Wednesday, December 28, 2022

Wordless Wednesday 5/2022 : Rezeki

Alhamdulillah, mudahnya menjemput rezeki.


Fikir yang baik-baik.

Cakap yang baik-baik.

Buat yang baik-baik.

Akan dapat hasil yang baik-baik.


Ini bukan janji tapi pasti!


#CikPuanFarhana

Friday, December 23, 2022

Pengenalan Diri

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, impian aku dari tahun 2019 telah dimakbulkan Allah. Impian yang aku maksudkan adalah Kelas Asas Blog dan Penulisan oleh Puan Masayu Ahmad. Kelas ini akan berlangsung dalam masa 10 hari sahaja dan aku dipantau 100% oleh Puan Masayu Ahmad.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, aku kongsi tugasan pertama di sini.

TUGASAN PERTAMA

Pengenalan Diri

 1. Nama penuh ikut ic. Nyatakan email.
NURFARHANAH BINTI SUARDI / amyhanna8187@gmail.com

Nama penuh aku, NURFARHANAH BINTI SUARDI. Nama panggilan aku, Farah, Farhana, Hana, Fana, Nana, Adik, Uda, Mak Uda, Syurgaku, Sayang dan Isteriku. Aku lebih suka berbual "kau, aku" untuk lebih mesra. Paling tak suka orang sama baya (umur) panggil aku "kakak" sebab umur sama atau lebih kurang tua.

Maksud nama aku ialah Cahaya Kegembiraan, yang mana aku rasa hanya aku yang pandai menggembirakan orang, tetapi orang lain tidak. Disebabkan sekarang aku gemuk, nama yang selalu orang sebut adalah 'Si Montel, 'Si Debab' dan 'Si Gebu'. Mula-mula aku okay je. Tapi lama-lama aku rasa marah dan malu. Sebab aku tahu aku bukan gemuk dari kecil. Syurgaku pula, nama baru yang suami aku beri / gelar sejak awal 2022 ni. Entahlah,  kadang-kadang aku kekok, kadang-kadang aku suka.

Emel tak prfesional?
Ya, betul. Emel ini atas rasa sayang aku pada suami waktu aku bercinta dengan suami aku dulu. Lama-lama guna (12 tahun) buat kau rasa sayang dan susah nak tukar. Padahal, aku ada banyak emel lain. Lebih 10 emel yang aku ada dan aktif tau. Tapi sebab aku dah emel ini sejak 2010, buatkan aku susah nak tukar yang lain. Selain itu, aku pernah digelar wanita yang beria-ia dan terhegeh-hegeh untuk cinta suami aku atas sebab aku guna emel ini. Sedih sangat, Allah je tahu.


2. Pendidikan.
STPM

STPM adalah kelulusan tertinggi aku. Aku tak nak ambil STPM. Aku nak masuk universiti. Aku nak pegang sekeping Ijazah. Tapi, Allah saja yang tahu. Aku tak nak luahkan, cukuplah aku pendam dan tanggung selama ini. Doa aku, aku dapat sambung pelajaran semula sebelum usia aku menginjak 40 tahun.

Kenapa nak sambung belajar lagi? Kenapa tak fokus pada kerja sahaja? Kenapa dan kenapa? Soalan yang sama bermain di fikiran aku seawal 18 tahun. Kenapa Allah tak izinkan aku lagi untuk pergi sambung pelajaranku? Adakah aku tidak layak? Adakah aku terlalu bodoh? Allahu. Sebak dada aku, setiap kali aku ingat tentang hal ini. Aku syukuri segalanya. Alhamdulillah, ilmu yang sedikit ini, mampu membantu aku di masa kini.


3. Pengalaman kerja.
PEMBANTU TADBIR 16TAHUN

16 tahun berkerja dengan Kerajaan bukanlah satu jangka masa yang pendek. Sangat panjang jalan ceritanya, sehinggakan ada yang telah aku lupuskan dalam ingatanku. 3 Kementerian telah aku bertugas dan sedang bertugas.

