Hai korang !
Tengah buat apa tu ? Hehe . Dah ready untuk task hari ni ?
KakNa dah ! Jom baca kisah pengalaman bercinta KakNa , officially untuk #jdtblogger tau !
Okay , kalau korang nak tahu , KakNa ni tak ramai boyfriend . Tapi KakNa dulu suka kawan dengan lelaki . Bahasa kasarnya , gatal lah . Tapi zaman KakNa dulu menggedik dengan jantan bukan macam budak - budak sekarang . Huhu .
Sebelum KakNa dengan Mr. Clerk , ada satu je kisah cinta KaNa yang KakNa tak akan lupa sampai bila - bila . Kisah cinta yang KakNa rasa KakNa lah orang yang patut dipersalahkan . Walaupun begitu , KakNa harap ex boyfriend KakNa dah maafkan KakNa . Okay . Cukup sampai situ . KakNa nak cerita pasal kisah dengan suami . Kisah dengan ex yang lain tak mau ingat dah .
Kisah dengan suami ni memang KakNa akan ingat sampai bila - bila . Hehe . Sayang , kalau abang baca , abang mesti ingat gak kan ? Hehe .
Okay , ceritanya macam ni . KakNa kenal Mr. Clerk masa kerja kat pejabat lama . Sebelum kenal Mr. Clerk , KakNa selalu dengar cerita pasal dia ni . Senang cakap macam diorang iri hati lah . Haha . Mr. Clerk KakNa ni tak adalah handsome pun . Sampai sekarang KakNa tak rasa dia handsome pun 🙊 . Tapi KakNa pelik kenapa ramai yang tergila - gilakan dia kecuali KakNa 😝 .
Bila Mr. Clerk dah berani minta no telefon , ajak KakNa balik naik kereta dia , dengan alasan kesian KakNa kena naik bas . KakNa perasan dia tengah usaha nak pikat KakNa . Wow ! Masa tu , KakNa paling jatuh hati dengan Mr. Clerk adalah sebab dia ni sangat soft spoken tau ! Cakap pun lembut je . Adoiyai , KakNa ni kasar , kalau jumpa lelaki lembut memang lah KakNa cepat cair . Hahahaha .
Lagi satu , setiap kali jumpa Mr. Clerk mesti belikan KakNa coklat Cadbury Dairy Milk yang plain tu . Masa tu dia tak tahu , KakNa tak suka makan coklat plain . Bila dah tahu dia mesti belikan Cadbury Hazelnut . Nyummmy ! Sekarang ? Bukan kata Cadbury , coklat biasa pun tak ada . Hahaha . Taklah , sekarang Mr. Clerk gembirakan KakNa dengan bayar bil - bil semua . Hahaha . Alhamdulillah , jimat duit KakNa .
Masa KakNa bercinta dengan Mr. Clerk , KakNa tak tahu dia merokok tau ! Lepas 6 bulan " couple " baru tahu perangai sebenar dia tau ! 😡 Tapi masa tu KakNa dah jatuh sayang pada dia , so REDHA jelah . Huhuhu .
Kalau korang nak tahu , Mr. Clerk KakNa ni dia rahsiakan umur dia tau ! Sebab apa korang nak tahu ? Sebab dia kata , dia dapat tahu yang KakNa tak suka lelaki berumur . Hahaha . Punyalah nak ngorat KakNa sampai menipu 😡 Haissh mana tak geram . Mujur masa tu dah sayang separuh hati . So terima jelah Mr. Clerk yang tua tu . Hahaha . Sorry sayang !
Alhamdulillah , walau macam - macam dugaan yang kami hadapi , tapi akhirnya kami telah berjaya tempuhi juga sehingga ke hari ini . Apa yang buat KakNa percaya pada suami KakNa untuk terima dia adalah , masa KakNa cabar dia untuk datang meminang KakNa dalam masa terdekat masa tu , dia sahut dan terus ajak KakNa beli cincin . 😱 Masa tu KakNa rasa , dialah lelaki itu . Cuma KakNa tak beritahu dia lah . Sejujurnya selepas bertunang baru KakNa rasa yang KakNa tak leh kalau tak ada dia .
Allah Maha Besar ! Walaupun kadang - kadang Mr. Clerk menyakitkan hati , namun KakNa takin dialah jodoh KakNa . Melihat dia menjaga KakNa ketika sakit , buat KakNa rasa , KakNa tak salah membuat keputusan . Biasalah , sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula KakNa dan Mr. Clerk . 😎
So , macam mana ? Menarik tak kisah cinta KakNa ? Ni baru 10% tau , kalau ikutkan 100 malam pun tak habis hehe .
Semoga kisah cinta KakNa ni menghiburkan bagi pembaca KakNa . Huhuhu .
#thanks !
#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger