Monday, August 31, 2015

The Siblings : 4 bulan yang indah.

Aku : kau tahu apa itu indah?
Kau : indah tu bila kau lihat sesuatu yang menggembirakan hati kau?
Aku ; bukan.. indah itu subjektif. kurniaan Ilahi.
aku rasa indah saat aku diberitahu aku dikurniakan zuriat. lebih indah aku sudah dua kali merasainya.
Kau : kau sombong?
Aku : bukan. aku bersyukur. Oleh sebab itu aku mahu kongsikan bersama kau. kau kecewa?
Kau : ..........

Alhamdulillah, sepanjang hampir 3 tahun aku dan dia melayari bahtera rumahtangga, aku dan Amy telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. LELAKI. Iya, aku bersyukur sangat. Malah, lebih daripada syukur. tak boleh dibilang dengan kata-kata.

Sedih.

4 bulan lepas aku menangis sekali lagi apabila doktor memberitahu aku bahawa aku memang tidak boleh untuk bersalin normal. Iya, aku tak pernah cerita di sini (blog) sebab aku belum bersedia untuk kongsi. Nantilah.

Gembira.

Hari ini, meniarapnya si kecil ini dengan daya usaha dia, buat aku rasakan bahawa aku lah manusia paling bodoh kerana tidak percaya dengan KUASA dan TAKDIR ALLAH. Apa yang aku ingin tangiskan, sedangkan ALLAH sedang memberi aku nikmat dan keindahan dunia.

Allahuakbar!


4 bulan yang penuh dengan dugaan, 4 bulan yang huru hara.  4 bulan yang indah juga. 

Syukur.

Melihat wajah ini, menitik airmata aku mengenang kembali kebodohan aku di saat aku meraung kesedihan di dalam wad bersalin. Allah pilih aku, tapi aku tak redha. Setelah 4 bulan, aku sedar malah benar-benar sedar yang aku memang perlu bersyukur! Maafkan aku ya Allah, maafkan aku suami, keluarga begitu juga kawan-kawan!


Masa terlalu singkat. Terlalu cepat berlalu. Hingga tidak sedar aku menjadi seorang yang sangat beremosi setelah punyai dua "HERO".


Kini, aku mampu tersenyum tatkala aku pulang dari tempat kerja, wajah ini seolah berkata-kata "You're a great mum, Ummi! I'm proud of you!" Ntah. Aku yang sekadar bermonolog sendirian. Akhmal adalah lambang kekuatan ku. Arsyad masih menjadi lambang cinta kami, tapi Akhmal, semangat dia sejak kali pertama keluar dari perutku hingga kini tak pernah pudar, malah semakin membara! 

Akhmal, anak kecil yang semakin hari semakin bijak. 

Ummi minta maaf, andai ummi bukan yang terbaik buat mu sayang. Izinkan Ummi menjaga amanah ini sebaiknya, kerana Ummi tahu, kamu dan Arsyad adalah pinjaman buat Ummi, yang entah kapan bisa di ambil begitu saja, Ummi kena bersedia. 

Doakan Ummi masih mampu memberikan kamu titisan emas sehingga kamu sendiri jelek dan tidak inginkannya lagi.. Ummi rela anakku. Penyesalan ketika menyusukan abang kamu Arsyad, Ummi akan cuba untuk tidak berulang lagi. 

Doakan Ummi.

Ummi Arsyad dan Akhmal

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 58! #sehatisejiwa

Sunday, August 30, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan | Burger Byte Johor Bahru

Entry ni dah lama dalam draft blog aku ni, memang lama. Sebab masa ni aku tengah sarat mengandungkan Akhmal. Sekarang baru lah rasa nak publish sebab aku tengah "bersihkan" draft yang merepek meraban dalam blog ni. Almaklumlah, sejak BERSIH 4.0 ni, semua orang nak update pasal tu. Tapi, sebab aku tak pergi, so, aku tak nak lah cerita. Yelah, setakat share benda yang viral tapi tak tahu hujung pangkal buat apa kan?

So, back to headline aku. Burger Byte Johor Bahru ni pada aku dan Amy tempat yang bukan utama kami akan pergi. Aku ulangi, aku dan Amy. Kalau korang tu aku tak tahu. Kenapa? Sebab tekak kami tak boleh masuk makanan kat sini. Okay fine, baru cuba dua menu, tapi dah tak boleh telan. Masa tu lah, tak tahu lah sekarang. Hehehe..