Pengalaman aku memang banyak. Tapi, aku tak bersedia lagi nak kongsi secara umum. Maafkan aku.


4. Pengalaman bisnes.
KOSMETIK 3 TAHUN 

Sebenar-benarnya, aku bukan ada pengalaman bisnes dalam bidang Kosmetik sahaja, tapi dalam bidang pakaian dan makanan. Namun begitu, aku lebih suka orang tahu pengalaman aku dalam perniagaan Kosmetik ini, sebab dalam bidang ini lah aku mula di kenali di media sosial.

Aku bukanlah Pengusaha atau Leader bagi Produk Kosmetik, tetapi aku hanyalah seorang ejen yang berusaha mencari duit sampingan dengan penjualan barang kosmetik. Pada aku, bidang kosmetik ini sangat mudah menarik perhatian pembeli dan pengguna tetap. Namun begitu, panas bukanlah sampai ke petang, ada Covid di tengah jalan yang menjadikan jalan cerita aku semakin sedih. Bukan Covid yang salah, cuma aku yang tak cukup "menyerah". Fuh, baru intro je aku dah mula rasa sebak.

Semuanya bermula pada Tahun 2018, aku cuba menjual produk daripada Syarikat LA (bukan nama sebenar) dan terus mencari ketua ejen mereka yang berada di kawasan Johor. Ketika itu, hanya 1 orang sahaja Ketua di setiap kawasan. Alangkah gembira rasa hati, apabila beliau mengatakan bahawa aku mempunyai peluang untuk berjaya di dalam bidang ini kerana aku mempunyai perwatakan yang menarik.

Dari seorang sahabat aku bantu dan sehinggalah aku ada 5 orang anak buah yang sama-sama bangunkan aku punya team, aku memang seronok sangat. Ada yang boleh bayar duit sewa, kumpul duit nak kahwin dan macam-macam lagi. Walaupun ada yang datang dan pergi, namun aku dan Azlina terus semangat untuk teruskan misi kami iaitu bebas hutang.

Sehinggalah, Allah turunkan ujian buat aku. Bertubi-tubi ujian. Allahu. Satu-satu kesedihan itu aku cuba padam, kerana ianya sangat menyesakkan dan menyakitkan. Aku serah segalanya pada Allah. YA, AKU SERAH SEGALANYA PADA ALLAH! Setelah sekian lama aku merasakan semua ini adalah atas usaha aku, akhirnya aku sedar, Allah jua yang mengizinkan dan menggerakkan aku untuk melakukan semua ini.

Cukuplah puluhan ribu modal aku keluarkan dari gaji sendiri, pinjaman peribadai, pinjaman keluarga dan kawan semata-mata hanya mahu mengikut kehendak Syarikat dan mengambil hati Ketua Ejen. Hanya kerana mahu nama disebut, dijulang ke langit aku sanggup buat semuanya walaupun ada ketikanya aku rugi dan tak mampu nak teruskan. Memikirkan anak-anak team yang sanggup bersabar dengan aku untuk restock, maka aku bangun juga teruskan semua ini.

Tahun 2021 (aku tak ingat bulan berapa), aku secara rasminya menarik diri untuk berhenti menjadi ejen LA. Selepas itu, aku menjadi seorang yang pendiam, pendendam dan pemarah. Aku mula rasa tidak berpuashati dengan takdir aku. Lama aku ambil masa untuk bangkit. 

Tahun 2022 ini, aku telah perlahan-lahan redha dan meneruskan kehidupan aku. In shaa Allah, aku akan bangkit berniaga semula satu hari nanti.


5. Minat, kemahiran, kepakaran.
MINAT MENONTON WAYANG, KEMAHIRAN MENULIS, KEPAKARAN KETUA SORAK

Menonton wayang pada aku adalah satu terapi. Aku pernah tengok wayang seorang diri. Pada aku, setiap orang HARUS mencuba untuk tengok wayang sendiri dan rasai perbezaannya. Pastikan kita belajar melihat orang lain dan keadaan sekeliling ketika kita menonton wayang.

