku tu .. Yer , terasa macam baru semalam aku mintka duit RM 1,800 daripada abah untuk buat muka beli kereta tu , dan teras macam baru semalam aku bergadai barang masa aku nak bayar duit kereta aku tu .. Semuanya berlaku dengan sangat pantas !!
Tahun ni juga , tahun pertama aku x belikan apa-apa hadiah untuk sang suami Mr. A aku tu .. Baik hadiah birthday , anniversarry dan apa jua .. Cuma aritu aku adalah belikan dia kek , yang mana di usia dia sekarang ni , dia x minat dah makan kek .. Hhahahahhaa .. Sorry sayang .. Bajet burst tahun ni , dan fokus adalah pada anak-anak dan keperluan yang wajib lain .. In Shaa Allah , tahun depan dan seterusnya kita lebih stabil dan ada bajet untuk bagi hadiah kepada diri kita yer sayang .. Aaminn ..
Sepanajng tahun ini juga , aku banyak menagis dan ketawa .. Pada aku adil lah jumlahnya .. Katalah aku menangis 10kali , aku akan ketawa juga 10kali .. Kan aku kata , ALLAH ITU MAHA ADIL .. Setiap yang berlaku juga ada hikmahnya .. Banyak benda yang berlaku kepada keluarga aku juga , yang baik dan juga yang buruk . Ynag buruk , biarlah aku simpan sebagai rahsia aku dan keluarga .. Yang baiknya pula , adalah keluarga aku akan bertambah ahli lagi .. Adik aku yang bertunang tempoh hari akan menamatkan zaman bujangnya tahun 2015 , abah aku akan dapat cucu baru lagi dan Along aku dah beli kereta baru .. Mr. A dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan banyak lagi lah .. Senang kata , dalam sehari , kalau cerita yang baik-baik itu , pasti akan buat aku terlupa mengenai yang pahit itu ... Mudah kan ?? Hidup ini x perlu kita rumitkan tentang sesuatu permasalahan .. Kalau kita tak boleh teruskan , kita berhenti dan kita cuba yang lain dahulu .. In Shaa Allah , Allah akan bantu kita..
Rasanya cukuplah rumusan (baca karangan) aku sepanjang tahun 2014 ni . Ada sesetengah perkara yang aku x dapat kongsi untuk tatapan umum .. Apapun , doa aku 2015 akan menjadi sinar dan harapan baru buat kami sekeluarga , begitu juga dengan anda .. Aku berharap agar sasaran aku untuk tahun ini akan lebih banyak tercapai . Doa aku kita semua akan dapat kebaikan dan hikmah sepanjang tahun 2014 ini dan tidak berputus asa untuk terus tabah dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan ranjau dan onak berduri ini . Sesungguhnya kemanisan akan datang setelah pahit . Allah tidak zalim pada hambaNya , sebaliknya ,, hambaNya yang zalim pada diri mereka sendiri . Wallahualam ..
p/s : marilah kita sama-sama berdoa untuk mangsa banjir di semua Negeri tanpa mengira agama dan bangsa serta fahaman politik . Sesungguhnya , Allah menurunkan ujian kepada hambaNya yang benar-benar mampu sahaja .. #PrayForPantaiTimur
No comments:
Post a Comment