Sebenarnya, perkara yang paling buat kami tak akan datang lagi (dalam masa terdekat) ialah tentang tempat duduk. Masa kami datang, Arsyad tengah tidur, aku pula tengah sarat mengandung, so, kami pergilah ke tempat yang agak privacy belah belakang. Sebab tak ada sign "RESERVED" maka kami meluru ke arah meja tu. Yelah, makyong dah penat kot berjalan. Menapak agak jauh sebab kawasan situ memang tak ada parking. Baru nak duduk, ada staff dah bagi menu untuk order, kemudian, datang staff lain beritahu tempat tu dah ada yang tempah. Amy naik angin lah sebab aku dah duduk dia belum, sebab dia tengah cari kerusi baby untuk Arsyad.

menu

Tapi tak apalah, kami mengalah duduk bahagian depan kedai, aku okay je, Amy tu kalau bab tempat duduk ni dia memang over react sikit. So, lepas Amy pergi kaunter untuk order semua, kami tunggu lah makanan sampai. Agak lama lah kami tunggu, yelah kami dari pagi tak makan sebab nak makan kat situ. Makanan sampai pula tak seperti yang kami bayangkan dan tak seperti dalam menu. Huhuhu. 
Amy pula jenis kalau makan kat kedai mesti nak minum air dulu, tapi sampai makanan kami dah separuh air baru sampai. Bukan apa, makan western kan kering so kenalah ada air kan.. Dari segi makanan pada aku okaylah, tak delah aku nak kata superb sedap (tekak aku eh) sebab aku ni tak ada lah cerewet. Pada aku kesedapan sesuatu makanan tu subjektif. Harga pula, untuk aku dan Amy, tak setanding rasa. Sebab tu kami tak repeat balik kedai tu. Aku ni, jenis kalau aku suka, aku akan datang lagi walaupun mahal. Itu aku lah. Amy ikut aku je. Suami isteri katakan.. Hahahaha..

meja kami


mak buyong dan Arsyad

memandangkan post ni dah agak lama, maka aku pun dah lupa menu apa yang si Amy dan aku order.. hahahha..

Amy punya

CH punya

So far, kalau korang yang dah pernah cuba, bolehlah bagi review pula, Yelah, macamaku kata, lain orang lainb pendapat kan.. Kawan-kawan aku suka je pergi situ, aku tak tahu lah faktor aku mengandung masa tu atau apa. Apapun, jangan salahkan aku kalau korang pergi tapi tak sedap, Kalau tak sedap, kita sokong jelah orang kita berniaga. Kalau sedap beritahu mereka dengan datang berulang kali, itu cara kami lah. Siapa suka boleh lah follow!

Nota kepala : kualiti gambar tidak memuaskan. Maaf yer!



Bisnesku : Sidr Treratment Bar

Sidr Treatment Bar

SIDR Official ingin memberi peluang kepada rakyat MALAYSIA untuk menjana pendapatan  menjadi agen NEGERI di tempat anda. Ingin kami terangkan di sini SIDR tidak melantik STOKIS NEGERI ATAU STOKIS DAERAH sebab kita akan akan upgrade agen yang berjaya untuk ke peringkat STOKIS, Kita amalkan polisi pernigaan untuk sama-sama mendapat manafaat.
.
1.PENGEDAR NEGERI
•  Mesti mendaftar dengan HQ
•  Pendaftaran adalah PERCUMA.
•  terhad 20 agen untuk satu NEGERI untuk KAWAL harga & MEMUDAHKAN agen buat JUALAN
• Margin hampir 50% darpiada modal
• Modal SERENDAH RM350
• Boleh melantik Agen & Dropship anda sendiri
.
KELEBIHAN MENJADI EJEN
✔️ Pengiklanan daripada syarikat (HQ)
✔️ Margin KEUNTUNGAN 20% -50%
✔️ Mengikuti segala aktiviti syarikat
✔️ Hadiah PERCUTIAN  untuk TOP SALES
✔️ Nama, phone no, FB PAGE dan IG akan disenaraikan di page dan ig official HQ
✔️ Yang PASTI permintaan pasaran tinggi tetapi MASIH KEKURANGAN AGEN
✔️ Mendapat bimbingan sepenuhnya
✔️ Material pengiklanan online sentiasa diberi oleh kami
.
KEISTIMEWAAN
✔️ Permintaan tinggi ini kerana ramai agen-agen kami mampu mencapai income 200- 1000 sehari
✔️ Agen tidak perlu komited kuantiti order bulanan kerana kita yakin product SIDR senang dipasarkan dan KUALITI PRODUK HEBAT!!! dengan permintaan tinggi agen akan membuat pesanan baru sebelum msuk minggu ke 4
✔️ Tidak perlu bersaing kerana kerana harga runcit dikawal SEPENUHNYA oleh HQ, jadi tawaran ini TIDAK TERBUKA untuk pemborong