Kemahiran menulis aku ni disedari apabila ada sahabat aku beritahu tulisan aku ditiru oleh sahabat yang lain. Tapi sejujurnya, aku hanya akan boleh menulis sekiranya aku sedang dalam keadaan yang betul-betul tenang. Setelah pelbagai kesedihan yang aku alami, aku agak sukar untuk melihat lama-lama pada skrin telefon atau laptop.

Ketua Sorak? Ya, aku yang gelar diri aku sebagai ketua sorak. Sebab, setiap kali aku tengok game Pejabat aku, aku dapati rakan-rakan aku agak malu untuk menyokong sahabat-sahabat mereka yang sedang bertanding. Maka, aku akan ketuai sorakan, selepas itu, barulah ramai yang tidak segan untuk memebri sokongan. Sebagai penonton,  atau ahli pasukan, eloklah kita hadir untuk bagi sokongan pada pemain. In shaa Allah, mereka akan lebih bersemangat.


6. Buku, genre yang suka dibaca.
BUKU CINDERELLA 94, ROMANTIK, KELAKAR, MISTERI DAN FIKSYEN

Aku ni suka membaca, dulu waktu sekolah aku selalu dapat Anugerah Nilam. Mungkin sebab aku suka berangan. Tapi, angan-angan aku nak dapat buka ros merah ketika 21 tahun, menjadi kenyataan, apabila suami aku yang hadiahkan bunga ros itu. Hehehe. Itu semua akibat berangan ketika baca novel.

Bila kita baca buku genre fiksyen atau misteri pula, kita akan sentiasa berfikir. Biasanya aku akan baca buku genre sebegini, ketika aku mahu jalan jauh. Perasaan takut dan misteri itu akan mennjadikan aku sentiasa peka dan berhati-hati.


7. Nyatakan blog, web jika ada. 
cikpuanfarhanah.blogspot.com 

Blog ini aku cipta pada 02.11.2011  bersama dengan adik-adik praktikal di pejabat lama aku. Mereka yang minta aku buat blog memandangkan aku suka menulis di Facebook. Nama pertama blog aku ni adalah Corat-Coret Kehidupan. Aku dulu letak nama ni konon-konon nak menulis pasal kehidupan orang lain, tapi akhirnya aku insaf, tulis pasal kehidupan sendiri je, hahaha.

Dah lebih 3 kali aku tukar nama. Asal aku rasa nak tukar, aku tukar. Antara sebab juga aku tak beli domain macam orang lain. In shaa Allah, kalau aku betul- betul serius menulis, aku akan beli doman pula.


8. Nyatakan 3 tajuk blog yang mahu ditulis.
1. MISTERI GADIS BERKEBAYA KUNING
2. ROMANTIKA CINTA SI HITAM MANIS
3. TIPS UNTUK KEKAL RELEVAN DI DALAM MEDIA SOSIAL

Ini antara 3 Tajuk Cerpen / ebook yang aku nak buat. InshaaAllah, satu hari nanti aku akan dapat menulis semuanya. Doakan aku ya sahabat.

Selalu Berzikir

Siapa yang kenal aku pasti pelik kenapa aku selalu je berzikir. Bukan acah baik ya. Tapi aku selalu didik hati nak jadi lebih baik.

Sebab aku tak boleh biarkan hati aku kosong. Tak boleh biar mulut aku tak bergerak. Sebab bila mulut aku diam, aku akan banyak benda nak komen pasal orang lain.

Jadi baiklah aku zikir dan aku dah kecilkan circle aku. Sikit-sikit aku ubah ke arah yang lebih baik 😊

Thursday, December 22, 2022

22.12.22

Cantiknya tarikh.

