Saturday, January 14, 2017

14.01.2017

Assalamualaikum.


Lagi sebulan KakNa nak masuk ke usia 30tahun.

Menyesal? Tak. 

Syukur diberi peluang hidup dan masih sentiasa perbaiki diri.


Masih cantik?

Cukuplah anak-anak yang selalu puji ummi dia cantik.

Pujian tu lebih ikhlas.


Alhamdulillah, masih mampu bersyukur dan tersenyum.

Sebab, setiap orang diduga dengan masalah dan dugaan yang berbeza.


KakNa cuba bertahan kerana Allah.

Benarlah orang kata, bertahan kerana manusia, maka meranalah jiwa.


So, hari ini. Masa yang kita ada, lihat diri semula dan orang di sekeliling kita yang kita masih ada.

Peluk erat mereka. 

Jangan biarkan hati mereka jauh.

Jangan biarkan jiwa mereka kosong.

Kerana mungkin jika mereka telah jauh dan kosong, kehadiran kita hanya sekadar sebagai peneman bicara.


Anak, suami atau isteri.

Mak atau ayah.

Doa mereka yang kita perlu.

Bukan mereka yang tiada waktu kita perlu.


#KakNaBebel

http://kaknajourney.blogspot.my


Friday, January 13, 2017

DAY 9 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Seseorang Yang Membanggakan Saya

Assalamualaikum semua !
Sihat ke ?

Korang nak tahu Cabaran hari ini ? Okay , cabaran hari ini adalah tentang seseorang yang membanggakan KakNa . Korang mesti tak sabar nak tahu kan ?  Hehehe .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
↓

Taraaa ...


Semestinya adik KakNa .

Sebab apa ? Sebab adik KakNa ni sejak umur 7 tahun dah berdikari . Dah tak rasa kasih sayang seorang emak . Dah tak ada tempat nak bermanja . Sampaikan sekarang , dia memang suka duduk jauh dengan keluarga . Tak tahu apa sebabnya , tapi KakNa rasa dia nak buktikan pada semua oeang yang dia boleh berdikari dan tak nak susahkan orang .

Inilah sebab KakNa bangga dengan adik kesayangan KakNa ni . KakNa selalu doa agar keselamatan dia dan keluarga dia . Semoga dia sentiasa dikelilingi oleh orang - orang yang baik . In shaa Allah . KakNa juga harap bila dia dah ada anak ni , dia akan lebih tabah dan tenang dalam hadapi dugaan yang ada .. Adik KakNa ni macam nyawa KakNa lah . KakNa ingat lagi masa arwah mak baru meninggal , malam tu dia tanya pada KakNa " Siapa nak tidur dengan kita malam ni ? " KakNa hanya mampu menangis je . Sejak daripada tu , KakNa janji pada diri sendiri , selagi belum berkahwin , KakNa akan jaga dia dan bela nasib dia . Alhamdulillah , KakNa berjaya tunaikan janji KakNa pada dia sampaikan KakNa dah kahwin . Syukur ..

Apapun jadi, buat masa ni , selain abah KakNa , adik KakNa nilah tang KakNa banggakan . Semoga dia tahu yang KakNa sayang sangat pada dia ! I love u forever .

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Thursday, January 12, 2017

DAY 8 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar makanan yang sedang dimakan?

Makan apa hari ini ?

 

Sedap kan? Rezeki ni namanya .

Nasi putih
Asam Pedas Ikan Merah
Ulam - ulaman
Telur Masin
Tembikai Merah dan Rambutan Kuning (Tiada Dalam Gambar)
Air Sirap Bandung (Tiada Dalam Gambar)

Kenyang ni makan . In shaa Allah , sampai ke esok pagi .
Alhamdulillah .