Wednesday, July 29, 2015
Wordless Wednesday #21 : Jangan ...
Monday, July 27, 2015
The Siblings : #Day8 - Day9 :- Dobi , Akhmal di office
Sunday, July 26, 2015
Bisnesku : Tonik Rambut Minyak Zaitun
The Siblings : #Day5 - Day 7
#Day 5
#Day 6
12.07.2015
Aku cuti sebab pengasuh aku tak ada , jadi budak - budak tak ada orang nak jaga .. Si abang Amyrul nenek dia jaga , aku dengan si adik .. Buat urusan bisnes aku , pergi ambil stok dan hantar barang pada customer .. Buat postage dan macam - macam lah .
#Day 7
13.07.2015
Hari ini aku blur . Ntah semua serba tak kena. Tak tahu kenapa . Nanti aku sambung.
Bisnesku : Bedak Kompek Ana Edar
Bedak Kompek Ana diperkaya dengan :
》Ekstrak manggis
》Gamat
》Vitamin E
》Minyak zaitun
Kebaikan Bedak kompek Ana :
♡Merawat masalah ringan kulit
♡Menghilangkan jerawat dan jeragat
♡Memelihara kulit dari sebarang radikal bebas
♡ Menutup cela
♡ Mengurangkan lingkaran gelap
♡ Mengurangkan kedutan di wajah
Bedak kompek Ana dijamin halal, selamat, bermutu dan
bebas sebarang bahan kimia berbahaya.
Boleh digunakan semasa solat.
satu warna dapat dipadankan semua tona kulit !
Sapuannya halus , tidak bertompok dan mengawal minyak berlebihan .
Harga : RM35.00
Saturday, July 25, 2015
Bisnesku : Gojes By Qaseh Gold
Gojes by Qaseh Gold membantu atasi masalah:
✔KULIT KUSAM✔KULIT KERING✔KULIT TAK SEKATA✔JERAGAT✔KEDUTAN✔STRETCH MARK ✔JERAWAT
Gojes by Qaseh Gold adalah produk terbaharu dalam rangkaian produk Qaseh Gold. Produk ini diperkaya dengan kolagen marin, teratai, ceri, argan, sakura dan astaxanthin, formulasi makanan Sunnah Gojes by Qaseh Gold menawarkan pilihan terbaik masakini untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan secara semulajadi!
Ramuan botani eksklusif diadunkan bagi memberi kelembapan serta menyerlahkan kulit seperti jeragat, kulit kusam dan kering, Insya-ALLAH. Diperlengkapkan dengan proses pengilangan yang islamik, yang menitikberatkan konsep halalan thoyyiban.
Mari kita lihat khasiat dan keistimewaan ramuan Gojes.
Yang pasti ianya HALAL, SUCI, SEMULAJADI dan BERKHASIAT!
Ramuan Istimewa Gojes by Qaseh Gold
Madu, Kurma, Delima, Cuka Kurma, Kolagen Marin, Teratai Salju, Ceri, Argan, Sakura, Astaxanthin, Garam Bukit
Wednesday, July 22, 2015
Tuesday, July 21, 2015
The Siblings : #Day 4 - Busy Day
Monday, July 20, 2015
The Siblings : #Day 3 - Ummi dan Tudung Baru
Friday, July 17, 2015
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015!
Thursday, July 16, 2015
Nak update apa ??
Wednesday, July 15, 2015
The Siblings : #Day 2 - Mengantok Sangat
Isnin
Hari kedua aku bekerja dan anak - anak di rumah Acik (pengasuh) .. Everything was okay and smooth .. Anak - anak bangun pagi macam biasa , aku dan suami pun okay masih boleh handle all the situation pagi - pagi .. Rasa aku macam dah boleh "masuk" dengan keadaan sekarang .. Yelah , dulu seorang je , sekarang dua anak tu ..
Petang :
Balik kerja aku ajak Mr. A pergi bazaar dekat dengan pejabat .. Sebab kami dah tak tahu nak makan apa kat kedai .. Jadi , bila sampai Bazaar Stadium Larkin tu , aku dan Mr. A decide nak beli Nasi Lemak Kukus dan kuih muih untuk Arsyad ..