22.12.22

Mesti ramai yang tunang, nikah atau bersanding 

pada tarikh ni kan? Hehehe

Penjaga Pejabat #2

Hai.

Lama, aku tak cerita tentang kisah seorang "Penjaga Pejabat".
Sejak aku dah pindah pejabat ni, banyak sangat aku tak dapat update dekat blog. Masa sangat mencemburui aku. Tapi, aku cuba sambung ya kisah Penjaga Pejabat ini.

Aku sedang baring di sofa, memandangkan aku tak cukup bajet untuk makan tengahari. Niat di hati aku mahu melelapkan mata sebentar.

Tiba-tiba.

"Tap, tap, tap"

Ada sesuatu mengganggu pendengaranku.

Aku buka mata,
Mata aku melilau.
Telinga aku seakan panas.
Hati aku mula berdengup kencang.

"Ah, mengganggu sungguh" bisik hatiku.

 Aku bingkas bangun dan melihat jam di tanganku.

"2.15 petang. Kenapa tiada siapa yang mengejutkan aku? Tak ada pelanggan ke petang ni?" Aku mengeluh panjang.

Jam 2.30 petang, rakam sekerja pulang dari surau di bawah pejabat lalu menegurku ;

"Kau okay? Kau ada nampak atau dengar sesuatu ke?"

"Kau jangan tidur dekat sofa ni. "Mereka" memang suka mengganggu. Kalau kau mengantuk, pergi cuci muka kau, ambil wuduk dan solat. Kau dah Zuhur ke?" tanya kak Bedah (Bukan nama sebenar).

Aku lalu bangkit dan menuju ke surau.

Berlegar-legar persoalan di fikiranku tentang bagaimana kak Bedah mengetahui segalanya. Sedangkan bibirku terkunci untuk bicara.

"Ah, iyalah. Aku juga hambaMu ya Allah. Bisa saja aku berkongsi tempat dengan makhlukmu yang lain. Ampunkan aku ya Allah, melewatkan solatku 🤲🏻".

Semenjak itu, aku tidak pernah tidur di sofa pejabatku. Andai saja aku tertidur, pasti meja dan kerusi pejabatku menjadi saksi.

Begitu juga bunyi itu, tidak lagi menghadirkan diri semenjak aku yakin, sesuatu yang berlaku tidak lain tidak bukan adalah daripada Tuhanku.

=========================================================

Selepas ini akan bersambung lagi kisah Penghuni Pejabat.

Aku hanya akan menaip mengikut ingatan aku mengenai cerita tersebut.

Terima kasih yang sudi baca dan komen.


Bersambung ....

Kemurungan


Kebanyakan wanita yg dah jadi isteri dan ibu mudah terdedah kpd satu penyakit yg dinamakan,

Kemurungan...

Ramai suami yg kurang bg perhatian terhadap perkara ni, kurang sensitif, kurang peka dan kurang aware...bila dah jadi, dah nampak dgn mata kepala sendiri, bru mula nak pkir kenapa isteri jadi mcm tu, buat mcm tu dan mcm mna nk ubati kemurungan si isteri...

Persoalannya, kenapa dia kemurungan...?

Kemurungan itu ditafsirkan sebagai gangguan perasaan...seseorang yg mengalami kemurungan boleh rasa mcm2 dlm hatinya...sedih, gembira, penat, letih, putus asa, mudah marah dan sebagainya...

Perasaan itu bercampur baur, adakalanya ada rasa, adakalanya kosong...

Kenapa dia boleh ada perasaan2 mcm tu?

Mgkin sebab kita kurang ucap terima kasih utk apa yg dia dah lakukan dlm rumahtangga kita... Mgkin kita tak pernah minta maaf utk setiap kesalahan yg kita lakukan...Mgkin kita selalu mengulangi kesilapan yg sama...Mgkin kita kurang berkomunikasi dgn isteri...Mgkin kita kurang memahami isteri...Mgkin kita kurang menghargai isteri...

