Saturday, January 31, 2015
Kreatif vs Bisnes : Kufi
Thursday, January 29, 2015
Rindu Zaman Kurus!
Kadang - kadang saat aku duduk seorang diri , aku selalu teringat kisah - kisah aku masa 7 - 8 tahun lepas ..
Iyer .. Bukan pasal ingat kat ex - boyfriend pun , tapi pasal aku teringat zaman aku kurus .. Yup , aku dulu kurus babe !!
Ramai yang x percaya sebab ramai x kenal aku masa aku kurus .. Yelah , aku dengan dunia aku masa tu .. Dunia yang aku x mahu ulang semula .. Hurmm .. Sangat sakit bila diingat ..
Kebetulan , haritu aku saja godeh email lama aku , lepas tu aku jumpalah gambar - gambar lama aku .. Rasa nak nagis !! Kenapa ?? Sebab masa tu aku kurus sangat !!! Berat x sampai 65kg pun uolls!! Bayangkanlah ! Macam mana aku x menangis .. Sedih sangat aku rasa .. Sedih sebab aku jadi gemuk sekarang ..
Tapi aku x salahkan orang lain .. Aku salahkan diri aku sendiri .. Sebab xnk jaga diri , xnk fight macam dulu .. Dulu org asek ingat aku student sekolah je bila aku balik kg pakai tracksuit , cuba skng aku pakai tracksuit , mesti orang ingat nangka bungkus berjalan :'(
Ya Allah , aku harap sangat aku dapat balik berat badan aku masa 10 tahun lepas .. Aku kena fight bukan untuk Mr. A , tapi untuk diri aku sendiri !! Yupp !! You can do it Farhana !!!!
Nota Kepala : update pakai hp memang melalut jelah camni.. hehe.. gambar pun kat bawah..
Wednesday, January 28, 2015
Scan 4d Anak Kedua
Wordless Wednesday #11 : SEKSI atau SEKSA ?!
Pendapat aku :
Tuesday, January 27, 2015
#Throwback : Rindu Amyrul Arsyad
Thursday, January 22, 2015
Wednesday, January 21, 2015
ANAK lambat bercakap , salah siapa ??
SEBELUM tido, baca ni jap. PENDAPAT aku? xmolah bg pendapat kat org tu .. nak bg pendapat kat sini je .. sbb HARI2 dia baca paper, sok lusa dia "sekolahkan" aku plak .. YELAH aku ibu muda, namun aku xkn perkecilkan kemampuan anak aku sbgaimana mak abah aku buat dulu .. SETIAP insan berbeza, xkn ada yg sempurna, namun beri mereka masa .. JANGAN asek salahkan cara dia lahir atau cara didikan ibu bapanya. SBB faktor persekitaran turut main peranan penting .. PILIH kasih juga boleh "merosakkan" jiwa anak2 kita .. jangan suka membanding anak/cucu kita dgn org lain atau anak/cucu kita yg lain .. PERBANDINGAN itu mungkin penyebab mereka lebih suka "berdiam diri" ..
*UPDATEBYHANDPHONE*
Friday, January 16, 2015
Tanda-Tanda Suami Sudah Mula Bersikap Curang
1. Menjadi Panas Baran – Jika sebelum ini suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah . Malah , isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian .
-- >> Pengalaman sendiri , semua tanda-tanda tu memang benar .. Tapi , kita sebagai hamba ALLAH yang mana hatinya dipegang oleh Allah , BERDOA LAH .. Tanpa putus asa , tanpa jemu , tanpa kecewa .. Sesungguhnya , Allah itu sebaik-baik penolong kita di saat kita tengah dalam kesusahan .. Allah jualah yang akan membolak balikkan hati manusia ni .. Berdoalah , dan percayalah kepada kekuasaan dan keajaiban daripada Allah ..
Tahukah Anda?? :)
1. Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
2. Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
3. Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
4. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
5. Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
6. Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
7. Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
8. Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
9. Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
11. Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
12. Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
13. Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
14. Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
*Sebenarnya banyak persamaan dengan VCO Catalyst kan ? Sharing Is Caring guys !
So , kalau korang nak beli , boleh lah order dengan aku yea !
Macam mana ??
Whatsapp / SMS : Farhana 016-7253014
Thursday, January 15, 2015
Menahan Diri Dari Kejahatan
"SETIAP ORANG MUSLIM WAJIB BERSEDEKAH" .
LALU ADA ORANG BERTANYA : "BAGAIMANA KALAU DIA TIDAK SANGGUP?" . JAWAB NABI S.A.W. "DIA HARUS BEKERJA UNTUK MEMBERI MANFAAT KEPADA DIRINYA DAN SUPAYA DIA DAPAT BERSEDEKAH" .
TANYA : "BAGAIMANA SEKIRANYA DIA TIDAK SANGGUP?" .
JAWAB NABI S.A.W. "MENOLONG ORANG YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN" . TANYA : "BAGAIMANA SEKIRANYAN DIA TIDAK SANGGUP JUGA?" .
JAWAB : "MENGAJAK KEPADA KEBAJIKAN ATAU KEBAIKAN" .
TANYA : "BAGAIMANA SEKIRANYA DIA TIDAK SANGGUP JUGA?" .
JAWAB : "MENAHAN DIRI DARI MELAKUKAN KEJAHATAN JUGA ADALAH SEDEKAH" .
Maafkan Saya ...
Mungkin saya pernah jadi sponsor untuk GA atau segmen ..
Tapi saya x pos lagi barang awak , mungkin saya lupa ..
Masa tu saya sibuk dengan persiapan nak bersalin ..
Lepas tu plak kemurunga selepas bersalin dan pelbagai dugaan lain ..
Sila email saya di amyhanna8187@gmail.com atau wass saya 016-7253014 .
Wednesday, January 14, 2015
Tuesday, January 13, 2015
Pengalaman Mengandung Anak Pertama
Assalamualaikum w.b.t.
Agak lama post ni duduk dalam draft blog aku .. Bukan agak lagi , tapi memang cukup lama .. dah masak ranum dah .. sampai orang yang berkenaan dalam entri ni pun dah besar dah .. setahun jugaklah masa yang aku amek untuk pastikan entri ni x menyinggung hati mana - mana pihak yang berkenaan .. aku retype , baca balik dan draft balik .. akhirnya , arini aku post jugaklah untuk tatapan umum ..
Semua wanita amat teruja dalam menanti kehadiran dan kelahiran anak syurga mereka .. Begitu juga aku dan Mr. A .. Kami berkahwin pada 30.11.2012 , dan setelah hampir 5 - 6 bulan menunggu Alhamdulillah , Allah telah memakbulkan doa aku .. Syukur tak terhingga aku panjatkan .. Memang terkejut dan x sangka lah masa tu .. Allahu Akbar .. Baru lah tahu macam mana perasaannya menjadi seorang ibu .. Yer .. Yer .. Jangan eksited sangat orang cakap .. Aku cuba bersikap sederhana dalam segala hal .. Supaya kita tak menyesal kemudian hari ..
Trimester pertama aku mengandungkan anak aku si Amyrul Arsyad , aku xde alahan yang teruk .. Cuma setiap petang masa perjalanan balik dari office ke rumah aku akan rasa mual dan loya .. Untuk awal - awal kehamilan berat badan aku x naik banyak , mungkin kerana aku x lalu makan kan .. Tapi , aku memang kena jaga makan memandangkan berat aku di usia kandunganku 6 minggu sudah mencecah 95 kg !! Yup , aku dah sampai tahap obesiti masa tu , tapi aku belum lagi dikategorikan sebagai pesakit kencing manis dan darah tinggi . Sedaya upaya aku cuba kawal corak pemakanan aku .. Yup ! Alhamdulillah , aku berjaya mengawalnya hingga ke akhir kehamilan ..