WASSAP 016-7253014 UTK KETERANGAN LANJUT

SIDR TREATMENT BAR :
- Sabun Pelbagai fungsi
- Untuk kegunaan luaran sahaja.
- SIDR treatment bar adalah formulasi unggul gabungan asli daun bidara, minyak zaitun dan pati  aromaterapi.
- SIDR treatment bar  merupakan sabun multifungsi  pertama di Malaysia yg menggunakan daun bidara(SIDR) yg terbukti berkesan untuk merawat masalah rambut gugur dan juga dapat menghilangkan masalah bau badan.
SIDR TREATMENT BAR
Sabun dari ramuan asli lagi suci -  Bidara, minyak zaiton, aromatherapy.
Sabun UNIK pelbagai fungsi. Dari kepala sampai ke kaki.
Selamat untuk kegunaan facial harian. Serius anda akan fefeeling muka bersih lagi suci☺
Boleh dijadikan SCRUB muka. Biarkan di muka semalaman. Anda pasti terkejut dengan hasilnya.
Sesuai sangat pada yang mengalami KEGUGURAN RAMBUT, KELEMUMUR.. Bau HAPAK kepala. WAJIB CUBA!
Ada BAU BADAN??? Sabun AJAIB NON CHEMICAL yang mampu hilangkan BAU BADAN
Malu tgk STRECHMARK di perut??? SIDR TREATMENT BAR laaaa jawabnya.
Kulit badan gatal miang disebabkan ECZEMA... Insyaallah kulit dapat dirawat dengan SIDR
Banyak sgt berjalan sampai pecah2 tumit??? Cantikan dengan SIDR! 
SABUN SIDR ini sesuai untuk semua peringkat umur daripada baby hinggalah ke warga emas. 

Anda jimat! Sihat!

BERMINAT??
Whatsapp saya :
016-7253014
Dan dapatkan SIDR TREATMENT BAR yg sungguh UNIK!!!❤❤❤

Bisnesku : Affiliate Amora

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan tetapi kekurangan modal dan kepakaran?
Tak mengapa. Jom sertai program affiliate Amora dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
http://amora.my/?id=702
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate Amora?:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 3% bagi setiap pembelian (bergantung kepada jenis produk) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Setiap referral akan di-tag ke akaun anda selama setahun. Anda akan mendapat komisen bagi setiap perbelanjaan mereka sepanjang tempoh tersebut!
Apa yang lebih menarik lagi?
1. Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
2. Contoh: Anda mengajak si A untuk menjadi agent. Maka anda akan mendapat komisen sehingga 2% (bergantung kepada jenis produk) sekiranya si A membawa pelanggan untuk membeli di Amora. Sekiranya si A mengajak si B menjadi agent, anda tidak akan memperoleh sebarang komisen sekiranya si B membawa pelanggan untuk membeli di Amora.
3. Pertandingan dan hadiah lumayan untuk Affiliate yang memberikan prestasi terbaik dari masa ke semasa.
Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda menambah pendapatan!
Terima kasih.

Ummi Yang Gagal

Akhir - akhir ni aku rasa aku ni macam ummi yang paling gagal dalam dunia. Sedih. Sebab apa? Ntahlah, sejak Arsyad dah mula nak pandai cakap dan Akhmal dah mula mengiring, aku rasa cepat stress. Kawan aku kata sindrom meroyan, hurm NAUZUBILLAH. Aku tak rasa pasal meroyan pun. Tapi aku rasa lebih kepada letih.

Yelah, penat dengan kerja seharian, mana nak buat stok susu, nak layan anak, layan suami dan buat semua kerja rumah tu kan. Ya ALLAH, aku bukan merungut dan tak bersyukur tau! Sungguh! Aku bersyukur sangat sebab ALLAH pilih aku untuk rasai semua ni. Yelah, suami, anak-anak kan pinjaman ALLAH kepada manusia.

Tapi, yelah, aku ni manusia biasa gak. Sama macam korang. Kadang tak terlepas daripada merungut. Aku rasa bukan aku sorang je kot. Ramai lagi yang rasa macam aku ni ha. Blurghh!

Arsyad pula semakin manja dan tantrum yang over the limit aku rasa. Yelah, tengah tidur lena siap pakej dengkur sebelah babah dia, dia boleh pula bangun sebab perasan aku tak ada. Hello, aku baring belakangkan dia je kot, yelah nak susukan adik dia si Akhmal kan.

Ya Allah, stress tau!

Tu belum lagi pakej dia berguling-guling kalau tak dapat sesuatu. Contohnya, Amy ni suka beli minyak rambut yang bekas dia too fancy sampai menarik perhatian si Arsyad. Then bila dia nampak Amy pakai time pagi nak pergi kerja mulalah dia melalak macam kena pukul. Ya Allah.. Hilang aura positif pagi tau!

Kalau aku bangun tengah malam nak buang air (tak kira lah besar ke kecik) kejap sekalipun, dia akan bangun dan meronta - ronta! Ntah kenapa pun aku tak tahu! 

Yang lagi buat aku stress, setiap kali aku tinggalkan dia dekat rumah MIL aku, dia mesti tak nak minum susu. Makan pun tak nak. Sedangkan dengan aku, molek je minum berbotol-botol. Makan nasi dengan kicap pun setengah pinggan habis. Hurm, Arsyad! MIL aku mula lah salahkan susu lah, risau dia kurus kering lah apa lah! Mana tak stress ooii..

Tapi aku rasa dia ni ikut faktor keturunan babah dia, sebab tu badan dia macam tu. Aku dulu sekolah okay je, tak adalah gemuk sangat! Bhhahhaaa!

Amyrul Arsyad

Sekarang, kalau pergi AEON Taman Universiti ke TESCO ke memana lah kalau ada permainan tu dia mesti nak naik. Dapat naik dua "kereta" jadilah, kalau tak menjerit-jerit.. Haisshhh.. Ini salah si Amy lah sebab ajar daripada dia pandai duduk tu! huhuhuhu..