Mgkin kita membebani isteri melebihi kemampuan yg dia ada...

Kadang2, isteri silap sikit je, dh kena maki hamun...kita dah meninggi suara tak kira dikhalayak ramai ataupun didalam rumah...semua nak kena perfect, nak kena ikut cara kita, mcm mna yg kita nak, ikut kepala kita...Isteri bersuara, menegur dan menasihati walaupun ianya utk kebaikan hubungan, kita "tundukkan" isteri guna agama...derhaka dan neraka...ini modal kita...

Bertahun2 hidup sekali, tapi suami langsung tak memahami emosi isteri...

Apa yg isteri rasa dgn cara "pemerintahan" kita dalam rumahtangga tersebut...

Dia bahagia atau merana...

Nampak isteri menangis, tapi dlm hati anggap "nothing serious" la, dia mengada2...

Sebenarnya xbleh mcm tu...bila isteri menangis, itu bermaksud dia dah tak tahan lagi dh...pasti ada sesuatu yg menyebabkan dia menangis...dan dia xbleh tampung lagi dh apa yg dia rasa...dia dh xbleh pendam lg dh...dia rasa nk "meletup"...

Dia lepaskan dgn cara menangis...

Org perempuan ni, bila dah buntu sgt, bila dh xbleh pkir sgt, bila dh tertekan sgt, bila dah emosi sgt, dia lebih dr mampu utk buat sesuatu yg kita tak jangka, yg kita tak duga...

Dia mula nk pkir bukan2...buat bukan2...

Itu yg selalu kita ambik mudah sebagai seorang suami....sbb kita selalu anggap isteri "terlalu mengikut perasaan dia" walhal kita xpenah pun faham apa yg dia rasa...

Renung-renungkan...👆 😊

(Firdaus Shakirin)

Tarik Cantik | 22.12.22

Tarikh Cantik
22.12.22

Mesti ramai yang bertunang, bernikah atau melangsungkan majlis pada tarikh ini. Semoga dipermudahkan ya semuanya, Aamiin Allahumma Aamiin.

Wednesday, December 21, 2022

Wordless Wednesday 4/2022 : Mati

Seseorang Mati Sesuai Dengan Kebiasaannya.


Semoga kita semua mati dalam keadaan yang baik.


Aaminn 🤲🏻.

Tuesday, December 20, 2022

Aiskrim Penghilang Stress?

Umumnya, makanan manis boleh menghilangkan sedikit “kesedihan” di dalam hidup seseorang. Ianya benar atau tidak, hanya kita sahaja yang boleh tentukan.

Bagi aku, bila otak aku sedang “panas”, aku akan mencari sesuatu makanan yang sejuk dan manis. Tidak kiralah, aiskrim, coklat atau minuman, yang pastinya, aku memang akan perlukan untuk meredakan kepanasan hati, hahaha.


Aiskrim Wall’s TopTen Nutty

Aiskrim ini antara aiskrim yang aku suka makan. Mudah nak cari di pasaraya dan kedai-kedai runcit. Harganya pun tak mahal.

Sebenarnya, aku tak adalah stress, cuma hormon aku sekarang tengah tak betul. Sekejap nak marah, sekajap ketawa, sekejap merajuk, sekejap romantik, huhuhu.

Nasiblah tuan badan boleh kawal lagi. Kesian anak-anak kalau dibiarkan berterusan. Doakan ya, semoga segala urusan aku dipermudahkan. Aamiin Ya Mujib.

Lintasan Hati : Apapun cara untuk hilangkan stress, pastikan ianya tidak memudaratkan orang lain dan diri sendiri.

Rezeki Berselawat

 1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan

dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi

keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam

mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan

keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.


Musim Gaji

Asal musim gaji je tangan gatal. Sama ada nak keluar duit atau dapat duit.


Korang macam tu tak?