Trimester yang kedua , segala sakit sudah aku mula rasakan , dari pinggang ke bawah , dan kadang - kadang dari bawah ke atas .. Hampir tiap malam aku akan kena "simpul biawak" , dan masa itu jugaklah suami aku Mr . A yang akan bangon dan sapukan minyak serta urut kaki aku supaya aku tidak sakit lagi .. Sakitnya tuhh bukan kepalang sehinggakan aku bisa mengalirkan air mata ku ini .. Demi anak dan amanah yang diberikan oleh Allah , aku kuatkan semangat dan hati .. Check up bulanan aku x pernah miss malah aku semakin semangat untuk pergi ke klinik demi mengetahui keadaan anak di dalam rahim ku ini .. Satu hari , bila doktor beritahu aku bahawa uri aku dan kandungan aku agak ke bawah dan perlukan perhatian aku jadi agak sedih .. Doktor mencadangkan aku lebih banyak berehat kerana aku terlalu aktif akan menyebabkan uri aku agak sukar untuk berada di kedudukan yang sepatutnya ..
Mr . A pula berjanji akan berubah dan telah turut sama membantuku dalam melaksanakan tugas harian .. Mr . A banyak membantu aku dalam membasuh pakaian , menjemur dan mengemas rumah dan juga lain-lain perkara .. Masa ni , aku rasa macam puteri raja tau .. Yelah , semua Mr. A tolong , sebab dia kesiankan aku yang tengah memboyot dan serba x larat nak buat itu dan ini .. Hehehe.. Thanks sayang ..
Masa trimester kedua juga , aku diduga dengan pelbagai dugaan .. Aku rasa x perlu aku nak kongsi semua , sebab yang pahit semua aku cuba untuk lupakan .. Aku mahu ingat semua perkara yang manis-manis sahaja .. Yelah , semua manusia pernah melakukan silap , jadi buat apa kita nak terlalu serius fikirkan pasal silap orang je , silap kita pulak macam mana ?? Lebih baik kita cuba lupakan apa yang dah buat ati kita sakit dari kita sendiri yang merana kan ?? Huhuhu ..
Trimester ketiga , aku dan Mr. A dah mula sibuk buat persiapan untuk sambut kelahiran our Little A , nama dah pilih , scan pun dah .. Semua dah confirm , apalagi , kami lah yang paling excited .. Tiap kali keluar g AEON ke Kip Mart ke , ada je benda yang kami nak beli untuk our Little A .. Semua rasa macam x cukup , semua rasa macam x legkap .. Padahal , semua dah ada .. Hahahaha .. Masa ni ramai lah pak bidan dan mak bidan segera yang wujud keliling aku nak teka jantina anak aku .. Hahaha .. Aku hanya ketawa je , sebab ramai yang kata aku akan dapat anak perempuan , tak kurang juga yang kata anak lelaki .. Masa tu , aku hanya tersenyum je mendengar telahan mereka .. Biarlah ALLAH yang tentukan segalanya .. :)
Sepanjang aku mengandung ni , aku rasa perubahan xdelah ketara sangat cuma adalah jugak .. Antaranya :
1) Muka aku bersih
- Selalu muka aku senang giler naik jerawat , tapi masa mengandung muka aku xde jerawat . Bukanlah xde jerawat langsung , tapi xdelah banyak dan beri kesan kat muka aku macam selalu ..
2) Saiz badan x berubah sangat
- Selalunya orang kata bila mengandung berat badan kita akan berubah kan ? Tapi lain plak bagi aku .. Kebanyakkan baju-baju aku semua masih muat dipakai sampai 9 bulan .. Aku xde beli pun baju mengandung .. Jimat .. Hehehe ..
3) Saiz kaki berubah
- Selalu aku boleh pakai kasut saiz 7 - 8 , tapi masa mengandung kasut aku saiz 8 - 10 kauu !!
4) Makan x kira masa
- Sampaikan aku kejut Mr. A tengah malam ajak g makan kat kedai sebab aku lapar tahap gajah x makan sepuluh thaun !!! bhhahhahahaa ...
5) Emosi melampau
- Aku jadi orang yang kuat jealous dan kerap menangis . Sudahnya anak aku kuat jugak menangis sekrang ni .. Yelah , masa tu Mr. A selalu out station , jadi aku sedihlah kena tinggal sorang .. kuikuikui ..
Tu jelah kot .. Yang lain aku dah x ingat lah .. Hahahaha .. Lama sangat dah ..