Amyrul Akhmal

Adik, macam biasa. Lama sikit je dalam stroller, maka tidur jelah. senang kan jadi baby dan budak kecil ni. Tak payah fikir mana nak cari duit itu ini. Menangis je orang dah dukung, siap pakej dodoi sekali. Hhehee..

Apapun, aku harap anak-anak aku tak fikir yang aku ni Ummi yang benar-benara gagal. Bila aku mengadu dengan Amy, dia kata aku ni emosi lebih. Yelah, nak mengadu dengan siapa lagi kan? Nak lepaskan fasa membesarkan anak daripada 0-4 tahun ni orang kata memang mencabar! Jadi, bersedialah! In shaa Allah, kalau orang lain boleh, kenapa tidak aku??

Till then. 

Bergeraklah (move on)

"sakit tau tak
bila apa yang kita nak buat orang lain dah buat
bila apa yang kita nak beli orang lain dah beli
bila apa yang kita jual orang lain dah jual
bila apa yang kita nak ada orang lain dah ada dulu"

itu namanya KAU SAKIT HATI
itu namanya KAU SAKIT JIWA

kau cemburu dengan aku
sebab aku punya dua "peneman"
sebab aku punya satu "kekasih"
sebab aku punya satu "kerjaya"
sebab aku punya dua "semangat"

bergeraklah.
maju ke depan.

undurlah.
kata-kata kau jika bisa.

aku maafkan.

kau aku dia dan mereka
semua pinjaman dari yang MAHA ESA.

esok aku mati
kau mati
dia mati
mereka mati

SEMUA MATI

YANG KEKAL CUMA ALLAH.

Bergeraklah.

Depan komputer pejabat
Waktu Rehat
1:46 tengahari
Ahad

Tuesday, August 25, 2015

Dah Gaji , tapi ..

Assalamualaikum..

Yer, hari ini dah gaji bagi kakitangan kerajaan yang menunggu lebih 50hari. Syukur. Aku pun dah tolak apa yang patut. Emm, bukan apa, akhir-akhir ni aku dengar Malaysia akan bankrupt pada bulan September, sangat menakutkan!
Cita-cita menjadi Work At Home Mother (WAHM) pun terpaksa aku tangguh. Bukan tak percaya pada Janji Allah. Tapi, entahlah. Masih risau dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang. Aku pula punya anak dua orang yang mahu dibesarkan.

Namun begitu, kelihatan masih ada menteri-menteri yang seakan tidak kisah akan permasalahan raykat Marhaen seperti kami. Gaji yang diterima itu hanya sekadar menampung perbelanjaan harian dan ianya cukup-cukup sahaja. Kalau nak buat simpanan pun tak mencukupi. Kami akan berfikir beribu kali, malah berbillion kali untuk laburkan ke arah yang tidak penting. 

Anak-anak minta mainan, dihantar ke tuisyen, makan KFC, Pizza, tetapi seorang ibu dan ayah tidak mampu untuk membelinya. Iyalah, kesan hampir 2bulan tiada gaji, sang ibu dan ayah mungkin telah bergolok gadai barang kemas mereka atau barang kesayangan mereka demi kelangsungan hidup. 

Kos sara hidup terlalu tinggi di Malaysia. Bagaimana kami ingin berjuang??
 Ya Allah .. Bantulah kami ..

Thursday, August 20, 2015

pernah rasa


sumber : facebook

Segmen "Meh Sally Nak Review"


Assalamualaikum , CH join juga untuk memeriahkan .. Jomlah !

Segmen ini akan berlangsung dari 20th-30th August 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
Klik banner kalau nak join ye kawan - kawan !
Jom ramai-ramai meriahkan segmen cik sally ni .

Bisnesku : Celebrity Yogurt Kini Di Johor!

Jom jadi sub agen saya! Modal rendah je! Minuman yang lazat dan enak! Setanding dengan harganya!

Whatsapp saya sekarang!
016-7253014



Wednesday, August 19, 2015

Wordless Wedneday #23 : 3 AMYRUL 3 PERANGAI

Fuhhh ... 3 orang 3 Ragam
Ni Anak Sulung Aku : Amyrul Arsyad Bin Azmi


Ni Anak Nombor Dua Aku : Amyrul Akhmal Bin Azmi


Ni Suami Aku : Azmi / Amyrul Kcar (Nama FB)


Masing - masing manja , atau erti kata lain mengngada-ngada .. Huahuahua .. Tapi aku suka , sebab aku ada sahabat , kawan dan segala - galanya . They make me a become a perfect woman ! Alhamdulillah , atas nikmat pinjaman yang Allah berikan .. Merek ajuga lah yang beri aku rezeki tidak putus - putus .. Allahuakbar ! Sesungguhnya perkahwinan itu memberi dan membuka 1000 pintu rezeki .. Maka , berkahwinlah kamu ! :) 

Thursday, August 13, 2015

Bisnesku : Rindu Qoqo Stevia

3 je perkataan. S.M.J.