Bukan dosa


https://m.facebook.com/Danitamaternitystore/photos/a.10150348289129240/10154339175994240/?type=3&mibextid=0cALme


C-sect.


Bukan dosa.

Bukan hina.


Anak kami juga manusia.

Anak kami juga pejuang.


Bukan yang lahir ikut 'pintu' saja pandai.

Bukan yang lahir ikut 'tingkap' itu bodoh.


Jangan persoalkan.

Monday, December 19, 2022

Orang kata nak ambil hati suami, kena sokong apa minat dia. Orang kata lah. Aku kata, kalau aku nak layan, yang dia tak minat pun aku sokong. Faham ke faham? Hehehe.m  I’m 

Blogwalking

Setelah selesai kemaskini blog, aku teru spergi blogwalking blog-blog kawan-kawan lama dan baru. Seronok tengok macam-macam gambar ada, meriah, menarik dan sangat menggembirakan. Doakan aku terus istiqamah ya dalam blog ni. Teringin nak merasa duit dari blog ni. Aamiin.

Masalah

Bila aku ada masalah aku memang akan senyap.

Sebab aku tahu cuma aku sorang je boleh selesaikan masalah aku tu.


Semua orang buat silap dan perlukan ruang dan peluang.

Jangan nilai orang macam tu je.

Muhasabah diri balik.


Aku tak selalu jatuh, tak selalu di atas.

Tapi aku sedar diri.


Allah Maha Mengetahui 💜

Telefilem | Madu (TV2)


Santai bersama keluarga dengan menyaksikan telemovie komedi lakonan Taqim Zaki, Amerul Affendi, Han Zalini, Azroy Khairuddin, Noorkhiriah, Ieda Moin, Wanji Aswandi, Diyana Zakaria dan Aman Salleh. 🤩 

📽️ #Madu 

📅 𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻 (𝟭𝟵 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮) 

🕘 𝟵:𝟬𝟬 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺

📺 𝗧𝗩𝟮 

[Kisah Salwa yang disahkan doktor tidak dapat hidup lama kerana sakit yang kronik. Dia pun membenarkan suaminya berkahwin lain dan sanggup bermadu. Namun suaminya Muslim, seorang yang lurus bendul, menyangka Salwa inginkan madu lebah. Dia pun pergilah mencari madu dengan bantuan Mail, Lan Laga dan Akob Balun. Tetapi mereka gagal dalam misi itu dan akhirnya, Tok Seman yang mereka sangkakan kurang siuman itu pula yang member madu lebah kepada muslim.] 

Saksikan Telemovie Madu pada 19 Disember 2022 (Isnin), jam 9.00malam di TV2.

#DuniaRia

#tv2foru

#pilihantepatanda

#pastiterhibur


Hargai Pasangan

Hai korang.

Hari ini aku nak kongsi pasal kisah kehidupan .

Korang semua ada pasangan kan ? Tak kira lah yang dah kahwin ke atau pun baru bercinta .

Korang tahu tak macam mana cara nak hargai pasangan korang ?

Tak tahu ? 

Ceh , poyolah korang . Sekarang kan zaman semua benda boleh "Google" , so korang taip je apa yang korang nak taraa ... Mesti jumpa ! Macam korang tengah baca blog aku ni lah kan ? Ofkos lah korang google kan ? Sebab tu korang sampai sini . Hehe , tq Pakcik Google !

Okay , hari ni KakNa nak share tips untuk hargai pasangan cara aku ya .

Korang yang dah tahu tu , share lah post ni kat kengkawan yang belum tahu , kot - kot tips ni berkesan untuk diorang pulak kan ?

Okaylah , straight to the point ya . Melalut plak .