Apa yang aku seronok masa aku mengandung tu ialah semua benda orang bagi keutamaan , kau nak makan apa , nak minum apa , nak apa .. biasanyalah orang bagi lah chance kau untuk pilih .. hehe .. syukur, sepanjang aku mengandung si Amyrul Arysad ni , aku dapat semua yang aku nak makan kecuali Asam Pedas kat Tepian Tebrau tu .. Masa tu aku memang frust sebab asal pergi je kedai tu mesti kedai tu tutup , asal dia tutup je aku datang .. xde rezeki lah anak ooii ..
Anak aku plak dalam perot masa tu xde lah meragam , be good je dia , aktif sangat x payah cakap lah .. Kadang aku sendiri rasa x tahan nak menanggung kesakitan akibat dia bergerak terlalu aktif .. Huhu .. Alhamdulillah ..
Apapun , 9 bulan tu aku rasa begitu pantas sehinggakan aku x sedar , anak yang aku kandung ketika itu dah hampir 41 minggu , macam - macam cara aku buat untuk pastikan bahawa our baby keluar tepat pada masanya .. Tapi apakan daya .. Dia xnk pun keluar .. Hehe .. Dia seronok duduk dalam perut aku yang comel agaknya .. Yelah , dapat makan dan minum macam-macam kan .. Amek kauuu , duduklah lelama dia dalam tuh ...
Untuk korang yang belum ada anak , korang banyakkanlah berdoa dan bersabar .. Semoga Allah akan memakbulkan permintaan dan hajat korang suatu hari nanti .. In shaa Allah .. Jangan mudah putus asa dan menyalahkan satu sama lain .. Nikmati saat - saat bahagia antara kamu dan dia .. Yang indah memang selalunya lambat sampai .. PERCAYALAH !!
Happy reading !!
Nota kaki : bila draft dah lama sangat dalam blog ni , idea dah xde nak taip .. bhuhu..
Sunday, January 11, 2015
Doa Ibu Untuk Dirinya Dan Kandungan
Friday, January 09, 2015
~ termenung .. merenung . .ditenung .. lalala ~
maafkan aku .. bukan aku sengaja mau menyakiti mu dengan merenungmu , bukan aku sengaja mau melihatmu termenung , apatah lagi xkn aku izinkan kamu ditenung wanita lain .. aku cemburu taaww !! kamu harus tahu itu .. bahawa krn terlalu mencintaimu aku x bisa berkongsi kasih dgn yg lain apatah lg ditinggalkan olehmu .. nnggaakkk bissaaa !!! arrggghhh !! cemburu itu menyeksa jiwa ku ;(
hari kita sudah tiba, aku adalah wanita yg paling gembira bila aku sudah lg tidak perlu utk curi-curi merenungmu teruna, aku akan pastikan kamu tidak akan termenung kerana ku , dan yg paling pasti akan aku selalu pastikan cuma aku yg akan ditenung oleh mu !! ^_^
bila berjalan berseorangan aku sering merasakan diri seakan-akan ditenung oleh seseorang .. ada ker ?? Hehe .. ntahlah .. perasaanku sendiri agaknya .. padahal aku yg merenung org lain ada laa .. kalau aku dah puas termenung , merenung , ditenung aku akan cakap lalalalalallala … ^_^
p/s : aku simpan post ni agak lama .. Masa tu 09.01.2012 , genap dua tahun aku bertunang dengan Mr. A .. Arini aku publish sebab nak rewind kenangan bertunang agak lama dengan dia .. Huhuhu .. Jangan contohi kami yer kawan-kawan ..
Thursday, January 08, 2015
Wednesday, January 07, 2015
Wordless Wednesday #8 : Telur Beku
Selama aku memasak ni , inilah kali pertama telur yang aku beli MEMBEKU dalam peti sejuk .. Kenapa ekk boleh jadi macam ni ?? Hehehe .. Jawapannya , sebab aku dah lama sangat x masak , telur tu mengeras dalam peti sejuk aku yang memang x banyak barang tu .. Hahaha .. Sengal ..
Monday, January 05, 2015
BisnesKu, RezekiKu : Farhana Mom's Shoppe
Sunday, January 04, 2015
Pantang Larang Semasa Ibu Mengandung
- Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.
- Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
- Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
- Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
- Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
- Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
- Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
- Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
- Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.
- Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.