** Sedap.
** Murah.
** Jimat.


Kebaikan Rindu Qoqo :
- Tanpa Pengawet
- Tanpa perisa
- Tanpa Gula Tambahan
- Bebas GMO (Genetically Modified Organism)
- Menggunakan daun stevia sebagai pemanis semulajadi
- Sesuai untuk pesakit diabetis
- Sesuai untuk orang yang sedang berdiet
- Sesuai untuk kanak - kanak berumur 1tahun ke atas

Cara nak minum macam mana yer ?

Senang je.
Masukkan 4 scoop (30gm) Rindu Qoqo Stevia ke dalam cawan , lepas tu tuang lah air panas 150ml ! Siap ! Scoop free yer uollss ! 

Boleh ke minum sejuk ?
Eh , apa plak tak boleh ? Dah buat panas - panas tadi korang biarkan je sampai sejuk , pastu minumlah ! Hahahaa .. Gurau je ...
Kalau korang rajin boleh je buat milkshake atau ice blend .. Ikut mana lah satu yang korang suka .. Janji sesuai dengan tekak ! Kalau boleh kurang - kuranganlah minum ais , kata nak kurus ? 

Eh ??

So , jomlah cuba produk Bumiputera Muslim ni .. Harga pun cuma RM27 je .. Kalau nak harga promosi kenalah whatsapp aku terus okay ?


Farhana
Fames Rich Resources
016-7253014

Wednesday, August 12, 2015

Wordless Wednesday #22 : Quotes

rindu dengan si bambam Arsyad


"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

Monday, August 10, 2015

9 Tips Mendekati dengan Orang yang Berpengaruh Besar

Jom kongsi !

9 Tips Mendekati dengan Orang yang Berpengaruh Besar

1) Muliakan dirinya. Banyakkan memuji usaha dan result mereka. Ikhlas.


2) Rendah diri. Jangan cerita besar-besar tentang diri kita, Jangan membangga diri. Ini boleh menjengkelkan orang yang mendengar.

3) Jangan banyak bercerita tentang diri kita kecuali apabila ditanya. Banyakkan bertanya kepada mereka. Right answer comes with the right question. So, ask brilliant question kepada orang-orang hebat ni.

4) Sekiranya ada hujah dan pendapat mereka yang kita tak setuju. Diamkan sahaja. Jangan memintas kata, dan berdebat menyangkal hujahnya.

5) Hormat. Manusia ada banyak pendapat berbeza. Hormat adalah kunci dalam menjaga adab dan tatasusila.

6) Minta izin sekiranya mahu membawa rakan yang lain. Sekiranya mereka hanya menjemput kita, jangan pula bawa satu kampung berjumpa dengan dirinya. Respect keputusannya.

7) Sekiranya mahu bergambar, mohon izinnya terlebih dahulu. Jangan tergesa-gesa atau bertindak memaksa, atau syok sendiri pula.

8) Sekiranya mahu mendekati orang berpengaruh ini, dekati dulu orang yang rapat dengan dirinya. Kita jumpa dengan recommendation mereka. Hormat life privacy mereka.

9) Jaga panggilan dengan mereka, adab professional. Panggil mereka dengan pangkat mereka seperti Dato', Ustaz, Dr, Tan Sri, dan Tuan. Jangan bawa budaya 'kakak abang, U, I, uols dan sebagainya.



>> Yang penting sekali dekatilah mereka dengan IKHLAS, bukan atas asbab berkepentingan nak dapat projek atau nak tumpang glamour. Masya Allah.. sekiranya kita amal tips ni, bukan sahaja orang berpengaruh sahaja, semua orang pun suka dengan kita.


Ikhlas,
Abdul Basit
CEO Byond Success Sdn Bhd

Nota : aku dapat daripada email yang dihantar oleh Tuan Abdul Basit . Semoga jadi panduan !

Apa Yang Sedap ? Bubur Kacang Durian

Apa yang sedap ?

Mestilah BUBUR KACANG DURIAN .

Makanan yang aku rasa aku boleh makan semangkuk besar ! 
sedap sangat pada aku , tapi kalau kena gaya masak lah .. 
kalau cukup bahan aku memang suka buat .. 
letak isi durian banyak - banyak sekali dengan biji .. 
fuuhh !! terangkat !
lama rasanya aku tak buat bubur ni .. 
kali terakhir 3 tahun lepas .. hahaha ..
 tapi sekarang kalau teringin nak makan aku beli kat kedai atau tunggu orang 
bagi atau minta mak mertua aku buatkan ..  

korang plak ?