Tips Hargai Pasangan versi CPF :

1. SMS / Whatsapp / Email pasangan anda :
- Tak perlu lah mesej setiap 5 minit , tapi cukuplah beberapa jam sekali , tapi pastikan pasangan memang jenis yang sibuk dan tak kisah kalau anda tak mesej dia ya .
- Aku biasanya akan Whatsapp suami " I love you sayang " sebelum tidur waktu dia tengah ralit main HP dekat kerusi duduk favourite dia atau dia tengah packing barang yang nak di post esok. Biasanya bila dia dapat Whatsapp tu dia akan pergi pada KakNa dan cium dahi aku (ooopppss , malu !).

Tips lain?

Nanti aku update mana yang berhasil ya hehe.

Jumpa lagi next post.

Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2022

Taklimat Penutupan Akaun Tahun 2022, anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor.


Setelah 16 tahun kerja, baru dapat hadir Taklimat Penutupan Akan Tahun 2022, Anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor bertempat di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru pada 22 November 2022, bermula jam 8.00pagi - 2.00petang.

Tak pernah duduk depan sangat, kali ni sebab ada kawan, duduk depan lah. Hehehe, almaklumlah, datang angin baik, aku ramahlah tegur orang. Hahaha.

Sejak musim Covid ni, semua benda nak di QR Code kan? Hahaha.
Macam biasa, daftar lah dulu sebelum terlupa.

Apalagi, kita ketik gambar sekeping. Eh, lawa juga eh aku ni?

Menu sarapan, bihun kosong dan telur sambal.
Bedal jelah, dah lapar, aku tak sarapan pagi tu. Mujurlah ada roti juga, tak sempat lah nak ambil gambar semua, sebab aku nak makan cepat-cepat sebab nak pergi tandas.
Makanan tengahari pun kau terlupa nak ambil, sebab suami aku dah tunggu nak hantarbalik pejabat masa tu. Maaf ya.

Antara maklumat yang aku boleh kongsikan untuk semua dan aku rasa memang ramai orang bukan Kerajaan tak maklum pada maklumat ni. Maklumat ni lebih tertumpu kepada Pejabat yang menerima hasil secara harian dan berkala. Contoh terdekat, kalau anda menyewa di Fasiliti yang disedikan oleh Pejabat Kerajaan, seperti Gelanggang Bola Sepak.

Secara umumnya, taklimat ini memang biasanya ditawarkan kepada kakitangan Kewangan Kerajaan sahaja. Bagi maklumat lain, eloklah sekiranya anda semua berhubung dengan Pejabat yang anda biasa kunjungi. Sebarang maklumat, pastikan benar sebelum disebarkan.

Terima kasih.

19.12.2022

19.12.22


In shaa Allah, hari ni ada sesuatu yang baik buat kita 😊

Saturday, December 17, 2022

#RezekiJanganDitolak : Televisyen Aiwa 43”


Alhamdulillah.


Tercapai sudah impian suami aku nak pakai Android TV dan letak TV dekat dinding.


Terima kasih abah mentuaku.


Rezeki jangan ditolak. Hadiah buat cucu katanya. Tapi, aku tak rasa macam tu. Aku rasa, hadiah buat anak bongsu kesayangan 🤭.


Aku tumpang sekaki jelah. Dah nama pun orang belanja, kita tumpang sekaki jelah 🥰.


#RezekiJanganDitolak

Wednesday, December 14, 2022

Wednesday, December 07, 2022

Wordless Wednesday 2/2022 : Sempurna

Sahabat,

Jangan mencari pasangan yang sempurna, melainkan carilah pasangan yang dapat menerimamu secara sempurna.


Sahabat,
Jangan mencari yang sempurna untuk dicintai, karena kamu mungkin kehilangan dia, yang meski tak sempurna, tapi mampu buatmu bahagia.

Sahabat,
Berhenti mencari yang sempurna untuk dicintai, karena yang kamu perlukan hanyalah dia yang tahu betapa beruntungnya dia ketika bersamamu.

Sahabat,
Kesempurnaan hanya milik Allah Jika masih saja mencari yang sempurna, kamu tak akan pernah menemukan pada diri manusia.

Renung-renungkanlah.