Akhmal seperti biasalah , setiap kali aku datang nak ambil diorang mesti dia tidur .. Akhmal memang anak yang baik , tak pernah susahkan aku dan pengasuh ..
Arsyad ?? Hurm ... Terlompat sana trlompat sini .. Hehehe .. Dia excited setiap kali aku datang ambil dia , sejak dari dia 8 bulan lagi , memang begitu lah dia .. Hehehe .. Anak - anak .. Masuk je dalam kereta , aku baringkan Akhmal dulu barulah aku pegang si Arsyad .. Aku pelawa dia kuih kegemaran dia , tapi dia seakan tidak berminat .. Hurmm .. Pelik ! Aku pun tak adalah nak paksa - paksa dia kan , dah budak tak nak makan tak kan aku nak paksa lak ..
Tak sampai 5 minit , aku toleh anak aku si Arsyad dah tidur ! Ya ALLAH , mudahnya dia tidur .. Aku jangka dia mesti penat sangat bermain dengan kawan dia masa di rumah pengasuh .. Anak - anak .. Yang sebenarnya aku pun penat dan mengantok sangat .. Aku peluk dia , cium - cium dia , bau masam peluh dia lah yang buat aku selalu rindu pada dia .. Walaupun dia selalu buat aku sedih dan menangis kerana "kepandaian" dia .. Syukur , Allah bagi pinjamkan nikmat ini pada aku dan Mr. A ..
Arsyad tidur daripada dari dalam kereta sampai lah ke rumah .. Dia bangun untuk minum susu je , lepas tu sambung tidur balik .. Lega aku , dapatlah rehat sikit malam tu dan habiskan quality time dengan Mr. A .. Bukan senang nak dapat moment tu , lagi - lagi dah anak dua orang ni ..
Wednesday, July 08, 2015
Tuesday, July 07, 2015
The Siblings : #Day 1 - Permulaan yang baik
Assalamualaikum..
Selamat berpuasa kawan - kawan .. Sekejap je masa berlalu , Ramadhan semakin meninggalkan kita .. Emm .. Entahkan bertemu kembali atau tidak ..
Wallahualam ..
Oklah , apapun kehidupan kena diteruskan juga .. Betul tak ? Baik .. Emm.. mulai harini aku nak kongsi kisah The Siblings a.k.a anak - anak aku , Arsyad dan Akhmal .. Aku nak kongsi pengalaman aku dan mereka di rumah pengasuh dan sepanjang membesarkan dan menjaga mereka .. Harap korang tak bosan .. Hehe ...
Aku akan share semuanya dalam blog aku ni , supaya boleh dijadikan kenang - kenangan .. Lagipun , esok lusa kalau aku tak ada anak - anak aku boleh baca .. So , let's start!
#Day 1
5.7.2015
6.50 pagi
Hari ni first day aku selepas 67 hari bercuti berpantang setelah melahirkan Akhmal .. Anak - anak semua lena tidur sampai ke pagi .. Arsyad dan Akhmal ternyata seolah - olah tahu bahawa aku akan meninggalkan mereka .. Namun kebimbangan masih menghantui diri aku apabila mengenangkan si Akhmal tidak mahu menyusu menggunakann botol .. Hurmm ..
Sampai di rumah pengasuh , aku segera memaklumkan pengasuh bahawa Akhmal tidak mahu minum menggunakan botol .. Makcik Fauziah (pengasuh) hanya tersenyum .. Aku tinggalkan mereka dalam kerisauan namun segalanya ku serahkan pada yg Kuasa ..
10.00 pagi
Ada whatsapp masuk. Acik beritahu anak - anak semua minum susu dan tidur .. Aku senyum dan lega .
6.45 petang
Semuanya kelihatan gembira dengan kehadiran aku .. Allahuakbar , hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak kesayangan mereka tersenyum ketika mengambil mereka pulang .. Hilang segala penat lelah aku seharian ..
......................................