Sunday, August 09, 2015

tudung nazneen faiqa by neena anuar

aku ni bukan peminat tudung shawl , apatah lagi instant shawl .. tapi sebab aku peminat kak Neena Anuar , dan dia ada keluarkan instant shawl , maka aku pun sokonglah dia dengan beli sehelai dua .. hehe .. masa tu bajet ciput , tapi sebab aku nak jadi di antara orang terawal pakai instant shawl dia , maka aku tutup mata je beli .. hahaha .. korang jangan ingat harga tudung dia mahal plak yer kawan - kawan .. sebenarnya aku ni memang tak suka habiskan duit banyak - banyak untuk beli tudung , sebab aku tahu aku bukan suka pakai tudung apatah lagi shawl .. tapi ntah kenapa bila kak Neena keluarkan tudung ni , tangan aku cepat je gatal wassap dia .. huhuhu..

tadaaa ..


aku beli warna hitam dan coklat . serius lawa beb ! eh , ke aku yang lawa ?? hahaha .. kualiti kain setanding harga dia .. please , jangan tnaya aku harga sebab aku dah lupa .. boleh gitu ?? tapi ni lah tudung (buat masa ini) yang aku paling sayang dan jatuh cinta sangat ! bukan apa , sebab material kain dia tu ! Ya Allah , senang sangat nak jaga korang ! tak payah basuh mesin pun boleh , yang lagi best tak perlu gosok ! sesuai lah untuk aku yang serba serbi malas (baca rajin) ni , bhahahha .. eh , bukan malas , tapi nak cepat .. yelah , aku kan ada dua orang hero , so kena lah cepat dalam semua hal sekarang .. huhuhu ..

nah , aku belanja gambar masa kat opis !

bajet retis uollss !

sebelum balik , kita selfie dulu !

korang teruja tak ? kalau korang nak rasa cantik macam aku , mehlah order dengan kak Neena Anuar .. Leh pm kat fb dia atau whatsapp dia .. jangan lupa singgah blog dia untuk baca cerita dia yang super duper best ! kadang - kadang "membuka" mata hati kita yang selama ni "tertutup" .. 

nota : tudung kak neena ni dah jadi koleksi tudung yang aku paling sayang .. nanti ada duit lebih , aku nak beli warna lain plak .. semoga dipermudahkan .. Aaminn ..

The Siblings : #Day10 - Arsyad dan Akhmal

Nota : Kisah The Siblings aku ni kebanyakkannya yang dah lepas , jadi harap tak ada siapa pertikaikan .. Aku mencari masa untuk pastikan semuanya dikongsi secepat mungkin .. Apapun , enjoy reading ya !

#Day 10
Khamis
16.07.2015

Pagi yang lapang . Jalan lancar dan tak ada stress . First , sebab budak - budak tinggal rumah mak mertua , huhuhu .. Akhirnya , mak mertua setuju jaga setelah suami "mereka" cerita sedih . Maka , ke pejabat lah kita dengan aman dan bahagia .

Selfie sikit !

Muka tak payah nak bajet cun sangat la ~~

Biasanya kalau musim perayaan Amy akan datang office untuk punch card je .. Sebabnya tak ada orang dekat office .. Kenapa tak cuti je ? Ntahlah dia tu .. Aku plak tak cuti sebab baru naik cuti bersalin kan .. Kalau tak memang aku balun cuti .. Tapi aku memang niat nak simpan cuti untuk majlis kahwin adik aku dan untuk hal - hal kecemasan .. 

Bila dah hantar aku dan punch card , dia balik lah rumah MIL aku untuk bantu MIL aku jaga anak - anak aku .. Bila sampai je rumah katanya anak - anak tidur .. Alhamdulillah .. Diorang tak menyusahkan nenek diorang .. Risau jugak aku .. Yelah , masa tu kan puasa .. Syukur anak - anak memang memahami .. So , si Amy ni sempat lah ambil gambar anak - anak kami .. Comel je diorang berdua ni bila tidur tau .. Hehehe ..

sedapnya diorang tidur ..

Memandangkan esok (17/07/2015) nak raya , aku request dengan Ketua Kerani aku nak balik awal .. Si Arsyad plak bangun je tidur meragam tak nak dengan nenek dan atok dia , maka terpaksa lah aku mengalah dengan balik awal .. Ala , esok raya kot ! 
Memang inilah rutin setiap tahun kami , kebiasaanya memang begini daripada zaman aku bujang sampailah dah anak dua orang .. Masih dengan cara dan keadaan yang sama .. Mungkin keadaan akan berubah bila aku dah berhenti kerja ?? Aaminn .. 

muka mahal Arsyad

terima kasih sudi baca .. 

Susu Merundum , Apa Nak Buat ??

Assalamualaikum .. Hari ini kau share dengan korang apa yang aku dapat melalui email daripada Cikgu Susu yer .. Semoga bermanfaat !

Hari ini cikgu nak kongsikan masalah ibu yang susu merudum dan suami tinggal jauh darinya.

"Puan Ain, susu saya tengah drop, baby baru nak masuk 5 bulan. Saya sangat tertekan. Tak tahu nak buat macam mana, jadi buntu. Saya ada seorang lagi anak berumur 3 tahun. Selalu nakkan perhatian saya. Saya dan suami pula PJJ (perkahwinan jarak jauh), jumpa 2 minggu sekali je. Saya tak tahu nak minta tolong siapa, suami tak boleh bantu saya sebab jauh. Saya hilang semangat bila dia jauh. Minta pendapat puan.."

