Alahai , macam tahu - tahu je tajuk hari ni , "Pengalaman Seram"
Hishh .. Kisahnya macam ni , petang tadi , KakNa balik kerja jalan kaki , selalu memang tunggu suami ambil je , tapi hari ni mood rajin kan , so jalan kaki jelah . Sampai kedai depan rumah KakNa , KakNa beli aiskrim dan makanan ringan @ jajan lah buat kudap - kudap sementara tunggu cik abang nak balik .
Tengah - tengah makan jajan tu , KakNa tengok cerita ulangan kat TV3 tajuknya "Ceplos" . Cerita tu je sound sistem dia dah menyeramkan , tambah plak tengah duduk kat ruang tamu sorang - sorang kan . Alahai ..
KakNa memang tengah asyik makan sampaikan cik abang whatsapp pun KakNa tak balas lagi . Tiba - tiba cerita Ceplos tu keluar pula si mata terjojol . Haishhh.. Seram giler ! Terkejut KakNa sampaikan terduduk , senak perut KakNa sebab duduk dalam keadaan terkejut tau ! KakNa pun tarik nafas panjang dan sambung makan . Hehe , takhabis - habis makan lagi .
Tengah feeling makan tu , KakNa bau harum sangat . Bau tu bukan bau dari badan KakNa atau dari makanan yang KakNa makan , bau tu macam bau dari angin lalu . KakNa pun siap tegur lagi , "wanginya bau ni .. tak macam bau perfume aku pun ".
dang !
KakNa terkedu ! Ya Allah , meremang bulu roma KakNa bila tengok jam dah pukul 6.35 petang dan tingkap tak tutup lagi . KakNa pun tak perasan bila cerita Ceplos tu abis. Huwaaaa !! Masa ni memang dah seram dah . Aduhai , nasib tak sampai 10 minit suami KakNa pun balik . Kalau tak , tak tahu lah KakNa nak buat apa masa tu .
Sejak kejadian tu , KakNa balik je rumah terus tutup tingkap dan pastikan terus mandi , tak ada lagi melepak - lepak tengok tv . Seram ooi !
Ish , ke korang tak seram baca kisah KakNa ni ek? Huhu .
Sebenarnya ada lagi kisah seram daripad kisah ni , tapi KakNa rasa kisah tu panjang sangat . So, KakNa tulis yang ni jelah . Lain kali KakNa cerita kisah seram yang lain okay ?
#jdtblogger #31dayschallengbyjdtblogger

No comments:
Post a Comment