Alhamdulillah .. Semuanya dipermudahkan .. Selepas ambil anak - anak , aku dan suami terus bergegas ke kedai untuk berbuka puasa .. Syukur , hari pertama mereka "tanpa" aku dilalui tanpa sukar .. :)
Mereka sampai ke rumah dan terus lena dalam pangkuan aku .. Ternyata si abang Arsyad penat bermain seharian dengan kawan "serumah" dia ! Akhmal pula , kenyang menyusu , maka tidur sampai ke subuh lah dia .. Hehehe ..
Alhamdulillah .. Dapatlah aku dan suami masa yang berkualiti berdua , berbincang dan merencana hal ehwal keluarga .. Masa yang tidak akan aku dan suami sia - siakan .. In shaa Allah ...
Nanti aku sambung yer .. Terima kasih sudi baca !
Monday, July 06, 2015
Cemerlang ke?
5 CARA MUDAH SIMPAN SUSU IBU!!
- Pilihan bekas kaca dan plastik adalah pilihan yang baik untuk membolehkan anda menyimpan susu lebih lama.
- Walau bagaimanapun kegunaan peti ais yang sering digunakan juga untuk bahan-bahan mentah yang lain jadi anda digalakkan tidak menyimpan melibihi dua hari.
- Tinggalkan ruang sedikit bagi membolehkan susu mengembang ketika ia dalam proses pembekuan.
- Susu yang sudah dipanaskan tidak boleh disimpan semula atau dibekukan.
Bisnesku : kalau orang datang ...
bawak kereta besor2
bukan seorang..
berkonvoi paling sikit 4 kereta kot..
gelang sampai siku
offer bisnes untung ratusan riban
............
dia suruh awak buat loan..
5 angka...
pendapatan unlimited
janji teamwork kena strong
tak lupa diri
kenang budi
pendapatan unlimited
janji teamwork kena strong
tak lupa diri
kenang budi
Cara nak keluarkan wang Sijil Simpanan Premium (SSP)
Sunday, July 05, 2015
Pendapat aku
pendapat aku.
isteri nak pantang 100hari, suami x bagi, lalu dia meliwat atau mencari ganti.
isteri nak makan jamu, serba serbi demi kecantikan dan kesihatan diri tapi x mampu, suami senyap buat xtahu.
berpantang memang waktu berehat, namun isteri gagahkan diri kerana xde siapa nak buat.
isteri buncit, menggeleber sana sini, suami bosan terus menyendiri.
isteri nak buat apa lagi. menangis tiap malam bentan angin menguasai diri. suami kata nasiblah badan siapa suruh tak pandai jaga diri.
habis apa guna ada suami? makan pakai tak ditanggung apatah lagi mencari bidan kampung. semua masih salah isteri?
pantang tradisional dan moden perlu diperhati? pada aku kita yang perlu kaji diri. sedangkan sunnah nabi xperlu itu ini, makanan sunnah sudah mencukupi.
hidup kita semua x sama. kau di atas, aku di bawah. kau di depan aku di belakang. tapi aku masih punya rasa, rasa menjadi anak isteri ibu kepada sang teruna.
fikirlah.
penceraian bukan sebab longgar semata. bukan kerana ketat tidak nampak jalannya. tegang tidak ada kendurnya. bukan juga hodoh tiada cantiknya atau masam tiada manisnya. juga bukan kerana kau aku tak nampak dia.
kalau iman penuh di dada. yang masam bisa menjadi tapai yang enak. yang kendur bisa menyusu dua tahun lamanya. yang longgar bisa bersusun anaknya. yang hodoh bisa menawan hati dan jiwa.
itu jika KALAU ADA IMANNYA.
bukan salah dia yang longgar. atau jua salah kau yang mahukan ketat atau manis. salahkan diri. kau jauh dariNya. dia akan jauhkan hati kau jua. Nauzubillah.
Pandang diri. andai kau sempurna. keluarga kau pasti terbela. amalan di dunia ini tiket buat ko di sana.
kau mampu beli tiket kau ke syurga?? SILAKAN.
Ahad
05 Julai 2015
18 Ramadhan 1436H
5.30pagi..