Sesekali cikgu ada menerima email dan PM permasalahan seperti ini. Walaupun tidak begitu kerap, tetapi ini menunjukkan ada di kalangan kita yang mengalami pelbagai cabaran untuk meneruskan penyusuan. Dalam situasi ibu ini harus kuat dan elakkan mencari alasan untuk menjadi lemah.

1. Kegagalan berpunca dari diri sendiri.

Anda harus kuat. Pendapat saya ya suami perlu disisi, tetapi sokongan suami bukan nombor 1 dalam list. Bagi saya sokongan dalam diri sendiri adalah yang paling utama. Jika suami sentiasa berada bersama kita, tetapi tidak membantu malah tidak menyokong kita lagi, pasti kita masih lemah dan apa usaha pun tidak akan berhasil.

Kadangkala walaupun suami jauh dari kita, tetapi dia begitu concern dan sentiasa mengingatkan kita akan tugas kita sebagai ibu menyusu, jarak bukan lagi penghalang untuk semangat itu sampai kepada kita. Betul tak?

Pokoknya, semua terpulang kepada diri kita sendiri. Mahu terus menyusukan atau tidak?
Mahu anak terus sihat? Mahu anak terdidik sahsiah dan akhlaknya? Tepuk dada, tanya hati anda.

Individu pertama yang harus memberi sokongan untuk meneruskan penyusuan adalah anda sendiri. Anda sendiri yang harus bangkit dan berusaha, bukan orang lain.


2. Slow talk dan minta bantuan.

Jika suami terlalu sibuk atau ada sesetengahnya sukar memberikan bantuan dan sokongan (walaupun duduk satu rumah), cuba slow talk dan berterus terang dengan suami anda. Beritahu dia yang anda memerlukan bantuan dia untuk memberikan semangat untuk anda terutama pada saat susu sedang merudum ini. Tak perlu susah-susah sediakan peralatan memerah dan mencucinya (kalau dapat tolong lebih baik), cukuplah bermain-main dan mengawasi anak-anak yang lebih besar sementara anda menyusu atau memerah di rumah, itu sudah mencukupi.

Jika suami tidak tinggal bersama anda (PJJ), dapatkan bantuan ibu atau ibu mertua anda untuk berbuat yang sama. Tidak perlu masa yang lama, cukup 30 minit - 1 jam selesai sesi memerah di rumah.

Jika masih tiada sesiapa bersama anda, jadikan anak sulung itu (masih kecil jika 3-4 tahun) sebahagian dari sesi penyusuan dan memerah anda. Dalam ertikata lain, make her/him get involved dengan apa yang anda buat. Kalau nak memerah, ajak sekali dia dan biarkan dia lihat anda sedang memerah susu untuk adiknya. Dia akan belajar sesuatu dari situasi itu. Otak anak-anak kita umpama span yang berupaya menyerap apa sahaja yang dilihat dengan cepat. Jadikan ini sebagai satu proses pembelajaran untuk dia. Pasti dia seronok dan anda juga tidak stress.

Kalau suami jauh dan tak aware tentang masalah anda, call/whatsapp dia dan ceritakan kepadanya yang anda sedang mengalami waktu yang sukar, perlukan sokongan dan semangat darinya.

Anda: Abang, susu drop lah, stress sangat. Cer bagi semangat kat ayang sikit.
Suami: Yeke? Sabar ek. Abang nak tolong macam mana ye? Sayang dah makan? Dah pukul 10 ni, dah pam ke belum?
Anda: Dah makan bang. Tengah pam ni.. huhu
Suami: Alhamdulillah, kenyang abang dengar sayang dah makan..hehe. Pam baik-baik ye. Terima kasih.
Anda: Terima kasih sebab apa pula?
Suami: Sebab susukan anak saya..

Haa, ni contoh perbualan suami isteri PJJ, tapi suami masih sentiasa bersama untuk beri semangat. Ramai yang macam ni tau, tapi ibu-ibu ini sangat kuat. Siap ada 2-3 orang anak susuan lagi. Tak semestinya suami kena selalu berada di sebelah kita, baru itu tanda sokongan dia. Ada suami sokong dalam diam. Ye lah, sesetengah lelaki kan tidak suka express kasih sayangnya dengan kata-kata. (Tapi kalau tunjuk, mesti isteri berbunga-bunga kan).


3. Positif dan Bersyukur.

Kadang-kadang, kita tidak mensyukuri nikmat yang ada. Ada suami tapi muka susah nak manis. Susu tengah banyak sampai bengkak-bengkak, tapi culas lagi memerah. Solat hujung-hujung waktu. Ini adalah antara contoh sifat-sifat mazmumah pada kita yang suka menerima hadiah tetapi tidak bersyukur. Semua manusia sama, tiada yang perfect

Sekarang Allah menurunkan ujian, supaya kita kembali semula kepada Dia. Ujian yang sikit, tetapi cukup membuatkan kita susah hati, tak tidur malam. Allah nak kita sedar anugerah yang dia beri kepada kita. Dia nak kita berterima kasih kepada Dia, sebab Dia nak beri lebih dari apa yang kita ada sekarang. Apa kata selepas ini kita bersikap lebih positif dan bersyukur.

Jangan lupa ucapkan syukur dengan rezeki susu yang masih ada hari ini, walaupun sedang merudum. Ramai ibu seperti ibu yang mempunyai bayi pra-matang, ibu yang mengalami penyakit kronik masih struggle untuk mendapatkan setitik titisan emas ini. InshaAllah dengan syukur itu hati lebih tenang.

Ucaplah:
Alhamdulillah, susu masih ada walaupun merudum.
Alhamdulillah, masih ada suami walaupun PJJ.
Alhamdulillah, aku masih kuat walaupun tak dapat bantuan suami.
InshaAllah, susu akan meningkat semula.
InshaAllah, hubungan aku dan suami lebih erat walaupun jauh.
InshaAllah, aku mampu menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak ku ini.

Bukankah Allah mengikut sangkaan hamba-Nya? Dia tahu semua apa yang difikirkan oleh ciptaan-Nya. Doalah yang baik-baik untuk anak-anak, sebut dan fikirlah yang baik-baik untuk penyusuan anda.


Tips meningkatkan susu ibu:

1. Mula seperti kali pertama dulu: menyusu on demand bila bersama bayi dan pam 3 jam sekali bermula jam 5pagi. Back to basic, perlu ada 8 sesi mengepam sehari.
ATAU
Lakukan powerpumping bermula malam ini sehingga nampak perubahan pada kuantiti susu perahan anda.
ATAU
Buat tandem pumping untuk jimat masa dan menambah penghasilan dan aliran susu dengan lebih cepat. (Tandem: sebelah menyusu sebelah memerah).

3. 3 jadual makan utama (breakfast, lunch, dinner) mesti ambil makanan berat. Each meal perlu ada elemen karbohidrat, protein, sayuran hijau, & buah. Contoh: Nasi, ikan/ayam, sayur hijau pekat, buah.

4. Elakkan minuman ais/air sejuk sehingga kuantiti susu naik semula. Amalkan air suam/air panas. 1 gelas setiap 1 jam. Total minuman mestilah sekurang-kurangnya 3.5Liter sehari (termasuk air manis/jus buah). Elakkan kopi atau teh buat masa ini.

5. Minum milo/horlicks/susu/minuman berasaskan bijirin bersama biskut high fiber/roti setiap kali selepas menyusu/mengepam untuk recover water and energy loss semasa mengepam/menyusu tadi.

6. Elakkan terus makanan berminyak/pedas buat masa ini. Banyakkan makanan masak stim, rebus dan sup. 

7. 'Snacking' kurma setiap kali selepas menyusu/mengepam. Makan dalam 3 biji sekali makan. Sediakan satu bekas kurma dan 1 botol air suam di sebelah puan untuk sesi menyusu waktu malam. Makan 3 biji kurma dan minum air suam setelah selesai menyusu.

8. Pastikan anda rasa tenang dan relax semasa mengepam. Bila relax susu lebih lancar. Kalau boleh elakkan selalu melihat kuantiti perahan yang anda dapat semasa mengepam, lihat sahaja selepas selesai sesi mengepam ya. Tarik nafas dengan dalam sebelum mengepam supaya anda lebih fokus dan tenang.

9. Penambahan sesi mengepam / powerpumping mungkin akan menyebabkan badan sedikit letih. Amalkan supplemen/makanan sunnah untuk memberi tenaga ekstra kepada badan. Badan yang terlalu letih juga akan mempengaruhi kuantiti susu. 

10. Yakinlah dengan rezeki Allah. Tunaikan solat hajat sebelum/selepas powerpumping waktu malam untuk memohon rezeki susu dari-Nya. Mohon dengan spesifik. Sebut nama anak yang masih disusukan.

Ini ujian untuk nya, dia ibu terpilih. Jadi kita mesti kuat, usah bermain perasaan terlalu lama, terus bangkit semula, kerana perjalanan masih jauh ya.

Saya doakan Nurfarhanah berjaya meredah cabaran dalam penyusuan. Seseorang pernah berkata kepada saya, "There is no failure in breastfeeding, it is life experience." Jadikan ia pengalaman yang anda takkan lupakan sampai bila-bila.


Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com

Lirik Lagu Tetap Dirimu – Selasa Band

Lirik Lagu Tetap Dirimu – Selasa Band

Disaat malam mulai turun
Perlahan lahan gelap
Menyelimuti bumi
Menyelubungi dunia
Meruntuhi angkasa

Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang

Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang

Tunggu ku terbang bersama angin
Masuki mimpi dalam tidur lelap ku
Aku tenggelam sulit terpejam
Membayangkan wajah mu

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu
hanya kamu

hanya kamu

ntah mood apa suami aku nak tagged aku dengan lagu ni .. dia ni tak romantik , tapi bila datang mood romantik dia .. alahai .. cair jiwa aku nokkss .. hahaha .. love u sayang .. mmmuaah ciked !



Boleh tengok kat sini : - http://youtu.be/71BYoGbpovY